ILMU HAIWAN, MANUSIA, TUMBUH-TUMBUHAN DAN GEOLOGI (TERJEMAHAN AYAT-AYAT BERKAITAN)-Bukti kekuasaan ALLAH swt

0

Posted by Aktivis Alam Sekitar Kampus; | Posted in | Posted on 15 April 2009

  1. Al- Ghasyiah: 17

17. (Mengapa mereka Yang kafir masih mengingkari akhirat) tidakkah mereka memperhatikan keadaan unta Bagaimana ia diciptakan?

  1. Al-Mulk: 19

19. Patutkah mereka menutup mata dan tidak memerhatikan (kekuasaan Allah pada) burung-burung Yang terbang di atas mereka, (siapakah Yang menjaganya ketika) burung-burung itu mengembang dan menutupkan sayapnya? tidak ada Yang menahannya (daripada jatuh) melainkan (kekuasaan) Allah Yang Maha Pemurah. Sesungguhnya ia Maha melihat serta mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

  1. At-Thoriq: 5-7

5. (setelah mengetahui Yang demikian), maka hendaklah manusia memikirkan: dari apa ia diciptakan. 6. Ia diciptakan dari air (mani) Yang memancut (ke Dalam rahim) - 7. Yang keluar dari "tulang sulbi" lelaki dan "tulang dada" perempuan.

  1. Adz-Dzaariyat: 21

21. Dan juga pada diri kamu sendiri. maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan (dalil-dalil dan Bukti itu)?

  1. Al-An'am: 38

38. Dan tidak seekor pun binatang Yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung Yang terbang Dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di Dalam Kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan).

  1. Al-An'am: 95

95. Sesungguhnya Allah jualah Yang membelah (menumbuhkan) butir (tumbuh-tumbuhan) dan biji (buah-buahan). ia mengeluarkan Yang hidup dari Yang mati, dan mengeluarkan Yang mati dari Yang hidup. Yang sedemikian itu kekuasaannya ialah Allah. maka Bagaimanakah kamu dipalingkan dari menyembahNya (oleh benda-benda Yang kamu jadikan sekutuNya)?

  1. Al-An'am: 99

99. Dan Dia lah Yang menurunkan hujan dari langit lalu Kami tumbuhkan Dengan air hujan itu Segala jenis tumbuh-tumbuhan, kemudian Kami keluarkan daripadanya tanaman Yang menghijau, Kami keluarkan pula dari tanaman itu butir-butir (buah) Yang bergugus-gugus; dan dari pohon-pohon tamar (kurma), dari mayang-mayangnya (Kami keluarkan) tandan-tandan buah Yang mudah dicapai dan dipetik; dan (Kami jadikan) kebun-kebun dari anggur dan zaiton serta buah delima, Yang bersamaan (bentuk, rupa dan rasanya) dan Yang tidak bersamaan. perhatikanlah kamu kepada buahnya apabila ia berbuah, dan ketika masaknya. Sesungguhnya Yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang menunjukkan kekuasaan kami) bagi orang-orang Yang beriman.



  1. 'Abasa: 24-32

24. (Kalaulah ia tidak memikirkan asal dan kesudahan dirinya), maka hendaklah manusia melihat kepada makanannya (bagaimana Kami mentadbirkannya): 25. Sesungguhnya Kami telah mencurahkan hujan Dengan curahan Yang menakjubkan. 26. Kemudian Kami belah-belahkan bumi Dengan belahan Yang sesuai Dengan tumbuh-tumbuhan, - 27. Lalu Kami tumbuhkan pada bumi biji-bijian, 28. Dan buah anggur serta sayur-sayuran, 29. Dan zaitun serta pohon-pohon kurma, 30. Dan taman-taman Yang menghijau subur, 31. Dan berbagai buah-buahan serta bermacam-macam rumput, - 32. Untuk kegunaan kamu dan binatang-binatang ternak kamu.

  1. Al-Baqarah: 22

22. Dia lah Yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan, dan langit (serta Segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina Dengan kukuhnya); dan diturunkanNya air hujan dari langit, lalu dikeluarkanNya Dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan Yang menjadi rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu, padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa).

  1. Al-Baqarah: 259

259. Atau (tidakkah Engkau pelik memikirkan Wahai Muhammad) tentang orang Yang melalui sebuah negeri Yang telah runtuh Segala bangunannya, orang itu berkata: "Bagaimana Allah akan menghidupkan (membina semula) negeri ini sesudah matinya (rosak binasanya)? " lalu ia dimatikan oleh Allah (dan dibiarkan tidak berubah) selama seratus tahun, kemudian Allah hidupkan Dia semula lalu bertanya kepadanya: "Berapa lama Engkau tinggal (di sini)?" ia menjawab: "Aku telah tinggal (di sini) sehari atau setengah hari". Allah berfirman:" (tidak benar), bahkan Engkau telah tinggal (berkeadaan demikian) selama seratus tahun. oleh itu, perhatikanlah kepada makanan dan minumanmu, masih tidak berubah keadaannya, dan perhatikanlah pula kepada keldaimu (hanya tinggal tulang-tulangnya bersepah), dan Kami (lakukan ini ialah untuk) menjadikan Engkau sebagai tanda (kekuasaan kami) bagi umat manusia; dan lihatlah kepada tulang-tulang (keldai) itu, Bagaimana Kami menyusunnya kembali kemudian Kami menyalutnya Dengan daging ". maka apabila telah jelas kepadanya (Apa Yang berlaku itu), berkatalah dia: sekarang Aku mengetahuiNya (dengan yakin), Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu".

  1. Al-'Ankabuut: 20

20. Katakanlah: "Mengembaralah kamu di muka bumi, serta lihatlah Bagaimana Allah telah memulakan ciptaan makhluk-makhluk dari asal jadinya; kemudian Allah akan memulakan ciptaan itu semula (pada hari akhirat) Dalam bentuk kejadian Yang baharu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

  1. Al-'Ankabuut: 41

41. Misal bandingan orang-orang Yang menjadikan benda-benda Yang lain dari Allah sebagai pelindung-pelindung (yang diharapkan pertolongannya) adalah seperti labah-labah Yang membuat sarang (untuk menjadi tempat perlindungannya); padahal Sesungguhnya sarang-sarang Yang paling reput ialah sarang labah-labah, kalaulah mereka orang-orang Yang berpengetahuan.

  1. An-Nahl: 68-69

68. Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: "Hendaklah Engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan Yang didirikan oleh manusia. 69. Kemudian makanlah dari Segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang Engkau sukai), serta Turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu Yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu". (dengan itu) akan keluarlah dari Dalam badannya minuman (madu) Yang berlainan warnanya, Yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada Yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang Yang mahu berfikir.

  1. An-Naml: 18

18. (Maralah angkatan itu) hingga apabila mereka sampai ke "Waadin-Naml", berkatalah seekor semut: "Wahai sekalian semut, masuklah ke sarang kamu masing-masing, jangan Sulaiman dan tenteranya memijak serta membinasakan kamu, sedang mereka tidak menyedari".

  1. An-Nur: 45

45. Dan Allah menciptakan tiap-tiap haiwan Yang bergerak itu dari air; maka sebahagian di antara mereka menjalar atas perutnya, dan sebahagian di antaranya berjalan Dengan dua kaki, dan sebahagian lagi berjalan Dengan empat kaki. Allah menciptakan apa sahaja Yang ia kehendaki (selain dari Yang tersebut), kerana Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

  1. Fathir: 27-28

27. Tidakkah Engkau melihat Bahawa Allah menurunkan hujan dari langit, lalu Kami keluarkan Dengan air hujan itu buah-buahan Yang berlainan jenis dan rupanya; dan di antara gunung-ganang pula ada Yang mempunyai jalur-jalur serta lorong-lorong putih dan Merah, Yang berlainan warnanya (tua dan muda) dan ada juga Yang hitam legam; 28. Dan demikian pula di antara manusia dan binatang-binatang Yang melata serta binatang-binatang ternak, ada Yang berlainan jenis dan warnanya? sebenarnya Yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang Yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun.

  1. As-Sajdah: 7-8

7. Yang menciptakan tiap-tiap sesuatu Dengan sebaik-baiknya, dan dimulakanNya kejadian manusia berasal dari tanah; 8. Kemudian ia menjadikan keturunan manusia itu dari sejenis pati, Iaitu dari air (benih) Yang sedikit dipandang orang;

  1. Al-Israa': 70

70. Dan Sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut; dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda Yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka Dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk Yang telah Kami ciptakan.

  1. Yaasin: 36

36. Maha suci Tuhan Yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; sama ada dari Yang ditumbuhkan oleh bumi, atau dari diri mereka, ataupun dari apa Yang mereka tidak mengetahuinya.

  1. Ar-Ra'd: 3

3. Dan Dia lah Yang menjadikan bumi terbentang luas, dan menjadikan padanya gunung-ganang (terdiri kukuh) serta sungai-sungai (yang mengalir). dan dari tiap-tiap jenis buah-buahan, ia jadikan padanya pasangan: dua-dua. ia juga melindungi siang Dengan malam silih berganti. Sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum Yang (mahu) berfikir.

  1. Al-Hijr: 22

22. Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa air dan pemindah benih; maka Dengan itu Kami menurunkan air (hujan) dari langit, kemudian Kami berikan kamu meminumnya; dan bukanlah kamu Yang (berkuasa menurunkannya atau) menyimpannya.

  1. Al-Anbiya': 30

30. Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai Bahawa Sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda Yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda Yang hidup? maka mengapa mereka tidak mahu beriman?

Perspektif Aktivis Alam Sekitar

0

Posted by Aktivis Alam Sekitar Kampus; | Posted in

1. Keadaan Dunia Hari Ini

Bayangkan 75 peratus dunia ini diliputi oleh air. Manakala 97 peratus daripada air tersebut merupakan air laut. Hanya 3 peratus merupakan air tawar. 2 peratus daripadanya merupakan iceberg. Akhirnya hanya 1 peratus sahaja air yang ada di muka bumi boleh digunakan oleh manusia, itupun termasuk air yang tercemar.Malah menurut sumber 'World Water Council', permintaan terhadap air bersih akan meningkat 2 kali ganda setiap 20 tahun. Pada tahun 1950 dilaporkan 12 buah negara yang mempunyai 20 juta penduduk menderita kerana masalah kekurangan air. Manakala pada tahun 1990, 26 buah negara dengan jumlah melebihi 300 juta penduduk mengalami kesan akibat kekurangan air. Dijangkakan pada tahun 2050, sebanyak 65 buah negara dengan jumlah 7 billion penduduk yang mewakili 60 peratus populasi dunia akan menerima kesan kekurangan air.Manakala 'Senarai Merah' Kesatuan Pemuliharaan Sedunia (IUCN), hampir 16,000 spesies tumbuhan dan haiwan di dunia berdepan dengan krisis kepupusan disebabkan perangai manusia yang gemar memusnah, mengeksploitasi secara berlebihan, perubahan cuaca dan pemusnahan habitat dikatakan menjadi punca krisis itu. Keadaan ini sekaligus menyebabkan sekurang-kurangnya 27 spesies pupus dari hutan sejak dua dekad lalu. Laporan berkenaan menyebut lebih 7,000 spesies haiwan diancam kepupusan termasuk 32 peratus amfibia, 42 peratus kura-kura dan penyu, 23 peratus mamalia dan 12 peratus burung. Antara yang menjadi mangsa sejak laporan tahun lalu termasuk sejenis burung Hawaii berikutan tidak kelihatan sejak 15 tahun lampau. Manakala katak emas Costa Rica turut disenaraikan pupus disebabkan perubahan cuaca, pencemaran dan penyakit. Lebih 8,000 tumbuhan termasuk dalam senarai spesies terancam dan yang terbaru pokok zaitun St Helena telah diisytiharkan pupus selepas benihnya yang terakhir mati.

2. Sifat Tamak dan Tuntutan Hidup Bersederhana

"Seandainya seorang anak Adam a.s mempunyai satu lembah emas, maka dia lebih suka seandainya satu lembah emas itu menjadi dua lembah emas. Tidak akan pernah mencukupi mulutnya (kemahuannya), melainkan tanah (kematian)." Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim.Sikap pembaziran seperti ini secara jelas ditentang oleh Nabi Muhammad SAW.
Nabi Muhammad SAW ketika melihat Saad Abi Waqas sedang berwuduk, Nabi SAW bertanya: "Buat apa kamu". Abi Waqas menjawab: "berwuduk ya Rasulullah". "Jangan membazir", pesan Rasulullah SAW. "Ambil wuduk di sungai yang mengalir pun tak boleh membazir", jawab Nabi Muhammad SAW.Pada suatu hari sahabat-sahabat Rasullullah duduk dan berkumpul serta berbincang tentangi masalah kemewahan dunia. Ketika saat mereka sedang berbincang, tiba-tiba Rasullullah menghampiri mereka dan bersabda 'Tidakkah kalian mendengar ? Tidakkah kalian mendengar ? Kesederhanaan itu sebahagian dari Iman .' ( Al-Imam Abu Daud )

3. Menentang Gejala Rasuah Yang Turut Mengakibatkan Kemusnahan Alam

Jelasnya gejala rasuah amat ditentang keras dalam tradisi pemerintahan Islam. Kerana gejala ini melacurkan keluhuran undang-undang, menghancurkan kewibawaan pemerintahan dan pengurusan kerajaan. Merosakkan keutuhan keluarga. Dan memusnahkan sumber alam sekitar. Malah secara jelas Rasullullah menentang keras amalan rasuah ini."Barang siapa yang telah kami ambil untuk melakukan sesuatu tugas / kerja dan telah ditetapkan baginya sesuatu rezeki (gaji atau upah), maka apa yang diambilnya selepas itu ghulul (pengkhianatan)". (Riwayat Abu Daud, no 2943, Albani : Hadis sahih; Maálim as-Sunan, Al-Khattabi, 3/8 cet Dar Kutub IlmiahNabi bersabda kepada seorang gabenor yang telah ditugaskan mengutip zakat kabilah Azad, maka apabila ia selesai kerjanya dan kembali berjumpa Nabi, lalu ia menyimpan sebahagian wang yang dikutip sambil berkata: "Ini untukmu (bahagian untuk Islam) dan ini untuk ku yang diberikan sebagai hadiah (oleh orang ramai), maka jatuh murka Baginda sambil bersabda: "ketahuilah, pergilah kamu duduk di rumah bapamu atau ibumu, sehingga datang kepadamu hadiah mu, sekiranya kamu benar-benar betul (layak mendapat hadiah) (Al Bukhari & Muslim).

4. Tuntutan Berjuang


"Hai anakku dirikanlah solat dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik dan cegahlah (mereka) dari perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah)." Surah Al-Muddaththir ayat 1-7"Wahai orang yang berselimut! Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran (kepada umat manusia). Dan Tuhanmu, maka ucaplah dan ingatlahkebesaranNya!. Dan pakaianmu, maka hendaklah engkau bersihkan. Dan segala kejahatan, maka hendaklah engkau jauhi. Dan janganlah engkau memberi (sesuatu, dengan tujuan hendak) mendapat lebih banyak daripadanya. Dan bagi (menjalankan perintah) Tuhanmu, maka hendaklah engkau bersabar (terhadap tentangan musuh)!
Firman Allah SWT yang bermaksud: "Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu. Mereka telah ditimpa kemusnahan harta benda dan serangan penyakit serta digoncangkan oleh ancaman musuh, sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang beriman yang ada bersamanya. Bilakah datangnya pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat." (Surah Al-Baqarah, ayat 214)


5. Konsep Pembangunan Islam


Konsep pemuliharaan alam dan pembangunan Islam. Kita tidak boleh terlepas daripada konsep menegakkan ma'ruf, hasanah dan islah. Iaitu dapat dimengertikan menegakkan kebaikan, kebenaran, perubahan yang baik dan sesuatu yang positif. Manakala kita dihalang dan dituntut menghalang perbuatan mungkar, maksiat, dan fasad. Yang membawa pengertian kerosakan, kezaliman, penyelewengan, pembaziran, kekacauan dan kecuranganSegala pengurusan alam, pembangunan dan hak komuniti perlu berdasarkan tuntutan menegakkan ma'ruf, hasanah dan islah. Dalam masa yang sama segala tindakan terhadap alam, budaya hidup dan manusia yang mungkar, maksiat dan fasad perlu dihalang daripada dilakukan.Ini seperti yang tercatat di dalam Al Quran.

Malah Semenjak zaman Nabi Muhammad S.A.W. telah diwujudkan satu kawasan yang dipanggil Hima yang merujuk kepada kawasan yang diisytiharkan sebagai larangan (tidak boleh diterokai). Supaya kawasan itu kekal menjadi kawasan hutan, perlindungan haiwan dan untuk kepentingan manusia. Hima tidak boleh dimiliki oleh sesiapa, hima adalah untuk kepentingan seluruh masyarakat. Kewujudan hima telah memberi sumbangan yang begitu penting khususnya bagi mewujudkan kawasan hutan, kepelbagaian biodiversiti, kawasan tadahan air dan kepentingan masyarakat keseluruhannya. Di sinilah tuntutan masyarakat untuk memuliharan kawasan sensatif alam sekitar bagi memastikan kelestariannya.

"Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah) dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan". ( Surah Al-Qasas 77 )

6. Peranan Pemerintah

a) Konsep kepimpinan itu sendiri membawa erti bahawa kita mesti memberi khidmat kepada masyarakat. Kepimpinan bukan bererti mengambil kesempatan daripada masyarakat. Ini jelas seperti digambarkan oleh sebuah peristiwa selepas Hijratul Rasul, ke Madinah. Mereka ketika itu tidak mempunyai sumber air untuk digunakan. Seorang Yahudi yang mempunyai sebuah perigi mengambil kesempatan dengan menjual air daripada perigi yang dimilikinya.Seorang sahabat iaitu Saidina Uthman, telah membeli perigi dengan hartanya dengan harga 12,000 dirham dengan syarat mereka akan bergilir-gilir menggunakannya. Satu hari perigi itu hak Yahudi dan satu hari Hak Saidina Uthman.Pada hari giliran Saidina Uthman semua orang akan mengambil air untuk keperluan dua hari. Ini menyebabkan Yahudi itu merasa rugi kerana tidak ada orang lagi yang membeli air pada hari gilirannya. Selepas itu Yahudi itu menjual terus perigi tersebut kepada Saidina Uthman dengan tambahan 8,000 dirham.
b) Cuba kita renungkan bagaimana amanahnya Saidina Umar Ibnu Khattab melalui apa yang dilafazkannya : 'Andainya seekor kambing berjalan mencari makan dari Madinah ke Kufah dan patah kakinya dipinggir Sungai Dajlah lalu mati lantaran jalannya rosak, aku takut Allah SWT akan pertanggungjawabkan ke atas aku di Akhirat kelak'.

7. Sikap dan Akal Budi Pemerintah

Dalam satu ucapan sebaik Saidina Umar dilantik menjadi Khifah. Beliau menegaskan sekiranya beliau melakukan kesilapan dalam menjalankan amanah pemerintahannya. Maka beliau meminta agar orang yang diperintahnya hendaklah berani menegurnya.Lantas berdiri seorang sahabat dan mengeluarkan pedangnya seraya berkata, "Kalau engkau bersalah Amirul Mukminin, kalau perlu dengan pedang ini akan aku tegur."Dengan sebak Khalifah Umar menjawab, "Berbahagialah engkau hai Umar! Kerana dalam kalangan kaum muslimin ada orang yang berani menegurmu dengan pedangnya."

Inilah pemerintah yang kita dambakan. Sanggup menerima teguran rakyat dengan lapang dada. Walaupun dengan keras. Dalam masa yang sama kita memerlukan rakyat yang berani menegur. Kalaupun kita tidak dapat pemerintah seperti Khalifah Umar yang sanggup menerima teguran, namun kewajipan kita sebagai rakyat adalah menegur pemerintah yang lalai, tidak peka, salah dan zalim. Maka inilah hakikat dan peranan kita sebagai warga soleh untuk memperbetulkan pimpinan.

8. Merapatkan Jurang Kaya dan Miskin

Wujudnya jurang kekayaan yang ketara dalam kalangan masyarakat ini ditentang keras oleh Khalifah Omar. Beliau dilaporkan pernah berkata pada hari-hari terakhir beliau menjadi Khalifah. Seandainya dahulu beliau tahu tentang apa yang beliau tahu sekarang tentang semangat kesaksamaan Islam, sudah tentu beliau mengambil seberapa banyak lebihan yang boleh daripada golongan kaya dengan paksaan. Sebanyak mana yang diperlukan bagi memenuhi keperluan asas golongan yang tidak berada.

Apa yang dinyatakan oleh oleh Khalifah Omar dinyatakan Rousseau kemudian:"Mahukah anda melihat perpaduan dalam negara? Rapatkanlah kedua-dua jurang ini dengan serapat yang boleh. Jangan biarkan ada yang terlalu kaya dan jangan pula biarkan sampai ada yang papa kerana kedua-dua keadaan ini saling tidak dapat dipisahkan dan boleh menghancurkan kebaikan bersama. Daripada satu golongan akan datang sekutu-sekutu kezaliman dan daripada golongan yang satu lagi akan datang pula orang-orang yang zalim. Kedua-dua kumpulan inilah yang sentiasa memperniagakan kebiasaan awam, yang satu membelinya manakala yang satu menjualnya," Rousseau (The Social Contract, Penguin Books, 1980, hlmn.96)

9. Kerja Yang Tersusun dan Terancang

Menurut Saidina Ali ;

"Kebatilan yang terancang akan meleburkan kebenaran yang tidak terancang.