PEMBANGUNAN EKONOMI THAILAND DAN MALAYSIA

0

Posted by Aktivis Alam Sekitar Kampus; | Posted in | Posted on 01 September 2009

Kesan daripada pembangunan bandar- desa secara langsung melibatkan banyak proses-proses luar yang terlibat. Kebanyakan ekonomi industri di semenanjung Malaysia bermula pada abad ke-19. Berbeza dengan ekonomi di negara Thailand yang berasaskan ekonomi pertanian.

Struktur ekonomi dan perbandaran di negara Malaysia dan Thailand adalah berbeza-beza.Proses utama pembangunan desa-bandar antaranya ialah yang pertama kemajuan prasarana pengangkutan yang diiringi oleh satu penurunan kos benar mobiliti. Kedua, pertumbuhan pesat dan migrasi bandar-luar bandar memberi impak kepada ekonomi tempatan. Ketiga, perubahan semulajadi hubungan sosial dan kaum-kaum dibandar. Keempat ialah suburbanisasi di kawasan luar bandar Desa-Desa, terutama di pinggiran bandar, bersama-sama dengan kejatuhan yang separa atau lengkap ekonomi luar bandar tempatan.

Urbanisasi merupakan komponen utama dalam perubahan struktur ekonomi dan masyarakat di Malaysia dan Thailand. Berlaku satu perubahan anjakan besar populasi keluar daripada sektor primer ke dalam sektor pembuatan dan sektor perkhidmatan. Di Thailand sektor pertanian lebih cepat berkembang pesat berbanding dengan Malaysia. Buktinya adalah, menurut FAO production Yearbooks di Malaysia pada tahun 1960 hingga 1990, jumlah tenaga kerja dalam sektor pertanian adalah dari 1724,000 orang kepada 2255,000 orang. Manakala Thailand jauh lebih tinggi bilangannya iaitu 11342,000 orang pada 1960 dan naik kepada 18782,000 orang pada tahun 1990.

Perubahan struktur ekonomi kedua buah negara tersebut merujuk kepada ekonomi di peringkat mikro. Pada masa dahulu, ekonomi di semenanjung Malaysia berasakan pertanian, dan juga sektor lain seperti getah dan kelapa sawit. Manakala di Sabah Sarawak, ekonominya kurang dibangunkan. Walaubagaimanapun, berlaku perubahan pesat pada corak ekonomi dengan satu kejatuhan dalam kos pengeluaran dan sektor utama dalam pekerjaan.
Ekonomi di Sabah dan Sarawak kurang dibangunkan berbanding di semenanjung Malaysia. Sektor pembuatan dan pengeluaran di semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak pada ketika itu masih berada di bawah 3 peratus.

Negara Thailand pula secara kasarnya mempunyai ekonomi yang berasaskan pertanian dan perladangan. Pertanian di Negara Thailand jauh lebih berkembang berbanding negara Malaysia iaitu sepuluh kali ganda petani berbanding dengan jumlah di Malaysia yang baru saja meningkat ke paras 5 peratus dalam tempoh 1960-1990. Namun begitu, pelbagai usaha telah dilakukan bagi meningkatkan taraf pertanian di Malaysia. Antara usahanya adalah menggalakkan penduduk di kawasan luar bandar menceburkan diri dalam sektor pertanian.

Urbanisasi atau perbandaran merupakan satu proses di mana pembangunan mula giat dijalankan. Urbanisasi adalah bertujuan meningkatkan tahap ekonomi negara dan memajukan sesuatu negara. Namun begitu, proses perbandaran di Thailand jauh lebih perlahan berbanding dengan Malaysia.

Revolusi Pengangkutan berlaku di kedua-dua buah negara ini. Penembusan kapitalisme telah memperluaskan lagi pasaran-pasaran yang sedia ada di sesuatu ruang dan kawasan. Peningkatan dalam struktur ekonomi secara langsung telah memperbaiki taraf hidup penduduk tempatan di Thailand dan Malaysia.
Pengangkutan adalah material yang penting dalam merapatkan jurang antara satu kawasan ke kawasan yang lain. Fenomena pengembangan bandar diakseskan lagi dengan peningkatan dalam infrastruktur pengangkutan.

Revolusi pengangkutan juga telah menjarakkan hubungan antara desa-bandar. Di sini teknologi dapat mencerminkan kemajuan dalam revolusi pengangkutan sesebuah negara. Contohnya di Bandaraya di Asia Tenggara lain seperti Bandaraya Ho Chi Minh dan Hanoi di Vietnam, terdapat banyak penggunaan basikal oleh rakyat-rakyatnya. Hal ini menunjukkan bahawa taraf hidup rakyat negara itu masih rendah.

Namun begitu, setelah mengalami revolusi pengangkutan, kenderaan seperti basikal telah diganti oleh pengangkutan yang lebih canggih dan berteknologi serta mnggunakan enjin antaranya ialah bas, lori, kereta dan sebagainya. Revolusi pengangkutan telah menyebabkan satu anjakan besar dalam penggunaan pengangkutan persendirian. Namun, sungguhpun taraf hidup mulai meningkat akibat mobiliti yang berkesan, ia telah mendatangkan impak besar seperti meningkatkan kos perjalanan kerana pengangkutan-pengangkutan tersebut menggunkan petrol untuk bergerak. Jika dahulu kenderaan tradisional hanya boleh bergerak sejauh beberapa kilometer, namun kini, revolusi kenderaan telah mngurangkan jurang antara bandar-desa iaitu ia boleh bergerak sejauh 20-30 kilometer.

Contoh yang jelas kelihatan adalah di Don Muang yang terletak berhampiran dengan Bandaraya Bangkok dan Klang Valley di mana letakannya berhampiran dengan Bandaraya Kuala Lumpur. Di lokasi seperti itu, banyak peluang pekerjaan dan ini akan menyebabkan berlakunya peningkatan terhadap penggunaan kenderaan kerana masyarakat mula bertumpu kepada kawasan yang mengalami pembangunan yang pesat.
Metropolitanization merupakan satu proses perubahan dalaman dalam pembangunan. Metropolitanization melibatkan perubahan dalam guna tanah, peningkatan jumlah penduduk dan perumahan, perubahan jenis rumah dengan gangguan oleh sub pembangunan dan perubahan struktur pekerjaan di kampung.

Menurut sumber Brookfield et al. 1991, ms 53 , penggunaan tanah di 4 buah kampung pada tahun 1966 dan 1986 menunjukkan peningkatan mendadak. Kampung yang disenaraikan adalah Kampung Beranang, Janda Baik, Sungai Serai dan Sungai Pencala iaitu perkampungan di Ulu Selangor. Contohnya guna tanah dalam kategori hutan dan paya, Sungai Pencala mencatat peratusan tertinggi dalam guna tanah iaitu pada 1966 adalah sebanyak 55.4 peratus dan meningkat kepada 80.8 peratus pada 1986. Dalam guna tanah kategori Getah, Sungai Serai mencatatkan nilai tertinggi iaitu 55.8 peratus pada tahun 1966 dan 51.5 peratus pada tahun 1986. Secara keseluruhannya, pendapatan keluarga pekebun-pekebun kecil boleh memperoleh pendapatan bulanan sebanyak RM 245 daripada getah, RM359 daripada pekerjaan luar ladang dan RM 126 daripada pendapatan yang tidak diperoleh. Di kawasan pinggir bandar, jelas suburbanisasi telah menyebabkan perubahan besar dalam pekerjaan dan menjadikan berkebun sebagai salah satu kecenderungan yang kecil.

Migrasi desa-bandar banyak terjadi di mana-mana negara membangun termasuk Malaysia dan Thailand. Migrasi bandar-desa mengakibatkan ketidakseimbangan dari segi ekonomi dan sosial. Kawasan bandar menjadi tumpuan kerana kawasan tersebut adalah pusat ekonomi, pendidikan, perindustrian dan mempunyai pelbagai kemudahan infrastruktur dan banyak sektor pekerjaan yang menjaminkan taraf hidup yang meningkat. Oleh itu kadar populasi bandar meningkat apabila berlaku migrasi ke bandar. Migrasi bandar ke desa jarang berlaku. Hal ini mungkin disebabkan oleh faktor gaya hidup yang inginkan kedamaian dan lebih sukakan suasana kampung. Contohnya orang yang sudah berpencen.

Sebagai kesimpulannya, Malaysia dan Thailand mempunyai kedinamikan ekonomi dan pembangunan yang tersendiri. Pembangunan ekonomi sesebuah negara amat diperlukan oleh sesebuah negara. Peningkatan taraf ekonomi sesebuah negara bergantung kepada pelaburan negara luar. Migrasi adalah salah satu faktor perkembangan perbandaran. Migrasi desa-bandar kerap dilakukan oleh sesebuah negara. Penghijrahan daripada desa ke bandar dilakukan atas sebab kawasan bandar merupakan pemusat kepada ekonomi negara. Di kawasan bandar, peluang pekerjaan terbuka luas dan kemudahan infrastuktur mudah didapati. Namun begitu, fenomena ini menyebabkn kawasan yang ditinggalkan itu kurang pembangunan dan kawasan yang dituju pula mengalami kepadatan. Hal ini berlaku di Malaysia dan Thailand. Oleh itu, pembangunan yang mapan dan berstrategi perlu dilakukan bagi memastikan pembangunan seimbang antara wilayah di sesebuah negara.