Helah Pembangunan Tempang Masa Depan

0

Posted by Aktivis Alam Sekitar Kampus; | Posted in | Posted on 08 October 2009


Pembangunan seperti apakah yang dipanggil pembangunan???


Pembangunan merupakan salah satu medium bagi pembangunan sesebuah negara atau wilayah negeri. Pembangunan seringkali dikaitkan dengan kesejahteraan hidup, keselesaan dan naik taraf kehidupan. Namun, adakah pembangunan itu sememangnya baik untuk proses kehidupan. Baru-baru ini saya berbidas dengan seorang lelaki yang berangggapan bahawa pembangunan itu seharusnya baik dan saya sedar saya ini student geografi dan dia student..(tak perlu dinyatakan)....

Jika pembangunan itu hanya menyebabkan kerosakan kepada alam, apa gunanya lagi. Hal ini kerana manusia itu hidupnya dalam dunia ini. Dunia pula kian binasa. Alasannya pembangunan pembangunan dan pembangunan. Saya bukanlah seorang extremistic ataupun anti pembangunan. Namun apa yang ingin saya garapkan adalah isunya, bukanlah pembangunan itu seperti apa.

Yang menjadi masalah apabila pembangunan itu mula menimbulkan banyak isu. Sebagai contohnya USM, Apex universiti. Saya berbidas dengan pelajar lelaki berkenaan kerana tidak berpuas hati dengan hujahnya yang tidak kukuh. Lantai perpustakaan sekarang masih dalam proses pembaik pulih. Memang betul jawapannya bahawa itu adalah untuk kegunaan masa depan. Namun yang saya pelik, mengapakah pembaziran yang giat berlaku. Bukankah fokus Apex itu adalah penyelidikan, inovasi dan pengkomersialan??Namun yang menjadi isu kini adalah pembangunan yang dilaksanakan. Pelajar sendiri mulai sedar apabila gangguan daripada kawasan pembinaan menyebabkan mereka terganggu dan menghasilkan satu ruang yang tidak kondusif untuk belajar. Jika ia alasan untuk generasi akan datang bagaimana generasi kini pula? ia nya perlu dipersoalkan. Peruntukan yang ada sepatutnya digunakan untuk hasilkan graduan yang berkualiti bukan hanya tahu bercakap kosong.

Habis cerita di universiti, masuk pula topik pembangunan diluar. Pada masa kini berapa puluh isu yang terungkai apabila kawasan-kawasan tidak maju ingin dibangunkan. contohnya kampung bukit pala yang kini menjadi isu hangat. Selain itu yang menjadi mangsa antaranya Tanjung Tokong Pulau Pinang. Kawasan mereka dikatakan setinggan dan mereka perlu melalui proses perletakan semula ataupun sususan perbandaran yang dikatakan maju itu. Hasilnya isu selama 20 tahun itu tidak bisa diselesaikan sehingga kini. Kawasan kampung diambil alih untuk pembinaan flat-flat. Yang menyedihkan apabila mereka dianak tirikan oleh pihak tertentu yang menjanjikan janji-janji kosong. Kehidupan mereka di kawasan flat bergantung kepada keluasan rumah yang mereka dapat. Kini banyak isu seperti ini terjadi. Adakah sesenang itu ingin dihalau penduduk kampung demi satu pembangunan yang dikatakan kemajuan sesebuah negara.

Pembangunan itu boleh dilaksanakan jika pembangunan itu mengambil kira segala aspek. Contohnya aspek kemanusiaan, alam sekitar, kebajikan, kesan dan sebagainya. Contohnya, pembangunan di kawasan sensitif tanah mampu menyebabkan bencana alam. Jika ingin meneruskan demi kepentingan diri, seharusnya perlulah menanggung kesannnya sendiri. Saya amat bersetuju jika satu penilaian awal dan teliti dilakukan di kawasan yang ingin dibangunkan contohnya melalui EIA atau penilaian impak alam sekitar. Bukan itu saja, kawasan yang ingin dibangunkan sebolehnya bukanlah kawasan yang mempunyai sensitiviti penduduk iaitu kawasan itu janganlah mempunyai nilai estetika kepada penduduk kerana, masyarakat tidak akan berpindah jika mahu dilakukan pembinaan.

Pembangunan mampu menyediakan peluang pekerjaan dan mengatasi masalah kemiskinan apabila adanya industri baru bertapak (pembangunan ekonomi) namun bukanlah pembangunan kapitalist. Pembangunan kapitalist tidak mengambil kira faktor-faktor lain kecualilah memaksimumkan keuntungan. Walaupun ianya ada banyak kelebihan, namun ianya tidak wajar. wujudnya jurang, penindasan golongan bargeois kepada golongan proletriat. Pembangunan mapan mewujudkan satu kawasan yang stabil termasuklah ekonomi, sosial mahupun politik. Oleh itu, sebarang diskusi boleh berkongsi bersama-sama agar segala ilmu itu dapat diaplikasikan bersama.



Hamsterku meninggal tiada pengganti

0

Posted by Aktivis Alam Sekitar Kampus; | Posted in

si Gemuk sedang praktis nak larikan diri..hehe
Gendut merajuk kerana bulat dan cik liza tak nak main dengan dia
Kena buli dari cik liza
Olahraga harapan

Bermulalah cerita berkenaan dengan Hamster kesayangan saya iaitu si bulat dan Si Gendut yang mati di dalam kereta oleh sahabat ketika cuti aidilfitri yang lalu. Kenapa Bulat dan Gendut?Sebab sampai sekarang tak tahu nak lihat yang mana satu betina dan yang mana satu jantan. Saya suka buli mereka berdua sebab rupa mereka macam tikus. Buat malu saya saje. Tapi mereka ini binatang peliharaan yang terbaik saya. Mereka ni bagus sangat. Waktu sepertiga malam mereka akan terjaga, wah memang rajin bertahajjud. Mereka inilah peneman saya tatkala malam yang sunyi menjelma. Waktu pagi pula bila azan subuh berkumandang, mereka dah bangun lebih awal dari saya. Saya terjaga dari tidur apabila bunyi mereka sedang main roda. waaa....Saya ni memang melampau. Saya bela mereka sejak mereka baby. Tapi roomate saya yang jaga, sebab saya takut nak pegang. Walaupun saya bukanlah ibu angkat yang baik, tapi sayang mereka sebenarnya walaupun selalu buli mereka. Bagaimana saya buli??hehe,..saya takut nak belai mereka, jadi saya selalu campak jer bila mereka nakal2. Selalu usik2 mereka time mereka tidur. Kuat tidur dan kuat makan. Sebab tu sekor tu dh boroi perut, itu GENDUT, yang sekor lagi makan tak henti2 sampai BULAT. Kawan2 suka sangat panggil mereka ni tikus sebab warnanya kelabu taik anjing. huhu...

Walaupun mereka ni kuat makan dan kuat main tapi sayangnya saya pada mereka tiada gantinya. Hinggalah si kawan tu menggantikan hamster baru warna oren tapi saya gagal untuk menerimanya. Kerana hati saya cukup sekali sedih...huhuhu...bayangkanlah orang yang keras hati seperti saya bisa menangis kerana hamster yang warna macam tikus tu meninggal. Walaupun penggantinya lebih baik, tapi saya sayang gendut dan bulat. Sebab mereka manja, comel dan sangat menghiburkan hati. kepada siapa lagi saya nak mengajak bersembang, kepada siapa saya nak main2. Tiap2 saya lihat gambar mereka. Lihat rakaman video mereka. Saya menangis tiap2 kali melihat video dan gambar mereka. Sedihnya sukar digambarkan..saya begitu sukar untuk menyayangi sesuatu tetapi Innalillah....Semoga berjumpa lagi hamsterku di akhirat kelak,..maafkan saya kerna tak jaga kamu dengan baik..sedih sangat...tiada lagi peneman malam bagi saya....
Pesanan dan pengajaran : Jangan seksa binatang atau kurung mereka atau menyekat kebebasan mereka. Kerana mereka juga adalah makhluk tuhan, Mereka berhak bebas sebagaimana kita ingin bebas. Jangan biarkan mereka mendoakan ketidaksejahteraan kita. Walaupun sayang, kita tiada hak untuk kurung mereka demi kegembiraan kita.