Posted by Aktivis Alam Sekitar Kampus; | Posted in Information | Posted on 07 February 2009
MANUAL
AKTIVIS ALAM SEKITAR KAMPUS
(Campus Environmentalist - CARE)
Oleh
Sahabat Alam Malaysia (SAM)
Pergerakan Penyelidikan Dan Pembangunan Komuniti (KOMUNITI)
PERSPEKTIF
Pendidikan alam sekitar adalah sesuatu yang agak terasing dalam sistem pendidikan di negara kita samada di sekolah-sekolah ataupun di institut pengajian tinggi (IPT). Para pelajar sekolah atau mahasiswa/i IPT tidak mendapat maklumat dan pendedahan yang khusus tentang alam sekitar dan peranannya kepada rantaian hidup manusia serta alam ini. Justeru itu, tidak ramai di kalangan anggota masyarakat negara ini yang benar-benar peka dan prihatin terhadap sebarang isu alam sekitar yang berlaku sehinggalah ianya sudah terlambat untuk diperbetulkan.
Pembangunan pesat yang berlaku sekarang ini jika tidak dikawal dan dirancang dengan baik akan meninggalkan kesan negatif dalam masa panjang. Kesedaran untuk melindungi alam sekitar daripada ancaman kemusnahan harus di tanam dalam diri setiap individu di negara ini.
Para mahasiswa/i IPT adalah di antara golongan muda elit yang perlu didedahkan kepada kepentingan untuk melindungi alam sekitar kerana merekalah kelak yang akan berada dalam syarikat-syarikat, jabatan-jabatan atau organisasi yang akan terlibat menentukan dasar dan keputusan dalam perlaksanaan sesuatu dasar baru. Mereka perlu diupayakan agar setiap tindakan atau keputusan yang dibuat mempertimbangkan kesan dan akibatnya terhadap alam sekitar.
Bagi mencapai tujuan tersebut Pergerakan Penyelidikan dan Pembangunan Komuniti (KOMUNITI) dan Sahabat Alam Malaysia (SAM) telah merancang untuk menghimpunkan mahasiswa/i IPT dari sekitar Pulau Pinang yang berminat untuk terlibat dalam gerakkerja melindungi alam sekitar melalui program pendidikan alam sekitar yang akan dikendalikan oleh Campus Environmentalist (CARE) atau Aktivis Alam Sekitar Kampus. Matlamat melahirkan anggota masyarakat terutamanya golongan profesional yang prihatin dan peka terhadap alam sekitar dalam setiap keputusan dan tindakan yang diambil.
Objektif CARE
Bagi mencapai matlamat di atas beberapa objektif khusus telah ditetapkan untuk dilaksanakan antaranya;
Membina perspektif para pelajar IPT tentang kepentingan melindungi alam sekitar kepada manusia dan saling kaitan antara rantaian (ekosistem) kehidupan di bumi ini.
Membawa para pelajar mendekati dan mengenali keindahan dan keajaiban alam sekitar dalam usaha memupuk kesedaran untuk melindungi alam sekitar.
Mendedahkan para pelajar dengan realiti isu alam sekitar yang berlaku di negara ini dan antarabangsa.
Membimbing para pelajar untuk bertindak melalui saluran dan keadah yang betul dalam menangani isu-isu alam sekitar yang berlaku.
Menggerakkan atau mewujudkan organisasi-organisasi alam sekitar di kampus-kampus agar dapat menyebarluaskan kesedaran untuk melindungi alam sekitar di kalangan para pelajar IPT.
Apa itu CARE ?
CARE ( Campus Environmentalist ) — adalah komuniti penggerak (aktivis) yang terdiri daripada mahasiswa/i IPT yang menumpukan kepada gerakkerja pendidikan, pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar. Aktivis CARE akan membentuk satu keorganisasian yang mampu untuk mengupayakan diri dan masyarakat serta berkesedaran tinggi dalam konteks mengenalpasti masalah alam sekitar, mencari sumber dan punca masalah, bertindak dan memikirkan tindakan yang dirasakan wajar atas permasalahan atau isu yang timbul serta menyedarkan masyarakat luar tentang tanggungjawab bersama yang harus dimainkan bersama dalam usaha mencapai kehidupan yang sejahtera di atas planet bumi yang satu ini.
Dalam usaha untuk membentuk kumpulan pelapis aktivis alam sekitar elit ini, CARE merancang untuk memantapkan organisasi dan keanggotaannya dengan pemantapan ilmu dan kemahiran aktivisme, alam sekitar dan masyarakat bagi membolehkan kumpulan CARE bermandiri didalam apa jua situasi. CARE merupakan salah satu daripada program pendidikan yang dicetuskan oleh dua organisasi bukan kerajaan (NGO) iaitu Sahabat Alam Malaysia dan Pergerakan Penyelidikan Dan Pembangunan Komuniti (KOMUNITI) dengan kerjasama Pergerakan Perkhidmatan Masyarakat (PPM, USM) di bawah Biro Alam Sekitar yang bertujuan untuk membentuk kelompok remaja elit yang berpengetahuan, peka, sedar dan bertindak di atas kesedaran untuk membela dan memelihara maruah dan kesejahteraan alam sekitar tercapai matlamatnya. Di harap dengan usaha yang kerdil ini kita mampu merubah paradigma masyarakat terhadap alam sekitar dan memberi manfaat untuk seisi alam.
Mengapa CARE ?
Organisasi yang mengabungkan mahasiswa/i pelbagai peringkat umur dan latar belakang untuk mengupayakan diri dalam membantu memastikan kestabilan alam sekitar
Mejalankan aktiviti dan program kesedaran dan pendidikan alam sekitar kepada masyarakat
Memberikan ruang dan peluang kepada remaja untuk menganalisa dan mengkaji isu – isu alam sekitar yang berlaku di Malaysia.
Menyediakan ruang latihan, panduan dan perkongsian maklamat dengan masyarakat luar agar pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi dapat dikongsi bersama
Melatih golongan mahasiswa/i untuk menjadi pendidik alam sekitar yang berkalibar, mahir dan berpengalaman luas dalam bidang alam sekitar
Menganggotai CARE ?
CARE secara umumnya ingin membentuk personaliti mahasiswa/i yang mempunyai pengetahuan, kesedaran, membentuk sikap dan keperibadian, kemahiran, idealisme dan kemampuan untuk bertindak melindungi alam sekitar.
Justeru itu, dalam usaha melahirkan golongan elit yang mempunyai nilai sahsiah diri yang diperlukan, keanggotaan aktivis CARE adalah terbuka kepada mahasiswa/i yang berminat dalam program – program gerakkerja masyarakat dan alam sekitar. Walaubagaimanapun penggerak (aktivis) CARE akan dilatih dan dididik dengan nilai – nilai pembangunan diri dari aspek pembentukan peribadi, watak, idealisme, gerakkerja, kemahiran, pengetahuan yang berkonsepkan aktivis alam sekitar bagi mengupayakan diri dan masyarakat untuk melindungi alam sekitar.
TEMA
Kami Peduli / We Care
MISI DAN VISI CARE
Misi
Membina kepimpinan mahasiswa/i yang berpengetahuan dan berkesedaran tentang alam sekitar
Melahirkan golongan mahasiswa/i yang mampu bergiat aktif dalam organisasi bagi menyebar luas maklumat kepentingan menjaga alam sekitar
Berperanan dalam bertindak untuk memelihara dan memulihara alam sekitar
Visi
membentuk masyarakat yang prihatin kepada alam sekitar
membentuk masyarakat yang memelihara dan memulihara alam sekitar
melahirkan masyarakat yang peka kepada isu alam sekitar
menjanakan pengerak (aktivis) masyarakat untuk bekerjasama dan bergiat aktif dalam usaha melindungi kesejahteraan alam sekitar
KUMPULAN SASARAN
Program ini disasarkan khusus kepada ahli-ahli kelab/ persatuan/ organisasi alam sekitar di IPTA/ IPTS sekitar Negeri Pulau Pinang.
Fasa I
a. Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang
b. Universiti Teknologi MARA (UiTM) Permatang Pauh, Pulau Pinang
c. Maktab Perguruan Persekutuan Pulau Pinang
d. Maktab Perguruan Tengku Bainun
e. Politeknik Seberang Prai
f. Institut Teknologi Tun Abdul Razak (ITTAR)
g. Kolej Komuniti
KEORGANISASIAN CARE
Cadangan Struktur Organisasi CARE
Penaung
Menteri Kementerian Pengajian Tinggi
Penasihat
SM Mohamad Idris
(Presiden, SAM)
Pengarah
Mohd Nizam Mahshar
Sekretariat CARE
Ketua Koordinator
Setiausaha
Bendahari
Koordinator Kampus A
Koordinator Kampus B
Koordinator Kampus C
ORIENTASI PROGRAM CARE
Berikut adalah perancangan program CARE tahunan
Eko-Kem
Kem perpektif alam sekitar
Pembinaan organisasi dan latihan
Pembentukan ahli jawatankuasa
Perancangan Organisasi
Latihan CARE
Perjumpaan bulanan anggota
Eko – Aktiviti
Bengkel dan pembinaan perpektif alam sekitar
Mesyuarat CARE
Mesyuarat mingguan bersama AJK
Merancang aktiviti dan program
Merancang perjumpaan anggota
Bengkel Perspektif
Eko-Tour I
Pameran
Talkshow
Bengkel
Persembahan Media, Slaid dan filem alam sekitar
Pertandigan Debat
Pertandingan Puisi
Pertandingan Melukis
Program Konserversi ( pemuliharaan ) Alam Sekitar
Kempen Penanaman Bakau
Kempen Penanaman Pokok
Eko-Kem II
Pendidikan Alam Sekitar dan Pembinaan Perspektif Aktivisme
Latihan kemahiran dan organisasi
Persediaan Eko – Tour II
Eko-Tour II
- Pameran
- Bengkel
- Eko – Teater
- Pertandingan: Melukis, Puisi, Debat Dll
- Program Eko – Tour II anjuran CARE
Jambori -CARE
- Perjumpaan tahunan aktivis CARE
- Eko – Aktiviti
- Pendidikan dan pembinaan perspektif ; bengkel
Eko-Aktiviti
- Lawatan belajar : tapak pelupusan, tapak pembinaan, tracking dll
- Pembersihan taman dan pantai dll
- Kempen: kitar semula, penanaman pokok , kesedaran alam sekitar dll
PERENCANAAN GERAKKERJA CARE
Pertandingan
Program atau aktiviti yang dirancang menawarkan hadiah. Berbentuk kuiz, lakonan dan lain-lain. Untuk menguji khalayak tentang pengetahuan mengenai sesuatu isu. Disamping menarik perhatian masyarakat untuk sama-sama faham dan bertindak.
Pemantauan Berita (News Monitoring)
Program atau aktiviti memberi kefahaman dan kemahiran untuk mengenalpasti isu didalam akhbar. Kemahiran mengenaIpasti isu penting untuk memastikan penggerak faham dan peka terhadap isu yang berlaku disekeliling sama ada peringkat dunia atau tempatan.
Membuat Poster & Pamplet
Poster ialah satu kertas atau bahan yang bertumpu tentang isu yang ingin diketengahkan. Mempunyai rnesej yang mudah difahami dan menarik perhatian umum. Dalam bentuk ringkas dan tepat.
Pamplet satu bahan edaran atau keluaran yang menceritakan atau menerangkan berkenaan sesuatu isu atau perkara; pertubuhan dengan Iebih terperinci dan mendalam. Memberi gambaran keseluruhan tentang isu dan maklumat rigkas mengenai sesuatu.
Kemahiran untuk memahami dan membuat poster dan pamphlet sangat perlu dalam memastikan setiap mesej yang
ingin diberi tercapai.
Penyediaan Risalah
Risalah ialah penerangan tentang pertubuhan, isu atau perkara yang ingin disampaikan kepada masyarakat. Risalah sama ada dalam bentuk ringkas atau terperinci perlu dalam memastikan mesej yang ingin diberi terhasil dalam diri masyarakat.
Mengandungi penerangan awal, kesan, tindakan, penglibatan dan lain-lain.
Ceramah
Ceramah ialah proses menyampaikan makIumat kepada khaIayak secara 'face to face'. Kemahiran untuk menarik tumpuan pendengar adalah penting. Kebolehan mengenal dan memberi maklumat secara tepat dan menarik juga perlu. Ceramah biasanya mempunyai khalayak seramai 50 kepada 100 orang atau lebih. Penceramah yang baik akan dapat menilai persepsi pendengar dan memahami tahap pemikiran dan penerimaan pendengar. Biasanya dikendalikan oIeh seorang panel.
Forum
Proses menyampaikan maklumat kepada khalayak dengan perbincangan atau menyampaikan maklumat secara perbincangan. Kemahiran sama seperti diatas. Biasanya melibatkan 3 atau 4 orang panel. Perbincangan yang dibuat adalah Iebih meluas dan terdapat sesi bersoal jawab untuk sebarang kemusykilan. Biasanya melibatkan sesi soal jawab dan penerangan tentang isu.
Bengkel
Merupakan satu sesi perbincangan atau percambahan pemikiran mengenai isu semasa atau kemahiran berkenaan sesuatu gerakkerja.
Merupakan langkah untuk memahami, mendalami dan mendekati isu, kemahiran dan maklumat.
Kem & Perhimpunan
Aktiviti perkhemahan atau menginap di sesebuah tempat. Biasanya KEM dijalankan untuk membolehkan maklumat, kemahiran atau kefahaman tentang isu disampaikan secara teratur dan mendalam. Biasanya dijalankan selama 3/ 4 hari. Perancangannya lebih komplek dan memerlukan tenaga kerja yang berkemahiran dan sabar. Melibatkan Iebih ramai peserta.
Lawatan
Aktiviti melawat sesuatu tempat untuk mengetahui sejarah dan hal-hal yang berkaitan.
Lawatan boleh dilakukan selama 1 hari atau lebih. Dilakukan untuk destinasi yang dekat atau jauh. Kepentingan untuk memberi gambaran yang Iain terhadap apa yang telah mereka ketahui dan perbandingan dengan tempat atau kawasan lain.
Kemahiran Hands On
Pembentukan kemahiran untuk berfikir secara kreatif dan bertindak merealisasikan tindakan atau hands-on. Aktiviti yang membentuk minda kreatif remaja dan kelompok sasaran untuk menampakkan apa yang mereka fikirkan. Amat penting kerana masyarakat suka pada sesuatu yang mereka nampak dan boleh dipegang atau dibuat.
Menggerakkan Persatuan Di IPT
Rujuk pada susunan (organisasi) persatuan/kelab
Tinjauan Isu
Aktiviti membuat penilaian atau pemerhatian terhadap sesuatu isu. Biasanya tidak dilakukan dalam kelompok besar, hanya kelompok kecil.Kemahiran bertanya, memahami isu, tahu pihak yang terlibat dan mengambil gambar adalah penting. Semasa tinjauan dibuat pemerhatian perlu dibuat dengan teliti dan direkodkan. Laporan selepas tinjauan perlu dibuat.
Turun Lapangan (Site Visit)
Pergi kepada masalah atau isu. Dalam beberapa kumpulan berdasarkan isu atau masalah yang ada.
Biasanya kaedah pemerhatian dan soaljawab digunakan. Mengambil gambar dan mendekati kelompok sasaran adaIah digalakkan untuk mengetahui sendiri, permasalahan dan isu yang berlaku. Laporan hendaklah dibuat.
Kempen
Aktiviti yang dijalankan secara kemuncak dalam sesuatu pergerakkan. Setelah faham tentang isu dan masalah yang berlaku. Dilakukan untuk tempoh yang panjang dan sangat mementingkan faktor tarikan kepada khalayak. Memasukkan semua unsur sama ada pameran, ceramah, pertandingan dan lain-lain.
Pameran
Aktiviti menunjukkan atau mempamerkan apa sahaja berkaitan dengan isu. Sama ada secara statik atau bergerak. Pameran memerlukan bahan pameran dan kit yang sesuai. Boleh melibatkan kuiz, pertandingan, tayangan gambar dan lain-lain.
Lakonan
Merupakan persembahan drama pendek tentang masalah atau situasi. Gabungan antara perbincangan dan demonstrasi. Menerangkan tentang situasi/ isu yang telah berlaku dan menyampaikan mesej.
Tiada peralatan diperlukan hanya ruang bilik kosong supaya pelakon boleh membawa watak yang diberikan.Lakonan memberi maklumat dalam masa yang sama menghiburkan dan sangat baik untuk menarik perhatian. Boleh dilakukan secara spontan atau menggunakan skrip di mana situasi sebenar boleh diringkaskan.
Drama
Drama bermaksud untuk menghiburkan tetapi mencerminkan masyarakat dan menggambarkan keperluan yang dirasakan oleh orang ramai.
Diskusi
Kaedah ini melibatkan pendengar dengan penyelidikan. Topik khusus melalui analisa, pengulangan dan penilaian terhadap sesuatu perkara. Tidak formal dan membolehkan berlakunya proses penukaran pandangan yang tidak tersusun tanpa paksaan. Untuk mendapatkan diskusi yang baik, kumpulan mesti menumpukan pada subjek perbincangan dan mengadakan perbincangan tidak terlalu luas tanpa garispanduan. Bagi memudahkan perbincangan umum. Ketua yang memandu perbincangan perlu tahu motif tetapi tidak mempengaruhi perbincangan. Tiada bahan khusus yang diperlukan. Biasanya duduk dalam bulatan untuk memudahkan perbincangan.
Debat
Debat adalah formal dan mewajibkan peraturan masa. Debat lebih menarik apabila isu yang dibentangkan secara terbuka sama ada sebelum atau selepas perdebatan.
Memakan masa antara 1 hingga 2 jam. Membincangkan isu yang menarik dan penting dalam masyarakat seperti isu keagamaan dan sosial.
Role - Play (Lakon Peranan)
Berlaku dalam situasi yang tidak formal. biasanya terjadi secara spontan dan dijalankan dalam jangka masa singkatMelibatkan ramai orang. Sekurang-kurangnya 10 - 4 orang. Berkaitan dengan isu dan persoalan semasa. Tanpa skrip dan bahan tambahan.
Road Show
Merangkumi keseluruhan aktiviti di atas yang boleh di adakan di tempat – tempat awam yang menjadi tumpuan atau lokasi yangf stratergik.
SUMBER KEWANGAN
Yuran
Dikutip daripada ahli pergerakkan sebulan sekali atau setahun sekali. Ia juga boleh dikutip berdasarkan program yang dibuat. Yuran biasanya digunakan untuk melicinkan program dan tidak membebankan ahIi.
Dana
Tabungan atau sumber kewangan daripada pihak penganjur. Simpanan lebihan daripada program terdahulu ataupun kewangan daripada yuran yang diperoleh.
Sumbangan Kewangan
Diperolehi daripada badan kerajaan atau bukan kerajaan yang berkaitan. Kewangan yang diminta kerana penganjuran bersama atau kerjasama dengan pihak tertentu.
Biasanya untuk program yang besar perbelanjaannya.
PENJANAAN SUMBER KEWANGAN
Kertas Kerja Kewangan
Sama seperti kertas kerja program cuma Iebih spesifik kepada perbelanjaan atau jumlah wang akan digunakan untuk sesebuah program.
Perlu dihantar kepada pihak yang dirasakan sesuai sekurang-kurangnya sebulan sebelum program dijalankan.
Pergi sendiri kepada sumber atau mengirimkan secara pos. Namun jika pergi sendiri berjumpa penyumbang peluang untuk mendapatkan kewangan adalah lebih mudah.
Dibuat dengan terperinci dan mampu menyakinkan pemberi sumbangan.
Sumbangan Individu
Sumbangan ikhlas individu sama ada diminta melalui surat atau diberi sendiri oleh oang yang prihatin.
Biasanya perlu sediakan surat meminta sumbangan kewangan atau barangan.
Mengambil masa 3 minggu hingga sebulan. Kertas kerja berkenaan program yang dirancang dan kewangan yang diperlukan hendaklah disertakan.
Sumbangan Jabatan/Agensi/Bank
Sama seperti di atas.
BADAN BUKAN KERAJAAN (NGO)
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP)
Persatuan Pengguna Pulau Pinang, sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang bergiat secara serius dalam memberikan maklumat dan kemahiran kepada kelompok masyarakat. Jaringan maklumat dan keperluan tenaga pengajar akan digerakkan bersama CAP. Kemahiran bergerakkerja seperti mengadakan kempen, pameran dan penyebaran maklumat melalui penjualan buku akan dibuat.
Beralamat di No.10, Jalan Masjid Negeri, 11600 Pulau Pinang. No. tel: 04-8299511.
Sahabat Alam Malaysia (SAM)
- Sahabat Alam Malaysia, pertubuhan bukan kerajaan yang terlibat secara aktif dalam isu pencemaran alam sekitar dan pembangunan yang tidak sepatutnya. Jaringan secara langsung dengan ARAS dan bertindak sebagai penasihat dan Koordinator kepada ARAS.
- Beralamat di 9, Solok Mas, 11600 Pulau Pinang. No tel :04-6596930.
Teras Pengupayaan Melayu (TERAS)
Teras Pengupayaan Melayu, sebuah badan bukan kerajaan yang bertindak dan bergerak memberi kefahaman, maklumat dan pengupayaan kelompok masyarakat terhadap isu yang membelenggu masyarakat Melayu. Sama ada dari segi kebudayaan, sosial, pendidikan, alam sekitar dan hak orang Melayu. Jaringan akan dilakukan dalam bentuk maklumat, tenaga pengajar, pembentukan aktivis yang ampuh dan bersemangat waja. Pengupayaan remaja supaya tidak hanya berbicara tetapi bertindak.
Beralamat di Kg Pondok, Merbok , Kedah.
Pergerakan Penyelidikan Dan Pembangunan Komuniti (KOMUNITI)
Pergerakan Penyelidikan dan Pembangunan Komuniti. Sebuah badan amanah yang berminat dengan penyelidikan dan pembaikan serta pembangunan masyarakat. Mereka bertindak sebagai pemberi maklumat, pengendali program dan penggerak bagi sesebuah program. Berminat secara khusus dalam isu remaja dan kemasyarakatan. Bertindak sebagai tempat rujukan atau paneI penasihat ARAS.
Beralamat di No. 1313, Permatang Bertam, 13200 Kepala Batas Pulau Pinang. No.Tel/Faks: 04-5754750.
Citizen International (CI)
Citizen International adalah merupakan sebuah jaringan atau badan yang mengumpulkan masyarakat antarabangsa yang bergerak atas isu anti-ketenteraan, keamanan,kerjasama Budaya, perlindungan alam sekitar dan lain-lain. Percaya bahawa aktivisme penting dalam menggerakkan masyarakat untuk menangani pelbagai isu.
Beralamat Rumah CAP, Air Itam.
Socio-Economic & Enviromental Research Institute (SERI)
Socio-Economic & Enviromental Research Institute ( Institut PenyeIidikan Alam Sekitar dan Socio-Ekonomi). Institusi yang menyelidik dan mengadakan perbincangan berkenaan alam sekitar dan sosio-ekonomi di Pulau Pinang. Banyak melaksanakan perjumpaan dan perbincangan dengan agensi dan badan kerajaan.
Beralamat di No.10, Jalan Brown, 10350 Pulau Pinang. No teI : O4-2283806.
Angkatan Sahabat Alam Sekitar (ASAS)
Angkatan Sahabat Alam Sekitar. Merupakan sebuah badan dibawah SAM. Bertindak menyelesaikan isu setempat. Terdapat dibeberapa kawasan seperti Merbok, Pahang dan beberapa tempat lain. Bertindak menyelesaikan masalah akar umbi (grass-root issues). Terdiri dalam kalangan masyarakat setempat dan mereka diberi kemahiran untuk bertindak.
BADAN / AGENSI KERAJAAN
Kerajaan Negeri
Kerajaan negeri sama ada Pulau Pinang, Kedah atau Perak. Menjadi penyumbang kepada program. CARE juga boleh mengadakan perbincangan dengan pihak kerajaan untuk melaksanakan sesuatu projek untuk tujuan kelulusan dan bantuan kewangan.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP)
Badan kerajaan yang berkaitan dengan isu-isu kepenggunaan, mempunyai kepentingan untuk memberi maklumat tentang isu dan masalah kepenggunaan.
Jabatan Alam Sekitar
Jabatan Alam Sekitar Kedah atau Pulau Pinang. Merupakan tempat pengumpulan rnaklumat pertama. Jabatan akan dihubungi untuk mengetahui tentang sesuatu isu atau masalah yang berlaku.
Jabatan Perhutanan
Jabatan yang terlibat secara Iangsung dengan hutan, tempat untuk mengumpul maklumat tentang hutan dan pembalakkan di hutan yang berkaitan. Kerjasama lain dari sudut perkhemahan dan tenaga mahir.
Jabatan Perhilitan
Unit yang terlibat dengan hutan simpan, haiwan dan binatang terlarang (Endangered species]. Mendapatkan maklumat tentang hutan dan binatang liar serta kerjasama untuk memberi kemahiran kepada penggerak
Lain – Lain
PERDA
Kementerian Sumber Asli Dan Alam Sekitar
KEDA
Kementerian Pembangunan Luarbandar
BADAN / AGENSI KOPERAT
Bank : Pertaniaan, BSN, Bumiputera, Maybank, Public Bank, Hong Leong, Southern,Bank Islam, dll.
Kilang Industri : Agilent, KOMAG, B - Braun, Sea Gate dll
Syarikat Perniagaan : Petronas, Shell, Caltex, Esso,Nestle, Julie's, Munchy's dll.
Pasaraya : Makro, Tesco, Giant dll
Syarikat Penerbitan: Star, NST, Berita Harian, Utusan dll
PENUTUP
Program pendidikan yang bertujuan mewujudkan masyarakat yang sedar akan kepentingan alam sekitar terhadap masyarakat merupakan langkah yang paling efektif dalam usaha memelihara dan memulihara alam sekitar daripada terus diancam kemusnahan. Justeru, ARAS berharap akan mendapat kerjasama, sumbangan dan sokongan daripada semua pihak dalam melaksanakan program-program pendidikan (kesedaran) alam sekitar yang telah dirancang. Semoga usaha ini akan membawa manfaat ke arah merubah masyarakat ke aras yang lebih baik dan positif.
Cetak Artikel Ini
Comments (0)