Misi Care USM Dlm Pemuliharaan Bakau

0

Posted by Aktivis Alam Sekitar Kampus; | Posted in | Posted on 10 April 2009


 


 

KEMPEN KESEDARAN ALAM SEKITAR DAN REHABILITASI BAKAU

PENGENALAN

Pada masa ini, alam sekitar ternyata dalam keadaan yang tidak seimbang dan membimbangkan. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan setelah bertahun lamanya telah memberi kesan terhadap alam sekitar. Hutan digondol untuk pembangunan, pencemaran sungai berlaku, iklim dan suhu dunia telah berubah dan pelbagai spesies semakin pupus. Bukan itu sahaja, kawasan hutan paya bakau juga semakin terancam kerana terpaksa memberi laluan kepada pembangunan. Dahulunya kawasan hutan paya bakau mempunyai keluasan yang besar tetapi kini, telah berubah menyebabkan aktiviti nelayan terjejas malahan pelbagai spesies terancam. Hal ini merupakan krisis ekologi yang dihadapi oleh manusia. Tanpa disedari kita telah merosakkan alam semulajadi yang merupakan warisan khazanah bumi untuk kita dan juga generasi masa depan.


 

Tanggungjawab menjaga dan memelihara alam sekitar bukan hanya terletak pada bahu satu pihak sahaja. Sebaliknya, amanah ini perlu digalas bersama oleh seluruh lapisan masyarakat. Atas rasa tanggungjawab inilah maka Aktivis Alam Sekitar Kampus (CARE) yang bernaung di bawah Sahabat Alam Malaysia (SAM) dan dianggotai oleh pelajar-pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) bangun mengambil inisiatif dan peluang untuk menyebarkan amanah menjaga dan memelihara alam sekitar kepada semua lapisan masyarakat. Kempen kesedaran alam sekitar yang akan dijalankan merangkumi beberapa isu semasa alam sekitar dan Kempen Rehabilitasi Hutan Paya Bakau/laut

OBJEKTIF

  1. Memberikan pendidikan dan pendedahan kepada penduduk kampung tentang kepentingan bersama-sama menjaga alam sekitar.
  2. Membantu dalam usaha penanaman semula spesies hutan paya bakau.
  3. Membina jaringan dengan penduduk kampung untuk mewujudkan sebuah nurseri (tapak semaian) bakau dan aktiviti penanaman semula bakau di Kampung Kuala Sungai Pinang.


     

SASARAN: Penduduk kampung (golongan kanak-kanak, remaja dan dewasa)


 

ANJURAN: Aktivis Alam Sekitar Kampus (CARE USM) bersama Sahabat Alam Malaysia dan

pihak-pihak berkenaan.


 

MODUS OPERANDI

Kempen ini akan dijalankan dengan beberapa aktiviti yang tersusun agar objektif sebenar dapat dicapai.

BIL 

AKTIVITI-AKTIVITI 

1. 

Tanam semula bakau bersama penduduk kg

2. 

Pameran alam sekitar

3.

Tayangan multimedia

4.

Permainan (kanak-kanak, remaja & dewasa)

5.

Slot: "Kenapa Perlu Menjaga Alam Sekitar & Peranan Masyarakat" 


 

TARIKH:

Ahad, 03 Mei 2009

"Sehari Bersama Orang Kampung (Kg.Kuala Sungai Pinang, Balik Pulau)".


 

OUTPUT PROGRAM

  1. Penglibatan lebih ramai anggota masyarakat secara langsung dalam program menjaga dan memulihara alam sekitar.
  2. Melahirkan lebih ramai anggota masyarakat yang prihatin terhadap isuisu semasa yang melibatkan ancaman terhadap alam sekitar.
  3. Melahirkan komuniti yang berupaya menggerakkan tapak semaian bakau dalam usaha penanaman semula bakau.


 

PENUTUP

Suatu usaha harus dilakukan bagai mencapai objektif program ini agar dapat melahirkan masyarakat yang prihatin dan berfungsi sebagai agen dalam menjaga serta memelihara alam sekitar daripada terus diancam oleh pelbagai aktiviti yang boleh merosakkan alam semula jadi. Kerjasama yang menyeluruh daripada semua pihak yang terlibat amatlah diharapkan supaya program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.


 

"Kami Peduli" @ "We Care"


 


 

Disediakan oleh

________________

(SA'ADIATUL MAHFUZAH BT ABU HASSAN)

Penolong Setiausaha,

Aktivis Alam Sekitar Kampus (CARE USM)

019-5220369, aquiraseza@yahoo.com