Bagaimana kegiatan seharian pelajar USM boleh memberi impak kepada alam sekitar??

0

Posted by Aktivis Alam Sekitar Kampus; | Posted in | Posted on 25 October 2009

INTERAKSI RUANGAN YANG BERLAKU DI DESASISWA

Desasiswa merupakan nama bagi tempat perkampungan pelajar-pelajar Universiti Sains Malaysia (USM). Pelajar-pelajar USM mendapat fasiliti yang sempurna yang disediakan oleh pihak universiti. Dalam sesebuah desasiswa terdapat bilik tidur, tandas, bilik tv dan sebagainya untuk kemudahan pelajar. Sebagai warga kampus, saya banyak menghabiskan masa lapang saya di desasiswa.

Desasiswa merupakan tempat rehat, mengulangkaji dan sebagainya. Pada waktu lapang, saya akan membasuh pakaian. Penggunaan air dan sabun akan dialirkan terus ke dalam longkang. Hal ini boleh mengakibatkan kualiti air terjejas. Terdapat anggaran 50 ribu warga USM yang menetap di desasiswa atau rumah dalam kampus ini. Hal ini akan menyebabkan peningkatan penggunaan domestik. Salah satu contoh aktiviti yang memberi impak besar kepada alam sekitar adalah dengan penggunaan sabun dan detergen. Bahan buangan tersebut akan dialirkan ke dalam longkang seterusnya ke dalam sungai. Antara kesan pengaliran buangan sabun adalah menjejaskan hidupan akuatik kerana kandungan kimia yang tinggi terdapat dalam sabun dan pencuci boleh menyebabkan hidupan tersebut keracunan di samping mempercepatkan pertumbuhan alga.

Detergen atau serbuk pencuci digunakan untuk membasuh atau mencuci selain tubuh badan. Bahan utama detergen ialah garam natrium bagi asid organik yang dinamakan asid sulfonik. Asid sulfonik yang digunakan dalam pembuatan detergen merupakan molekul berantai panjang yang mengandungi 12 hingga 18 atom karbon per molekul.

Bahan pencuci mengandungi egen aktif permukaan (surfaktan) yang membolehkan air bersentuh dengan bahan yang dicuci dan bahan tambahan seperti pelembut yang berupaya mengurangkan zat-zat logam yang mengganggu proses pencucian.

Surfaktan negatif dan tidak berion merupakan komponen utama terdapat dalam kebanyakan sabun pencuci buku, cecair pencuci pinggan mangkuk dan sesetengah pencuci pakaian. Sesetengah bahan pula mengandungi garam beralkali seperti natrium karbonat atau fosfat dan silika iaitu bahan kimia yang meningkatkan keupayaan mencuci. Fosfat telah dikenal pasti boleh menyebabkan pencemaran air dan pertumbuhan alga.

Pengaliran air ke dalam longkang yang tidak tertutup menimbulkan pencemaran bau kepada pejalan kaki. Air yang dikeluarkan oleh oleh sisa penggunaan domestik akan dialirkan ke dalam longkang. Pada waktu pagi, apabila berjalan kaki melalui depan Fajar Harapan, saya akan berbau busuk kerana waktu pagi saya bau bahan-bahan buangan seperti sabun detergen dan bermacam-macam bau. Pada waktu itu berkemungkinan pada waktu pagi, pelajar-pelajar sedang membasuh baju. Begitu juga pada waktu malam, bau yang lebih busuk dapat dihidu oleh sesiapa saja yang melalui tempat itu.

Rutin pelajar di desasiswa antaranya adalah “chatting”, buat kerja kursus dan membasuh baju. Melalui pemerhatian yang dilakukan, pada waktu pagi, lampu-lampu blok desa masih terpasang sungguhpun hari sudah terang. Tiap-tiap hari perkara yang sama berlaku. Tiada kesedaran untuk menutup lampu-lampu tersebut ketika melalui aras berkenaan. Mereka hanya menunggu tukang cuci untuk menutup. Penggunaan kadar elekrik di USM adalah sangat tinggi mencecah ratusan ribu sebulan.

INTERAKSI PENGGUNAAN KENDERAAN BERMOTOR DI DALAM KAMPUS

Sebagai warga kampus saya menggunakan perkhidmatan untuk memudahkan ketersampaian ke sesuatu tempat. Di universiti perkhidmatan bas U-Komuter disediakan untuk kemudahan pelajar yang tidak mempunyai kenderaan sendiri.

Di dalam kampus terdapat pelbagai jenis kenderaan yang bergerak keluar masuk. Melalui pemantauan yang telah dilakukan dalam kampus, statistik menunjukkan penggunaan petrol tertinggi adalah motosikal dan kereta. Penggunaan motosikal majoritinya adalah pelajar.

Manakala penggunaan kereta kebanyakannya digunakan oleh pekerja di USM seperti pegawai tadbir, pensyarah, dan sebagainya. Perkhidmatan bas juga adalah penting kepada pelajar.

Jenis bas

Bilangan bas (unit)

Biru

3

Ungu

6

Hijau

7

Kuning

2

Merah

2

Jumlah

20

Melalui temu-bual seorang kerani di pejabat bas USM, sedikit maklumat telah diperoleh. Penggunaan tertinggi adalah motosikal. Pelajar lebih selesa membawa motosikal disebabkan faktor jarak yang berhampiran dengan kampung halaman serta penggunaan motosikal adalah lebih fleksibal berbanding kenderaan lain.

Hasil maklumat temu-bual telah diperolehi iaitu jumlah keseluruhan bas U- Komuter di USM adalah sebanyak 20 unit iaitu 2 buah bas kuning, 2 buah bas merah, 6 buah bas ungu, 7 buah bas hijau termasuk laluan Hamna dan Pekaka serta 3 buah bas biru yang disediakan untuk desasiswa RST (Restu, Saujana,Tekun).Menurut beliau, minyak bas akan diisi penuh setiap hari satu kali bagi setiap buah. Bas-bas tersebut akan bergerak sehingga tiba waktu rehat tanpa mengira berapa kali pusingan.

Jelas menunjukkan bahawa kadar pencemaran udara boleh memberi pelbagai impak kepada alam sekitar. Penggunaan banyak kenderaan bermotor menyebabkan banyak pelepasan gas-gas berbahaya seperti karbon dioksida (CO2), sulfur dioksida (SO2), karbon monoksida (CO) dan sebagainya yang boleh menjejaskan kesihatan kepada warga kampus.

Kebiasaan gas-gas sulfur dioksida (SO2), karbon monoksida (CO), hidrokarbon (HC), dan oksida-oksida nitrogen (NOx), ini dianggap sebagai pencemaran “simbol status”, kerana beranggapan hanya negara-negara yang mempunyai teknologi tinggi dan canggih serta jumlah kereta yang banyak sahaja mengalaminya. (Abu Bakar. 1998. ms 40).

Setiap hari penggunaan kenderaan bermotor akan menghasilkan gas-gas yang mencemarkan alam sekitar. Keperluan terhadap bahan api juga semakin meningkat dengan meningkatnya penggunaan kenderaan bermotor. Sebagai pelajar yang tidak mempunyai kenderaan sendiri, bas merupakan pengangkutan kepada pelajar-pelajar. Apabila tertinggal bas, saya terpaksa berjalan kaki untuk ke desasiswa. Sepanjang perjalanan, saya telah menghidu banyak asap kenderaan terutamanya asap hitam oleh bas dan kenderaan berat lain seperti lori sampah selain motosikal dan kereta yang lalu-lalang di jalan raya. Perkara tersebut dialami oleh semua warga kampus yang berjalan kaki untuk ke dewan kuliah.

Kesan daripada pencemaran yang berlaku, boleh menjejaskan kesihatan, mengakibatkan jerebu yang seterusnya mengurangkan jarak penglihatan.

Gas ozon (O3), iaitu sejenis gas pengoksida yang boleh menimbulkan kerengsaan. Kepekatan ozon dalam beberapa bahagian per juta (ppm) sahaja boleh menyebabkan kesesakan pulmonari, edema dan pendarahan. (Abu Bakar. 1998. ms 41).

IMPLIKASI DEWAN KULIAH KEPADA ALAM SEKITAR KAMPUS

Dewan kuliah merupakan tempat kedua selepas desasiswa. Banyak masa dihabiskan di dewan kuliah. Setiap hari isnin hingga jumaat saya mempunyai kuliah dan tutorial sebagaimana rutin pelajar- pelajar lain. Dewan kuliah mempunyai banyak fasiliti seperti penghawa dingin, projektor dan sebagainya yang memudahkan serta menyelesakan sepanjang proses pembelajaran dan pengajaran. Semua pensyarah dan pelajar menggunakan sepenuhnya fasiliti yang disediakan. Terdapat banyak dewan kuliah di USM. Terdapat 26 Dewan kuliah di USM yang di mana setiap dewan kuliah diwakili oleh huruf abjad A hingga Z.

Bermula pada jam 8 pagi hingga jam 5 petang, kuliah dan tutorial saya berjalan seperti biasa. Di USM, segala fasiliti adalah lengkap. Bukan hanya dewan kuliah yang berfungsi, namun bilik tutorial, bilik pensyarah, pejabat dan sebagainya juga menyediakan segala keperluan untuk keselesaan.

Namun, di samping keselesaan yang diperolehi, terdapat kesan-kesan tertentu terutamanya kepada alam sekitar sungguhpun keselesaan itu diperolehi. Penggunaan banyak penghawa dingin contohnya telah menyebabkan peningkatan suhu setempat. Di Pejabat, dewan kuliah, bilik tutor dan sebagainya semua memasang penghawa dingin. Satu buah bangunan mempunyai lebih dari pada 20 buah penghawa dingin. Penggunaan banyak penghawa dingin boleh meningkatkan suhu setempat di samping menipiskan lapisan ozon, menyebabkan kesan rumah hijau dan sebagainya.

Kesan rumah hijau berpunca sama ada secara semulajadi atau buatan manusia. Secara semulajadi, kesan rumah hijau berpunca daripada letusan gunung berapi yang membebaskan gas-gas sulfur, dan karbon. Selain itu pembakaran hutan akibat petir juga memberi kesan juga. Secara buatan manusia, kesan rumah hijau kebanyakan berpunca daripada pembebasan bahan pencemaran udara, seperti asap daripada kenderaan dan kilang. Penggunaan penyembur aerosol, sesetengah peti sejuk dan penghawa dingin yang membebaskan CFC juga menyumbang kepada kesan pemanasan global ini.

INTERAKSI AKTIVITI DI CAFE DENGAN PERSEKITARAN

Cafe atau kantin-kantin adalah salah satu tempat kegemaran keperluan bagi semua warga universiti. Cafe merupakan satu keperluan utama bagi warga universiti di mana cafe menyediakan pelbagai keperluan makanan dan minuman. Setiap desasiswa mempunyai cafe. Di depan foyer dewan kuliah terdapat satu cafe siswa yang menjadi ‘port’ lepak dan makan bagi pelajar dan pensyarah. Pada waktu pagi, saya dan rakan-rakan akan bersarapan di cafe siswa sebelum menunggu kuliah bermula.

Di cafe, saya melihat pembuangan sisa jenis cecair dialirkan terus ke dalam longkang. Contoh sisa jenis cecair ialah minyak masak yang telah digunakan, sisa minuman, sisa basuhan daripada dapur dan sebagainya. Apabila pulang ke desasiswa pada waktu petang, saya akan singgah ke cafe Indah Kembara untuk membeli makanan untuk makan malam kerana cafe Indah menawarkan harga makanan yang berpatutan dan lebih murah. Oleh itu rata-rata warga kampus kerap datang membeli makanan dan minuman di cafe Indah. Bukan saja para pelajar namun pekerja-pekerja juga datang untuk membeli makanan dan minuman.

Saya telah meninjau beberapa cafe dalam kampus ini seperti cafe Indah Kembara dan Cafe Siswa. Kebanyakan sisa jenis cecair seperti buangan minyak masak dialirkan terus ke longkang. Kesannya boleh menyebabkan longkang tersumbat kerana minyak yang tebal dan beku boleh menyebabkan aluran longkang-longkang kecil tersekat sebelum sampai ke longkang yang besar. Di samping itu, bahan-bahan basuhan daripada dapur juga dialirkan ke dalam longkang.

Daripada longkang akhirnya akan mengalir juga ke dalam sungai kerana sifat cecair adalah mengalir dan akan bercantum apabila ada pertemuan dua jisim cecair di sesuatu kawasan. Sungai merupakan elemen alam sekitar yang sangat penting buat manusia serta hidupan flora dan fauna. Sungai membekalkan sumber protein seperti ikan, kerang, udang dan sebagainya yang secara langsung menjadi sumber makanan kepada manusia. Sisa-sisa domestik boleh menyebabkan sungai tercemar. Di Malaysia, sungai yang mendapat anugerah sungai terkotor adalah sungai pinang di Pulau Pinang. Oleh itu, pengurusan sungai tidak boleh dipandang remeh sungguhpun apa yang dialirkan ke dalam sungai atau longkang kelihatan tidak merbahaya.

Kawasan perniagaan biasanya membelakangi sungai dan kadang-kala sungai dijadikan tapak pembuangan sisa. (Sulong et. al. 2005. ms 65).

Bukan itu saja, apabila longkang tersumbat ia boleh menyebabkan banjir kilat kerana sistem saliran tidak lagi berfungsi dengan baik akibat tersumbat. Tambahan pula kawasan bandar mudah dinaiki air apabila hujan lebat turun kerana kurang litupan tumbuhan dan bilangan konkrit yang terlalu banyak.

LANGKAH BAGI MEMULIHARA DAN MEMELIHARA ALAM SEKITAR KAMPUS YANG DILAKUKAN OLEH WARGA KAMPUS.

Terdapat banyak yang boleh dilakukan bagi membendung masalah yang timbul akibat aktiviti seharian warga kampus. Warga kampus juga menyedari bahawa aktiviti seharian sedikit sebanyak memberi impak kepada alam sekitar kerana warga kampus juga merasai impak yang berlaku. Justeru itu, banyak pendekatan yang telah diambil oleh warga kampus bagi menyelesaikan masalah yang timbul.

Melalui kempen pembangunan mapan

Persatuan yang bergiat aktif dalam menjaga alam sekitar antaranya adalah Kelab Alam sekitar. Dengan kerjasama Healthy Campus, mereka membuat pelbagai kempen untuk menjaga alam sekitar dan pembangunan mapan. Pada peringkat awal, langkah yang diambil adalah dengan mengharamkan penggunaannya polisterin di kampus dan menggantikannya dengan “eco pack” iaitu boleh di biodegadrasi. Selepas program “eco pack” berjaya dilaksanakan, bekas plastik atau “Tuppaware” pula digunakan melalui kempen Tapau-mania. Kesinambungan dalam menjalankan program ini adalah bertujuan menggalakkan pelajar membawa bekas makanan sendiri. Motifnya adalah untuk mengurangkan penggunaan dan pembuangan sampah. Oleh itu, masalah peningkatan hasil smpah boleh dikurangkan.

Tidak semua sampah perlu dibuang kerana ada kemungkinan ianya boleh digunakan semula sebagai bahan-bahan baja serta penghasilan gas dan tenaga. (Sahabat Alam Malaysia.1984. ms 30)

Mengurangkan penggunaan kenderaan persendirian

Bilangan kenderaan persendirian di univesiti adalah tinggi dan ia boleh memberi impak kepada alam sekitar. Hal ini boleh meningkatkan kadar pencemaran bunyi dan udara.

Kebanyakan kenderaan menggunakan minyak petrol dan jenis petrol yang digunakan di Malaysia merupakan salah satu jenis yang mengandungi bahan plumbum tertinggi di dunia iaitu 0.84 gram bagi setiap liter petrol. (Sahabat Alam Malaysia.1984. ms 36).

Justeru itu pelajar boleh mengambil alternatif dengan menyewa basikal USM untuk ke mana-mana. Dengan menggunakan basikal ia dapat menyihatkan tubuh badan di samping menjaga alam sekitar.

Di Jepun, rakyatnya lebih gemar menggunakan basikal berbanding kenderaan berpetrol kerana penggunaan basikal boleh mengatasi masalah jerebu.

Penggunaan kenderaan yang meluas telah mengakibatkan kesesakan lalu lintas dan sistem pengangkutan awam (Sahabat Alam Malaysia.1984. ms 36).

KESIMPULAN

Setiap kegiatan manusia yang berlaku di dalam sesebuah ruang akan mempengaruhi alam sekitar. Pembangunan sedikit sebanyak telah menjejaskan alam sekitar. Untuk melakukan pembangunan perlulah disertakan dengan penilaian impak alam sekitar (EIA). Pembangunan mapan juga dapat mengelakkan daripada pembangunan yang rakus. Keselesaan yang dinikmati oleh warga kampus perlu mengambil kira impak yang berlaku terhadap alam sekitar. Alam sekitar adalah penting kerana semua benda hidup di muka bumi ini adalah saling berinteraksi antara satu sama lain. Banyak perkara yang boleh dilakukan oleh warga kampus untuk menjaga alam sekitar. Contohnya dengan menyertai program oleh persatuan-persatuan alam sekitar USM seperti Kelab Alam Sekitar, Kelab Aktivis Alam Sekitar Kampus dan sebagainya boleh memberi kita sedikit sebanyak input tentang penjagaan alam sekitar. Alam sekitar perlu dijaga. Apabila ia tidak dijaga, semua kesan akan berbalik kepada manusia jua.

Pada amnya, seorang individu dalam sehari mengenerasikan sebanyak 2 atau 3 paun sampah-sarap. (Sahabat Alam Malaysia.1984. ms 30).

Sebagai warga kampus, kesedaran terhadap alam perlu dititikberatkan kerana setiap warga kampus itu mempunyai peranan sebagai pengguna dan pada masa yang sama berperanan menjaganya agar impak yang terhasil daripada tangan-tangan manusia ini tidak akan berbalik kepada manusia juga dan pelbagai pendekatan perlu di buat supaya alam sekitar kampus sentiasa terjaga.

Kelebihan Ayat Kursi

0

Posted by Aktivis Alam Sekitar Kampus; | Posted in | Posted on 19 October 2009


Dari Anas b Malik r.a berkata,"Rasulullah SAW bersabda : apabila seseorang dari Umatku membaca ayat kursi 12 kali,kemudian dia berwuduk & mengerjakan solat subuh ,nescaya Allah akan menjaganya dari kejahatan syaitan & darjatnya sama dengan orang yg membaca seluruh al-Quran sebanyak 3 kali,pada Hari Kiamat dia akan diberi Mahkota dari cahaya yg mnyinari semua penghuni dunia."

Berkata Anas b Malik r.a," ya Rasulullah,apakah hendak di baca setiap hari?"
Sabda Rasulullah SAW ,"tidak,cukuplah membacanya pada hari Jumaat."
Umat³ dahulu hanya sedikit sahaja yang mmpercayai Rasul³ mereka & itupun apabila mereka melihat mukjizat secara langsung.

Kita sebagai umat Islam tidak boleh ragu-ragu tentang apa yang di terangkan oleh Allah & Rasul. Janganlah kita ragu-ragu tentang al-Quran ,Hadis & Sunnah Rasul kita.
Janganlah kita menjadi seperti umat yg terdahulu yg mana mereka itu lebih suka banyak bertanya & hendak melihat bukti³ terlebih dahulu sebelum mereka beriman..
Setiap satu yg di anjurkan oleh Rasulullah SAW kepada kita adalah utk kebaikan kita sendiri. Rasulullah SAW menyuruh kita mengamalkan membaca ayat Kursi. Kehebatan ayat ini telah di terangkan dalam banyak hadis. Kehebatan ayat kursi ini adalah untuk kita juga,yakni untuk menangkis gangguan syaitan & kuncu³nya d samping kita di beri pahala..
Begitu juga dgn surah al-Falaq,surah Yaasin & byk lagi ayat³ al-Quran yg mmpunyai keistimewaannya.

Setiap isi al-Quran itu mempunyai kelebihan yg tersendiri. oleh itu kita Umat Islam ,janganlah ada sedikit pun keraguan tentang ayat³ al-Quran,Hadis Nabi & Sunnah Baginda SAW.keraguan & was³ itu datangnya dari syaitan....

Pengumuman Program

0

Posted by Aktivis Alam Sekitar Kampus; | Posted in | Posted on 13 October 2009

Program 1 : Perkhemahan Pelapis Muda Aktivis Alam Sekitar

Dikendalikan oleh :


Fatin Safiah (Koordinator CARE)


Anjuran

Jabatan Alam Sekitar Dengan Kerjasama Sahabat Alam Malaysia

Tarikh

23 – 25 Oktober 2009

Tempat

Hutan Lipur Bukit Mertajam. Penang

Kumpulan sasaran

Pelajar IPT

Modus operandi

Perkhemahan akan dijalankan selama 3 hari 2 malam. Antara aktiviti yang akan dijalankan adalah seperti berikut :

  • Diskusi kitar ekologi
  • Diskusi isu semasa alam sekitar
  • Bengkel kemahiran aktivis alam sekitar
  • Ceramah isu alam sekitar
  • Hiking
  • Latihan Dalam Kumpulan (LDK)
  • Pembinaan model projek ( cth: replika, lukisan, artikel, model dan lain-lain)

Program 2 : Replanting Mangrove

Dikendalikan Oleh : Azril Nizam (Pegawai SAM)
Tempat : Nibong Tebal
Tarikh : 25 Oktober 2009

Program Interaksi CARE (Hiking Bukit gambir)-11 Oktober 2009

0

Posted by Aktivis Alam Sekitar Kampus; | Posted in


















































Program Masih Ada Yang Sayang bersama Anak-Anak Yatim & Miskin II

0

Posted by Aktivis Alam Sekitar Kampus; | Posted in | Posted on 12 October 2009



Program : Sempena Jamuan Hari Raya
Tarikh : 10. 10. 2009
Tempat : Surau Kampung Sungai Badak
Anjuran Bersama
Badan Amal Kebajikan Nun (BAKUN)
Teras Pengupayaan Melayu (TERAS)
Tabung Anak Yatim dan Miskin Tampin (TAYT)
Sekolah Agama Nurul Hidayah (SRINPEK)
AJK Surau Kg Sg Badak

Aturcara Majlis

09.00 am : Pendaftaran Peserta
09.30 am : Taklimat Aktiviti
09.45 am : Sesi bersama anak yatim 1
10.30 am : Minum Pagi
11.00 am : Sesi Bersama Anak Yatim 2
12.30 pm : Makan Tengah hari/ Solat Zohor
02.00 pm : Sesi bersama anak yatim 3
03.00 pm : Tazkirah Ustaz Subhi
Majlis perasmian sambutan hari raya bersama anak yatim dan miskin
Ucapan alu-aluan pengerusi majlis
Ucapan daripada pengerusi BAKUN
Ucapan daripada penasihat BAKUN
Ucapan Perasmian daripada Pengerusi TERAS
04.30 pm : Solat Asar
O5.00 pm : Jamuan Hari Raya
06.00 pm : Pengagihan dan Pemberian sumbangan kepada peserta dan keluarga
6.30 pm : Majlis Bersurai

Ucapan Setinggi-tinggi perhargaan kepada

Fasilitator dari USM
Fasilitator dari CAP
Para Dermawan
Sukarelawan TERAS
Sukarelawan BAKUN
AJK Surau Kg. Sg Badak
Para Pengiklan
Staf dan PIBG SRINPEK

































Program : Sempena Jamuan Hari Raya
Tarikh : 10. 10. 2009
Tempat : Surau Kampung Sungai Badak
Anjuran Bersama
Badan Amal Kebajikan Nun (BAKUN)
Teras Pengupayaan Melayu (TERAS)
Tabung Anak Yatim dan Miskin Tampin (TAYT)
Sekolah Agama Nurul Hidayah (SRINPEK)
AJK Surau Kg Sg Badak

Aturcara Majlis

09.00 am : Pendaftaran Peserta
09.30 am : Taklimat Aktiviti
09.45 am : Sesi bersama anak yatim 1
10.30 am : Minum Pagi
11.00 am : Sesi Bersama Anak Yatim 2
12.30 pm : Makan Tengah hari/ Solat Zohor
02.00 pm : Sesi bersama anak yatim 3
03.00 pm : Tazkirah Ustaz Subhi
Majlis perasmian sambutan hari raya bersama anak yatim dan miskin
Ucapan alu-aluan pengerusi majlis
Ucapan daripada pengerusi BAKUN
Ucapan daripada penasihat BAKUN
Ucapan Perasmian daripada Pengerusi TERAS
04.30 pm : Solat Asar
O5.00 pm : Jamuan Hari Raya
06.00 pm : Pengagihan dan Pemberian sumbangan kepada peserta dan keluarga
6.30 pm : Majlis Bersurai

Ucapan Setinggi-tinggi perhargaan kepada

Fasilitator dari USM
Fasilitator dari CAP
Para Dermawan
Sukarelawan TERAS
Sukarelawan BAKUN
AJK Surau Kg. Sg Badak
Para Pengiklan
Staf dan PIBG SRINPEK

Iran beri amaran teruskan program nuklear pada PBB

0

Posted by Aktivis Alam Sekitar Kampus; | Posted in | Posted on 11 October 2009

TEHERAN 11 Okt. - Iran semalam memberi amaran ia akan menjalankan aktiviti pengayaan uranium ke peringkat tertinggi yang diperlukan bagi menjana reaktor tenaganya jika rundingan dengan pemerhati nuklear Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan negara kuasa dunia gagal membantu Iran memperoleh bahan bakar dari luar negara.

Langkah itu boleh menambah ketegangan terhadap program nuklear Iran yang telah sedia meruncing berikutan pendedahan bulan lalu oleh Presiden Mahmoud Ahmadinejad bahawa Iran sedang membina fasiliti pengayaan uranium keduanya.

Amerika Syarikat (AS) dan rakan sekutunya dalam rundingan tersebut mahu Teheran menghantar sedikit sampel uraniumnya ke Rusia bagi proses lanjutan bahan itu untuk digunakan dalam satu reaktor penyelidikan perubatan di ibu negara Iran.

Proses pengayaan adalah satu kebimbangan utama kerana teknologi itu boleh digunakan untuk membuat bahan bakar bagi loji kuasa nuklear dan reaktor penyelidikan pada peringkat rendah atau senjata atom pada peringkat tinggi.

Dengan menjalankan aktiviti pengayaan bertahap tinggi di luar negara, ia dilihat sebagai satu langkah penting dalam membina keyakinan dan boleh meredakan kebimbangan Barat bahawa Iran cuba menggunakan kerja nuklear awamnya bagi menutupi pembangunan senjata.

Ia juga dilihat sebagai tindakan kompromi kerana Iran sebelum ini berulang kali enggan melibatkan negara luar, dengan menegaskan ia mempunyai hak untuk menjalankan program pengayaan domestik sepenuhnya yang didakwanya hanya untuk tujuan keamanan seperti penghasilan tenaga.

Ali Shirzadian, jurucakap untuk Organisasi Tenaga Atom Iran memberitahu AP semalam bahawa negaranya akan meneruskan kerja-kerja pengayaan uranium ke peringkat lebih tinggi kepada kira-kira 20 peratus yang diperlukan reaktor Iran jika tiada persetujuan dicapai dalam rundingan pada 19 Oktober depan di Vienna.

Kadar itu masih jauh berbanding 90 peratus peringkat pengayaan uranium yang diperlukan untuk senjata nuklear, namun ia boleh menimbulkan kebimbangan signifikan bagi negara-negara yang cuba memujuk Iran mengehadkan program pengayaannya.

Shirzadian berkata, Iran memerlukan sehingga 300 kilogram pengayaan uranium bagi membolehkan reaktor Teheran terus beroperasi bagi tempoh 10 hingga 15 tahun akan datang.

Kemudahan itu - yang didakwa Iran digunakan untuk penyelidikan perubatan dan saintifik - hanya mempunyai bahan api yang cukup bagi beroperasi untuk tempoh satu tahun setengah akan datang.

Menurut beliau, Iran juga bersedia berbincang pelbagai saranan tentang isu tersebut pada pertemuan di Vienna dengan pegawai dari AS, Perancis, Rusia serta pemerhati dari agensi nuklear PBB. - AP

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1012&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_09.htm

Manakah kekuatan??

0

Posted by Aktivis Alam Sekitar Kampus; | Posted in | Posted on 10 October 2009


Dimanakah kekuatan kita? Rasanya macam hampir berputus asa apabila berada dalam situasi menakan. Apa yang boleh dilakukan adalah "Ya allah kuatkanlah aku" Hampir menangis seorang diri. Setiap manusia akan mengalami banyak fasa dalam kehidupannya.Fasa yang mematangkan dirinya. Jika dulu saya hanya menangis sekiranya penat teramat sangat, ditekan oleh orang atasan, tambahan masalah-masalah sampingan. Hidup yang terlalu menduga. Perkara itu ketika saya alami ketika menjadi setiausaha CARE. Walaupun organisasi CARE kecil dan tidak dikenali ramai tetapi ianya bergiat aktif. Ketika itu saya rasa sangat tertekan. Masih muda untuk mengalami pelbagai perkara. Namun, usia yang semakin meningkat mematangkan kita. Kini usia sudah meningkat 22 tahun. Sepanjang di Pulau Pinang banyak yang telah saya alami tapi saya masih belum puas untuk alami banyak perkara lagi..

Kekuatan ku di mana ya allah??kekuatan kami di mana??

Kini saya telah berubah status menjadi mantan. Dalam pembubaran jawatan, saya tidak ingin memegang apa-apa jawatan kerana saya ingin meneruskan perjalanan yang gelap. Kerana saya sendiri tidak tahu apa yang menanti di depan. Bila melangkah barulah tahu apa yang ada di depan, Tak semestinya langkah yang kabur itu akan menemukan perkara yang buruk sahaja. Pasti ada baiknya. Setiap insan ada rasa down and up. Masa up tu semua kerja bisa diberesin. Wajah pun ceria sahaja. Bila down, kemurungan itu jelas kelihatan apabila kedut-kedut wajah mula terukir. Apa saja kerja yang dilakukan umpama dipaksa. Hanya allah saja tempatnya. Saya gagal berkongsi dengan sesiapa kerana saya tidak mahu sesiapapun lihat akan kekurangan saya. Saya cuba menyorokkan apa saja rasa dalam hati kerana terlampau ego. Tidak ingin mereka melihat saya menangis. Kerana jika dulu pendapat saya tangisan ini hanya membazir air mata. Tapi saya tidak sedar ia nya lumrah. Mungkin juga kerana perempuan memang tidak boleh dipisahkan dengan air mata. Dan saya mula belajar agar tidak lagi cerewet dan kuat mengomel. Menerima seadanya. Allah itu dekat, saat saya rasa terlampau penat dan tambahan mempunyai tahap fizikal yang lemah memang hampir mematahkan saya. Saya teringat kata-kata daripada banyak sahabat. "Allah tahu liza mampu"....

Proses mencanai, melentur dan membentuk

Kini saya sangat gembira berada di landasan ini. Saya telah memilih suatu perjuangan untuk diri saya. Saya cuba menolak kepentingan diri semampunya untuk terus di landasanNYA. Cukup sukar pada mulanya. Tapi ia mengingatkan saya kembali bahawa, banyak perkara yang perlu kita lakukan dalam kehidupan ini. Semasa tempoh saya memegang jawatan dulu, ramai yang menempa, mencanai dan membentuk jiwa saya terutama koordinator CARE iaitu kak Fatin. Saya sangaja buat beliau marah, buat sahabat2 marah dan protes kerja, tidak suka mendengar arahan. Terlalu sukar untuk membentuk dan melentur jiwa yang keras dalam acuan yang betul. Selama ini semua hanya mendengar apa yang saya kata, apa yang saya mahukan diberikan. Oleh itu, saya tidak suka mendengar arahan. Tidak suka dipaksa-paksa, kalau tidak saya akan marah orang itu balik. Ikut kepala sendiri saja. Lantaklah apa mereka nak kata. Sebab itu ramai yang hampir berputus asa terhadap saya. Sukar ubah saya, pendirian saya, sikap saya. Akhirnya saya hantar masej kepada kak Fatin,
"kenapa akak masih bersabar dengan saya?"
"Habistu kamu nak suruh akak buat apa?Terima saja la"
Saya mula menggunakan fungsi akal saya ini. Berfikir dan berfikir. Alhamdulillah, saya mulai belajar menjadi manusia matang. walaupun sukar untuk tampung sikap buruk tetapi saya sedayanya mencuba.

Jangan takut untuk melangkah, allah sentiasa bersama orang yang inginkan dan berusaha mendapatkan redhaNYA.

Bila kita sudah memilih jalan Allah, cubaan dan dugaannya bukanlah semudah yang disangkakan. Saya telah mengambil keputusan inilah jalan yang saya pilih. Jadi nak atau tidak saya PERLU terima apa saja yang terjadi. Sepertinya saya bertaruh diri saya sendiri. Saya cuba menolak keinginan diri. Sedaya upaya saya cuba menolak, demi jalanNYA,..Ya allah..hanya dia saja yang maha tahu apa yang telah saya alami. Berapa kali saya jatuh dan jatuh dan jatuh. Sungguhpun kelihatan ceria, tapi dalamannya benar2 menekan. Saya membahagikan masa kepada beberapa bahagian dalam kehidupan, aktiviti, akademik, diri, pengisian dan amal ibadat dll. Bila ianya tidak tersusun rapi, habis jadual saya kucar kacir. Saya tetap akan pergi kemana saja saya ingini termasuk program walaupun assignment perlu dihantar, walaupun jadual padat, walaupun program himpit jadual. Tapi saya perlulah menerima seadaanya...saya berkata pada diri.
"aku dah pilih jalan ini, so aku mana boleh berundur".
Jika asgmnt kena hantar, akademik, aku mahu study, kampus dan lain-lain..itu hanyalah alasan. Nak keluar jumpa masyarakat, berbakti kepada masyarakat mana boleh sekat-sekat. Sebenarnya sangat menyeronokkan. Saya aktivis kampus so kenalah cakna. Betul kan?

Masalah kepentingan diri

Aduhai,..memang saya sendiri diutamakan. Tamak betul nak join apa-apa program. Ish isu ummat banyak, kebajikan kena jaga, seperti kebajikan orang tua, anak yatim dll. Alam Sekitar pun penting (promok). Soal cinta saya terpaksa tolak tepi. Siapa kata saya ni tiada keinginan, Mungkin masanya belum tiba. Saya hanya insan biasa Walaupun beberapa kali menolak lamaran, saya tidak menyesal kerana saya belum puas mencari-dan mencari. Semoga allah sentiasa memberi kita kekuatan. Oleh itu, saya relakan diri saya untukNYA. Kerja di universiti berlambak-lambak pun tidak diberikan keutamaan. Bagi saya semua penting. Tidak boleh lebihkan mana-mana. Bayangkanlah saya terpaksa menyiapkan assgment 3000 patah perkataan dan clash prog. So saya pilih dua-dua. Tugasan lagi, Thesis project, kerja sambilan dari pensyarah lagi. Pernah sampai terketar-ketar lutut tak sempat makan. Pernah tak tidur selama 48 jam non stop. Nak citer memang tak habis. Tapi ini jalan saya. Apa lagi saya nak buat?takkan nak menolak setelah membuat pilihan.
Buat teman-teman

Bukan diri ini sengaja menceritakan demi menambahkan saham dosa riak. Tapi cukuplah kita bersama-sama di medan perjuangan ini. Jangan hentikannya walaupun ada halangan. Saya bukanlah seseorang yang pandai berkata-kata. Cuma sekadar perkongsian. Hidup ini singkat saja. Memang penat bila berhadapan banyak perkara serentak. So terimalah segalanya dengan hati lapang insyaallah.
P/s: Sayangilah allah, pemimpin kita (Muhammad saw), ibu bapa dan keluarga dan pada diri juga ya...salam.......