Posted by Aktivis Alam Sekitar Kampus; | Posted in Information | Posted on 15 April 2009
1. Keadaan Dunia Hari Ini
Bayangkan 75 peratus dunia ini diliputi oleh air. Manakala 97 peratus daripada air tersebut merupakan air laut. Hanya 3 peratus merupakan air tawar. 2 peratus daripadanya merupakan iceberg. Akhirnya hanya 1 peratus sahaja air yang ada di muka bumi boleh digunakan oleh manusia, itupun termasuk air yang tercemar.Malah menurut sumber 'World Water Council', permintaan terhadap air bersih akan meningkat 2 kali ganda setiap 20 tahun. Pada tahun 1950 dilaporkan 12 buah negara yang mempunyai 20 juta penduduk menderita kerana masalah kekurangan air. Manakala pada tahun 1990, 26 buah negara dengan jumlah melebihi 300 juta penduduk mengalami kesan akibat kekurangan air. Dijangkakan pada tahun 2050, sebanyak 65 buah negara dengan jumlah 7 billion penduduk yang mewakili 60 peratus populasi dunia akan menerima kesan kekurangan air.Manakala 'Senarai Merah' Kesatuan Pemuliharaan Sedunia (IUCN), hampir 16,000 spesies tumbuhan dan haiwan di dunia berdepan dengan krisis kepupusan disebabkan perangai manusia yang gemar memusnah, mengeksploitasi secara berlebihan, perubahan cuaca dan pemusnahan habitat dikatakan menjadi punca krisis itu. Keadaan ini sekaligus menyebabkan sekurang-kurangnya 27 spesies pupus dari hutan sejak dua dekad lalu. Laporan berkenaan menyebut lebih 7,000 spesies haiwan diancam kepupusan termasuk 32 peratus amfibia, 42 peratus kura-kura dan penyu, 23 peratus mamalia dan 12 peratus burung. Antara yang menjadi mangsa sejak laporan tahun lalu termasuk sejenis burung Hawaii berikutan tidak kelihatan sejak 15 tahun lampau. Manakala katak emas Costa Rica turut disenaraikan pupus disebabkan perubahan cuaca, pencemaran dan penyakit. Lebih 8,000 tumbuhan termasuk dalam senarai spesies terancam dan yang terbaru pokok zaitun St Helena telah diisytiharkan pupus selepas benihnya yang terakhir mati.2. Sifat Tamak dan Tuntutan Hidup Bersederhana
"Seandainya seorang anak Adam a.s mempunyai satu lembah emas, maka dia lebih suka seandainya satu lembah emas itu menjadi dua lembah emas. Tidak akan pernah mencukupi mulutnya (kemahuannya), melainkan tanah (kematian)." Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim.Sikap pembaziran seperti ini secara jelas ditentang oleh Nabi Muhammad SAW.
Nabi Muhammad SAW ketika melihat Saad Abi Waqas sedang berwuduk, Nabi SAW bertanya: "Buat apa kamu". Abi Waqas menjawab: "berwuduk ya Rasulullah". "Jangan membazir", pesan Rasulullah SAW. "Ambil wuduk di sungai yang mengalir pun tak boleh membazir", jawab Nabi Muhammad SAW.Pada suatu hari sahabat-sahabat Rasullullah duduk dan berkumpul serta berbincang tentangi masalah kemewahan dunia. Ketika saat mereka sedang berbincang, tiba-tiba Rasullullah menghampiri mereka dan bersabda 'Tidakkah kalian mendengar ? Tidakkah kalian mendengar ? Kesederhanaan itu sebahagian dari Iman .' ( Al-Imam Abu Daud )
3. Menentang Gejala Rasuah Yang Turut Mengakibatkan Kemusnahan Alam
Jelasnya gejala rasuah amat ditentang keras dalam tradisi pemerintahan Islam. Kerana gejala ini melacurkan keluhuran undang-undang, menghancurkan kewibawaan pemerintahan dan pengurusan kerajaan. Merosakkan keutuhan keluarga. Dan memusnahkan sumber alam sekitar. Malah secara jelas Rasullullah menentang keras amalan rasuah ini."Barang siapa yang telah kami ambil untuk melakukan sesuatu tugas / kerja dan telah ditetapkan baginya sesuatu rezeki (gaji atau upah), maka apa yang diambilnya selepas itu ghulul (pengkhianatan)". (Riwayat Abu Daud, no 2943, Albani : Hadis sahih; Maálim as-Sunan, Al-Khattabi, 3/8 cet Dar Kutub IlmiahNabi bersabda kepada seorang gabenor yang telah ditugaskan mengutip zakat kabilah Azad, maka apabila ia selesai kerjanya dan kembali berjumpa Nabi, lalu ia menyimpan sebahagian wang yang dikutip sambil berkata: "Ini untukmu (bahagian untuk Islam) dan ini untuk ku yang diberikan sebagai hadiah (oleh orang ramai), maka jatuh murka Baginda sambil bersabda: "ketahuilah, pergilah kamu duduk di rumah bapamu atau ibumu, sehingga datang kepadamu hadiah mu, sekiranya kamu benar-benar betul (layak mendapat hadiah) (Al Bukhari & Muslim).
4. Tuntutan Berjuang
"Hai anakku dirikanlah solat dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik dan cegahlah (mereka) dari perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah)." Surah Al-Muddaththir ayat 1-7"Wahai orang yang berselimut! Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran (kepada umat manusia). Dan Tuhanmu, maka ucaplah dan ingatlahkebesaranNya!. Dan pakaianmu, maka hendaklah engkau bersihkan. Dan segala kejahatan, maka hendaklah engkau jauhi. Dan janganlah engkau memberi (sesuatu, dengan tujuan hendak) mendapat lebih banyak daripadanya. Dan bagi (menjalankan perintah) Tuhanmu, maka hendaklah engkau bersabar (terhadap tentangan musuh)!
Firman Allah SWT yang bermaksud: "Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu. Mereka telah ditimpa kemusnahan harta benda dan serangan penyakit serta digoncangkan oleh ancaman musuh, sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang beriman yang ada bersamanya. Bilakah datangnya pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat." (Surah Al-Baqarah, ayat 214)
5. Konsep Pembangunan Islam
Konsep pemuliharaan alam dan pembangunan Islam. Kita tidak boleh terlepas daripada konsep menegakkan ma'ruf, hasanah dan islah. Iaitu dapat dimengertikan menegakkan kebaikan, kebenaran, perubahan yang baik dan sesuatu yang positif. Manakala kita dihalang dan dituntut menghalang perbuatan mungkar, maksiat, dan fasad. Yang membawa pengertian kerosakan, kezaliman, penyelewengan, pembaziran, kekacauan dan kecuranganSegala pengurusan alam, pembangunan dan hak komuniti perlu berdasarkan tuntutan menegakkan ma'ruf, hasanah dan islah. Dalam masa yang sama segala tindakan terhadap alam, budaya hidup dan manusia yang mungkar, maksiat dan fasad perlu dihalang daripada dilakukan.Ini seperti yang tercatat di dalam Al Quran.
Malah Semenjak zaman Nabi Muhammad S.A.W. telah diwujudkan satu kawasan yang dipanggil Hima yang merujuk kepada kawasan yang diisytiharkan sebagai larangan (tidak boleh diterokai). Supaya kawasan itu kekal menjadi kawasan hutan, perlindungan haiwan dan untuk kepentingan manusia. Hima tidak boleh dimiliki oleh sesiapa, hima adalah untuk kepentingan seluruh masyarakat. Kewujudan hima telah memberi sumbangan yang begitu penting khususnya bagi mewujudkan kawasan hutan, kepelbagaian biodiversiti, kawasan tadahan air dan kepentingan masyarakat keseluruhannya. Di sinilah tuntutan masyarakat untuk memuliharan kawasan sensatif alam sekitar bagi memastikan kelestariannya.
"Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah) dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan". ( Surah Al-Qasas 77 )6. Peranan Pemerintah
a) Konsep kepimpinan itu sendiri membawa erti bahawa kita mesti memberi khidmat kepada masyarakat. Kepimpinan bukan bererti mengambil kesempatan daripada masyarakat. Ini jelas seperti digambarkan oleh sebuah peristiwa selepas Hijratul Rasul, ke Madinah. Mereka ketika itu tidak mempunyai sumber air untuk digunakan. Seorang Yahudi yang mempunyai sebuah perigi mengambil kesempatan dengan menjual air daripada perigi yang dimilikinya.Seorang sahabat iaitu Saidina Uthman, telah membeli perigi dengan hartanya dengan harga 12,000 dirham dengan syarat mereka akan bergilir-gilir menggunakannya. Satu hari perigi itu hak Yahudi dan satu hari Hak Saidina Uthman.Pada hari giliran Saidina Uthman semua orang akan mengambil air untuk keperluan dua hari. Ini menyebabkan Yahudi itu merasa rugi kerana tidak ada orang lagi yang membeli air pada hari gilirannya. Selepas itu Yahudi itu menjual terus perigi tersebut kepada Saidina Uthman dengan tambahan 8,000 dirham.b) Cuba kita renungkan bagaimana amanahnya Saidina Umar Ibnu Khattab melalui apa yang dilafazkannya : 'Andainya seekor kambing berjalan mencari makan dari Madinah ke Kufah dan patah kakinya dipinggir Sungai Dajlah lalu mati lantaran jalannya rosak, aku takut Allah SWT akan pertanggungjawabkan ke atas aku di Akhirat kelak'.
7. Sikap dan Akal Budi Pemerintah
Dalam satu ucapan sebaik Saidina Umar dilantik menjadi Khifah. Beliau menegaskan sekiranya beliau melakukan kesilapan dalam menjalankan amanah pemerintahannya. Maka beliau meminta agar orang yang diperintahnya hendaklah berani menegurnya.Lantas berdiri seorang sahabat dan mengeluarkan pedangnya seraya berkata, "Kalau engkau bersalah Amirul Mukminin, kalau perlu dengan pedang ini akan aku tegur."Dengan sebak Khalifah Umar menjawab, "Berbahagialah engkau hai Umar! Kerana dalam kalangan kaum muslimin ada orang yang berani menegurmu dengan pedangnya."Inilah pemerintah yang kita dambakan. Sanggup menerima teguran rakyat dengan lapang dada. Walaupun dengan keras. Dalam masa yang sama kita memerlukan rakyat yang berani menegur. Kalaupun kita tidak dapat pemerintah seperti Khalifah Umar yang sanggup menerima teguran, namun kewajipan kita sebagai rakyat adalah menegur pemerintah yang lalai, tidak peka, salah dan zalim. Maka inilah hakikat dan peranan kita sebagai warga soleh untuk memperbetulkan pimpinan.
8. Merapatkan Jurang Kaya dan MiskinWujudnya jurang kekayaan yang ketara dalam kalangan masyarakat ini ditentang keras oleh Khalifah Omar. Beliau dilaporkan pernah berkata pada hari-hari terakhir beliau menjadi Khalifah. Seandainya dahulu beliau tahu tentang apa yang beliau tahu sekarang tentang semangat kesaksamaan Islam, sudah tentu beliau mengambil seberapa banyak lebihan yang boleh daripada golongan kaya dengan paksaan. Sebanyak mana yang diperlukan bagi memenuhi keperluan asas golongan yang tidak berada.
Apa yang dinyatakan oleh oleh Khalifah Omar dinyatakan Rousseau kemudian:"Mahukah anda melihat perpaduan dalam negara? Rapatkanlah kedua-dua jurang ini dengan serapat yang boleh. Jangan biarkan ada yang terlalu kaya dan jangan pula biarkan sampai ada yang papa kerana kedua-dua keadaan ini saling tidak dapat dipisahkan dan boleh menghancurkan kebaikan bersama. Daripada satu golongan akan datang sekutu-sekutu kezaliman dan daripada golongan yang satu lagi akan datang pula orang-orang yang zalim. Kedua-dua kumpulan inilah yang sentiasa memperniagakan kebiasaan awam, yang satu membelinya manakala yang satu menjualnya," Rousseau (The Social Contract, Penguin Books, 1980, hlmn.96)9. Kerja Yang Tersusun dan Terancang
Menurut Saidina Ali ;"Kebatilan yang terancang akan meleburkan kebenaran yang tidak terancang.
Comments (0)