Helah Pembangunan Tempang Masa Depan

0

Posted by Aktivis Alam Sekitar Kampus; | Posted in | Posted on 08 October 2009


Pembangunan seperti apakah yang dipanggil pembangunan???


Pembangunan merupakan salah satu medium bagi pembangunan sesebuah negara atau wilayah negeri. Pembangunan seringkali dikaitkan dengan kesejahteraan hidup, keselesaan dan naik taraf kehidupan. Namun, adakah pembangunan itu sememangnya baik untuk proses kehidupan. Baru-baru ini saya berbidas dengan seorang lelaki yang berangggapan bahawa pembangunan itu seharusnya baik dan saya sedar saya ini student geografi dan dia student..(tak perlu dinyatakan)....

Jika pembangunan itu hanya menyebabkan kerosakan kepada alam, apa gunanya lagi. Hal ini kerana manusia itu hidupnya dalam dunia ini. Dunia pula kian binasa. Alasannya pembangunan pembangunan dan pembangunan. Saya bukanlah seorang extremistic ataupun anti pembangunan. Namun apa yang ingin saya garapkan adalah isunya, bukanlah pembangunan itu seperti apa.

Yang menjadi masalah apabila pembangunan itu mula menimbulkan banyak isu. Sebagai contohnya USM, Apex universiti. Saya berbidas dengan pelajar lelaki berkenaan kerana tidak berpuas hati dengan hujahnya yang tidak kukuh. Lantai perpustakaan sekarang masih dalam proses pembaik pulih. Memang betul jawapannya bahawa itu adalah untuk kegunaan masa depan. Namun yang saya pelik, mengapakah pembaziran yang giat berlaku. Bukankah fokus Apex itu adalah penyelidikan, inovasi dan pengkomersialan??Namun yang menjadi isu kini adalah pembangunan yang dilaksanakan. Pelajar sendiri mulai sedar apabila gangguan daripada kawasan pembinaan menyebabkan mereka terganggu dan menghasilkan satu ruang yang tidak kondusif untuk belajar. Jika ia alasan untuk generasi akan datang bagaimana generasi kini pula? ia nya perlu dipersoalkan. Peruntukan yang ada sepatutnya digunakan untuk hasilkan graduan yang berkualiti bukan hanya tahu bercakap kosong.

Habis cerita di universiti, masuk pula topik pembangunan diluar. Pada masa kini berapa puluh isu yang terungkai apabila kawasan-kawasan tidak maju ingin dibangunkan. contohnya kampung bukit pala yang kini menjadi isu hangat. Selain itu yang menjadi mangsa antaranya Tanjung Tokong Pulau Pinang. Kawasan mereka dikatakan setinggan dan mereka perlu melalui proses perletakan semula ataupun sususan perbandaran yang dikatakan maju itu. Hasilnya isu selama 20 tahun itu tidak bisa diselesaikan sehingga kini. Kawasan kampung diambil alih untuk pembinaan flat-flat. Yang menyedihkan apabila mereka dianak tirikan oleh pihak tertentu yang menjanjikan janji-janji kosong. Kehidupan mereka di kawasan flat bergantung kepada keluasan rumah yang mereka dapat. Kini banyak isu seperti ini terjadi. Adakah sesenang itu ingin dihalau penduduk kampung demi satu pembangunan yang dikatakan kemajuan sesebuah negara.

Pembangunan itu boleh dilaksanakan jika pembangunan itu mengambil kira segala aspek. Contohnya aspek kemanusiaan, alam sekitar, kebajikan, kesan dan sebagainya. Contohnya, pembangunan di kawasan sensitif tanah mampu menyebabkan bencana alam. Jika ingin meneruskan demi kepentingan diri, seharusnya perlulah menanggung kesannnya sendiri. Saya amat bersetuju jika satu penilaian awal dan teliti dilakukan di kawasan yang ingin dibangunkan contohnya melalui EIA atau penilaian impak alam sekitar. Bukan itu saja, kawasan yang ingin dibangunkan sebolehnya bukanlah kawasan yang mempunyai sensitiviti penduduk iaitu kawasan itu janganlah mempunyai nilai estetika kepada penduduk kerana, masyarakat tidak akan berpindah jika mahu dilakukan pembinaan.

Pembangunan mampu menyediakan peluang pekerjaan dan mengatasi masalah kemiskinan apabila adanya industri baru bertapak (pembangunan ekonomi) namun bukanlah pembangunan kapitalist. Pembangunan kapitalist tidak mengambil kira faktor-faktor lain kecualilah memaksimumkan keuntungan. Walaupun ianya ada banyak kelebihan, namun ianya tidak wajar. wujudnya jurang, penindasan golongan bargeois kepada golongan proletriat. Pembangunan mapan mewujudkan satu kawasan yang stabil termasuklah ekonomi, sosial mahupun politik. Oleh itu, sebarang diskusi boleh berkongsi bersama-sama agar segala ilmu itu dapat diaplikasikan bersama.



Cetak Artikel Ini

Comments (0)

Post a comment