Bumi Darah,...

1

Posted by Aktivis Alam Sekitar Kampus; | Posted in | Posted on 17 January 2009

Bumi Palestine yang bermandikan darah...

Selaku islam, aku melihat kekejaman berlaku ke atas saudaraku sendiri di Palestine. Saban Hari bermandikan darah. Apakah kalian melihat itu hanya kejadian yang hanya berlaku di sana???dan apakah tindakan kalian dalam membantu saudara seislam di sana. Rata-rata aku melihat, masih ramai yang menggunakan barangan Israel dan Amerika. Menurut seorang temanku, Israel telah merencanakan rancangannya sejak dari zaman para anbiya lagi. Mereka ingin kita sesama islam saling berbunuh antara sesama islam. Melihat daripada persepsi ini tidaklah kita mengaku bahawasanya kita telah membunuh saudara kita namun melihat daripada sudut ekonomi, kita sebenarnya membunuh saudara kita sendiri. Betapa hebatnya rencana Israel umpama pembunuh bersiri yang sangat kejam dan profesional. Mereka merancang akan menghasilkan barangan keluaran mereka kemudian memasarkan kepada masyarakat islam itu sendiri. Dan apabila orang islam membeli barangan mereka dan seterusnya menambah keuntungan buat mereka, mereka gunakan untuk menghapuskan orang islam. Oleh itu tiada bezanya kita dengan seorang pembunuh. Bayangkan 1 produk yang kita beli daripada laknatullah akan mereka hasilkan peluru-peluru bagi menzalimi orang islam itu sendiri. Adakah kalian sedar akan hakikat ini.
Kita yang melihat sudah merasai keperitan yang telah mereka alami. Tapi, bagaimana pula mereka yang menghadapi sendiri situasi itu, tiap-tiap malam kita dibuai mimpi indah, namun mereka hanya menanti kehidupan yang ngeri di sepanjang masa. Kanak-kanak dan wanita menjadi mangsa gara-gara mereka lemah. Sungguh pengecut laknatulah itu. Aku melihat dari pandangan remajaku, melihat gelagat remaja kini seolah-olah isu Palestine ini bukanlah isu penting. Melihat berita umpama melihat gambaran daripada dunia hiburan semata-mata. Bagi mereka, ini bukan masalah mereka. Dalam hati kecil ni teringin juga aku mengatakan bahawa "adakah perlu terjadi pada kita dahulu baru kita nak merasai penderitaan??
Aku berjalan di jalan yang sunyi. Tapi aku masih selamat. Tapi mereka, pantang keseorangan, ada saja mata-mata maut yang menanti untuk menghantar mereka menuju alam barzakh. Subhanallah,..kejamnya laknatullah ini. Malam festival seperti tahun baru, malam merdeka, pesta dan sebagainya akan disusuli denga bunga api yang sangat indah. Kagum melihat betapa cantiknya dentuman bunga api. Namun,...mereka hanya melihat jet-jet pembunuh yang hanya menunggu masa melepaskan bom. Kita bersyukur kerana masih lagi aman berbanding mereka. Tidur kita enak. Mereka terjaga kerana bimbangkan laknatullah menyerang kala malam. Malam hijrah melakar saat gembira buat mereka tetapi apa yang telah laknatullah itu ragut??mereka merampas kebahagiaan mereka dengan bom-bom pembunuh.
Remaja-remaja masa kini pula rata-rata masih alpa dengan apa yang berlaku. Banyak telah ku dengar dari mulut teman seuniversitiku bahawa "buat apa bising-bising nak bantu mereka. Belum tentu rejim Zionis akan berundur dari Gaza." pandangan seperti ini sepatutnya dihapuskan daripada minda mereka. mentaliti budak U masih lemah.
Bila aku kata sedimikian tahu pula mereka nak marah. Apa yang jadi perhatian adalah hal-hal yang remah seperti masalah cinta, masalah kawan, masalah kecil yang tak nampak macam masalah pun.
......bersambung........