Posted by Aktivis Alam Sekitar Kampus; | Posted in Isu Pertanian | Posted on 11 July 2008
CACING merupakan haiwan yang dilihat begitu menjijikkan. Namun tidak ramai yang mengetahui disebalik haiwan yang menjijikkan itu tersimpan banyak manfaatnya. Baja kompos cacing atau vermikompos begitu popular digunakan pada masa kini. Baja jenis ini memberi lebih kesuburan kepada tanih untuk tumbesaran tumbuhan. Baja terbahagi kepada dua iaitu baja kimia dan baja organik. Penggunaan baja kimia contohnya baja kalium (K) dan fosforus (P) memberi kesan kepada kapilari tanih iaitu baja yang terserap oleh tanih akan mengalir ke sungai melalui kapilari tanih seterusnya memberi kesan kepada kehidupan akuatik. Baja kompos begitu mesra alam dan tidak mendatangkan kesan berbahaya kepada alam sekitar. Cacing merupakan haiwan yang mempunyai dua jantina. Oleh itu, ia senang dibiakkan. Bukan itu saja, vermikompos ini 100% penghasilan semula jadi dan selamat digunakan berbanding dengan baja kimia yang mendatangkan banyak kesan buruk kepada alam sekitar terutamanya kepada tanaman yang menjadi sumber makanan kepada manusia dan haiwan.
Manurut seorang penternak cacing dan juga merangkap Pengarah Urusan AZR Agro Centre Puan Azlinda Ros Abdullah, cacing mengandungi 80% lebih protein berbanding kacang soya yang boleh menyuburkan tanaman. Ia juga boleh membiak 10 kali ganda dalam satu masa. Selain pertanian, ia juga digunakan dalam bidang kosmetik, perubatan dan sebagainya.
Hasil buangan cacing akan menghasilkan baja kompos. Tumbuhan dapat hidup dengan subur apabila terdapat banyaknya garam galian dalam tanih. Protein yang tinggi dalam tanih dapat menyuburkan lagi tanih. Terdapat beberapa jenis untuk penghasilan baja kompos cacing antaranya adalah “Tiger Worm dan Blue Worm” yang mudah dibiakkan.
Para petani kini mula menyedari akan kebaikan penternakan cacing bagi penghasilan baja kompos. Di samping itu juga, kosnya lebih murah berbanding dengan baja kimia. Hal ini dapat dilihat apabila beberapa bulan yang lepas harga baja kimia meningkat lagi iaitu naik lebih 20 % atau daripada RM 1400 tan metrik kepada RM 1800 tan metrik. Hal ini berlaku apabila berlakunya permintaan tinggi terhadap pasaran baja kimia terutamanya dalam kalangan petani. Kini terdapat alternatif lain bagi menggantikan baja kimia kepada baja yang lebih murah serta lebih mesra alam iaitu penggunaan dengan penggunaan baja kompos cacing.
Para petani juga boleh membiakkan sendiri cacing-cacing berkenaan untuk dijadikan baja. Ianya mudah dan lebih praktikal berbanding dengan baja kimia. Petani juga dapat melakukan penjimatan kerana cacing mudah membiak. Walaupun kesannya agak lambat berbanding dengan penggunaan baja kimia, ianya tetap dapat mengeluarkan hasil yang tinggi iaitu dalam lingkungan 30 % ke atas. Jelas di sini dapat dilihat betapa pentingnya penggunaan baja kompos cacing sebagai alternatif dalam pertanian. Bukan itu saja, antara kepentingan lain adalah ia juga berfungsi sebagai “Growth Stimulant” dan “Soil Conditioner” serta bebas daripada pathogen, parasit, & phytotoxin iaitu sejenis kumpulan perosak. Selain itu juga pengimportan baja kimia juga dapat dikurangkan kerana jumlah import baja oleh Malaysia adalah tinggi iaitu kira-kira 3.5 juta tan metrik setahun.
Menurut Pengarah Eksekutif Detik Aturan, Md. Arfizal Md Ariffin “kerajaan perlu menekankan pengeluaran dan penggunaan baja organik untuk mengurangkan penggantungan 100 golongan petani, kerajaan perlu menggalakkan petani menggunakan baja organik, seperti baja kompos yang boleh diproses daripada sisa pertanian termasuk daripada jerami padi, hampas kelapa sawit, batang jagung dan sisa buangan tanaman sayuran yang lebih rendah kosnya," katanya.
Justeru itu, pendekatan baru terhadap baja organik harus diperluaskan kerana kepentingan terhadap penggunaan baja kompos cacing ini tidak dapat disangkat lagi. Para petani juga akan dapat mengatasi masalah penggunaan baja kimia yang tinggi harganya serta dapat memaksimumkan lagi hasil pengeluaran dan mengoptimumkan lagi keuntungan. Di samping itu juga kesan alam sekitar dapat diatasi dengan mudah dan tanaman yang dihasilkan juga lebih selamat dimakan dan tidak menjejaskan kesihatan berbanding dengan baja kimia yang kadang-kala menjadikan tanaman itu beracun walaupun ia menyuburkan dan akhirnya turut memberi kesan kepada kesihatan manusia.
Cetak Artikel Ini

Comments (0)