Apakah itu CARE campus??

2

Posted by Aktivis Alam Sekitar Kampus; | Posted in | Posted on 11 July 2008

We CARE....!!


Care adalah singkatan bagi perkataan Aktivis Alam Sekitar Kampus (CARE). Penubuhan organisasi ini bertitikmulakan oleh SAM atau Sahabat Alam Malaysia. CARE merupakan badan bergiat aktif dalam kampus seluruh Malaysia di bawah kelolaan SAM.


Salah sebuah aktivis kampus yang bergerak aktif adalah Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, Universiti Teknologi Mara,Institut Perguruan Tuanku Bainun (IPTB) dan sebagainya. Penubuhan CARE adalah bertujuan mendidik aktivis bergerak aktif dan lebih peka terhadap isu-isu berkaitan dengan alam sekitar dalam kampus dan luar kampus. Salah satu matlamat CARE adalah melahirkan generasi yang lebih peka terhadap isu berkaitan dengan alam sekitar. Alam ini mencakupi segala aspek termasuk aspek keagamaan, sosial, ekonomi, alam sekitar dan sebagainya. Antara fokus utama CARE adalah isu bakau dan nelayan, ulu muda, perubahan iklim dunia dan sebagainya. Pelbagai program yang telah dilaksanakan oleh CARE antaranya adalah penanaman semula bakau, kempen alam sekitar, pendidikan awal terhadap ilmu alam, roadshow dan sebagainya.
Oleh itu, pendedahan secara menyeluruh adalah perlu dan tidak semestinya tertumpu hanya kepada aktivis semata-mata. Alam sekitar adalah anugerah yang tiada nilainya jika dibandingkan dengan harta bertimbun gunungnya, kerana kita adalah pemegang amanah kepada generasi yang akan datang. Tanggung jawab perlulah digalas bersama-sama agar matlamat kemampanan atau kelestarian alam tercapai. Oleh yang demikian, blog ini menyediakan pelbagai intipati berkaitan dengan alam dan isunya serta menyediakan pelbagai maklumat yang berguna untuk membolehkan pembaca membaca dan membuat rujukan.
Sila memberi pandangan anda sekiranya berminat terhadap sesuatu topik dan kami akan cuba sedaya upaya memberi respon secepat yang mungkin,...SEKIAN,...


we need to care if we want to be a care..

Cetak Artikel Ini

Comments (2)

  1. 7/12/2008 08:22:00 AM

    semoga lebih ramai mahasiswa dan siswi menyertai CARE untuk membantu yang termampu untuk alam sekitar kita..........

  2. 7/23/2008 09:24:00 PM

    Perkembangan ilmu terkini amat membantu kita dalam mengurus alam sekitar secara mapan. Environmental Performance Index (EPI) misalnya, membolehkan kita mencontohi amalan baik yang dilaksanakan oleh negara-negara maju seperti German. Walaupun ia menduduki tangga ke-13 EPI, tetapi dari aspek komitmen terhadap ekonomi mesra alam, penyelidik dari Yale, Daniel Esty secara peribadi tidak teragak-agak untuk menobatkan German di tempat yang pertama. Komitmen ini dapat dilihat dari ungkapan Menteri Alam Sekitar pertamanya Klaus Topfer bahawa teknologi mesra alam merupakan wadah pemodenan German. Idealisme ini telah menjadikan German sebagai peneraju dalam industri photovoltaic, turbin angin, pengurusan sisa serta kitar semula. Jelas bahawa komitmen serta ketelusan sistem urus tadbir alam sekitar yang baik merupakan antara asas ke arah pembangunan mapan.

    Dari aspek yang tersirat, tidak dinafikan bahawa kesedaran awam juga merupakan faktor penyumbang terhadap pembangunan yang berteraskan ekonomi mesra alam. Budaya ilmu yang mengakar sejak renaissance telah menyebabkan masyarakat Eropah lebih peka terhadap perkembangan persekitaran semasa. Dalam konteks pembangunan lestari, kepekaan ini menjadi suatu agen advokasi yang sihat terhadap usaha pembaikan urus tadbir kerajaan.

    Di Malaysia, budaya ‘tak pa’ boleh dikatakan masih menebal, isu pencemaran alam jarang dihiraukan asalkan jangan terkena batang hidung sendiri. Justeru, usaha mempertingkat kesedaran awam tentang pemeliharaan alam mestilah konsisten supaya proses pengupayaan aktivisme di peringkat akar umbi dapat dilaksanakan.

    Masyarakat yang mempunyai sensitiviti yang tinggi terhadap isu-isu alam sekitar memainkan peranan yang amat penting dalam menyalurkan maklumat kepada agensi kerajaan, khususnya untuk tujuan penguatkuasaan. Selain itu mereka juga boleh menjadi orang sumber kepada para penyelidik untuk menjalankan penyelidikan mereka di tempat-tempat tertentu.

    Bukan sekadar itu, pengupayaan aktivisme juga dapat meningkatkan kemahiran mereka untuk berpartisipasi secara terancang dan aktif melalui kompilasi data-data penting berkenaan isu-isu alam sekitar di peringkat tempatan. Aktivisme tidak semestinya memerlukan bajet yang besar bagi membeli peralatan saintifik yang canggih untuk tujuan persampelan dan sebagainya.

    Di peringkat awal ia sudah memadai dengan sikap prihatin yang tinggi terhadap isu-isu pencemaran alam serta memahami prosedur tindakan yang perlu dilakukan oleh masyarakat awam. Sebagai contoh, seseorang boleh menjadikan photojournalism sebagai hobi seterusnya berkembang kepada aktivisme alam sekitar. Dalam erti kata yang lain, budaya untuk mendokumentasikan sesuatu pemerhatian yang telah dilakukan amat penting dalam konteks pengumpulan data dan maklumat.

    Sesungguhnya informasi serta pangkalan data yang baik merupakan asas pemerkasaan pengurusan alam secara mapan. Tanpa asas data yang baik pembuat dasar tidak mampu mencorakkan suatu polisi yang ampuh. Di sinilah pentingnya kerjasama di antara masyarakat yang peka, penyelidik yang beretika serta kerajaan yang berwibawa. Negara bukan sahaja akan mengecapi kesejahteraan alam sekitar malah keharmonian sosial dan kemakmuran ekonomi juga akan turut dirasai apabila sumber alam diurus secara lestari.

    Good luck adik2 CARE!

    http://misyakir.blogspot.com

Post a comment