Insinerator Broga

0

Posted by Aktivis Alam Sekitar Kampus; | Posted in | Posted on 11 July 2008

Insinerator merupakan sebuah mesin yang berteknologi tinggi untuk melupuskan sejumlah bilangan besar sampah sarap dan memerlukan kepakaran hebat bagi menguruskannya. Sebuah insinerator terbesar di Asia Tenggara yang dicadang pembinaannya di persekitaran kawasan berbukit berdusun dan dikelilingi hutan simpan. Idea ini diceduk daripada pembinaan insinerator di Jepun iaitu Ebara Corporation yang telah diua-uarkan telah berjaya menjaga kebersihan alam sekitar. Namun, insinerator ini sebenarnya berpotensi mengancam 4744 penduduk di Broga Semenyih. Sebuah insinerator seberat 1,500 tan dianggarkan berkos RM1.5 billion telah dicadang untuk dibina diatas bukit berdepan Broga. Yang menjadi kebimbangan adalah penghasilan abu toksid dan abu bawahan hasil daripada proses insinerator.
Walaupun JAS telah menyatakan bahawa zon berisiko disekeliling insinerator adalah pada jarak 1.5 km, namun ia tidak membawa kelegaan kepada penduduk kerana rumah mereka adalah dalam jarak 2 km daripada kawasan insinerator tersebut malah terdapat dusun di kawasan berdekatan 1 km dengan insinerator berkenaan. EIA ( Penilaian Impak Alam Sekitar) memberi amaran mengenai kesan ekonomi besar bakal dialami dalam jarak 5 km sekiranya kerajaan membatalkan lesen pendudukan sementara (TOL) yang dimiliki oleh sejumlah besar petani setempat iaitu kira-kira 5000 penduduk yang tinggal dalam persekitaran tapak insinerator.
projek insinerator ini harus dibantah. Ia telah mendatangkan kesan kepada alam sekitar fizikal dan manusia. Oleh itu, sungguhpun syarikat seperti Ebara Corporation nampaknya begitu berjaya dalam usahanya melupuskan sampah dengan pembinaan mesin insinerator, namun pihak media jepun sendiri telah mengkritik pembinaan insinerator tersebut. Oleh yang demikian, pada pandangan saya, pembinaan insinerator haruslah bertepatan dengan terma dan syarat kelulusan dan tidak perlu bermotifkan profit semata-mata oleh pihak-pihak tertentu.

Tanaman GM bukan cara terbaik bagi krisis makanan( Versi Malaysia)

0

Posted by Aktivis Alam Sekitar Kampus; | Posted in

petikan dari : sosialis kanan

Mutakhir ini, krisis makanan telah membawa komuniti dunia ke dalam satu ketidakpastian dan mencetuskan situasi panik. Walau bagaimanapun krisis tersebut telah diabaikansejak sekian lama di bawah neoliberalisme sistem ekonomi yang melahirkan dasar-dasar tertentu seperti " Program Struktur Pelarasan (SAP) yang telah diperkenalkan dan dipromosikan oleh Bank Dunia dan IMF. Di bawah SAP, negara-negara yang berhutang (kebanyakannya negara-negara dunia ketiga ) yang mengambil pinjaman kewangan daripada pinjaman institusi antarabangsa ini , telah diberitahu untuk menanam satu hasil tanaman keperluan yang akan dieksport daripada mereka menanam tanaman-tanaman ruji untuk keperluan sendiri bagi penggunaan domestik. Oleh itu, ia telah membawa ke suatu krisis kemanusiaan akibat kekurangan makanan dalam kebanyakan negara telah menyelaraskan dasar-dasar dibawah SAP.
Tambahan pula, neoliberalisme sistem ekonomi membenarkan komoditi am seperti makanan telah digunakan untuk spekulasi dan tawar-menawar yang membawa ke satu perubahan pergolakan harga. Kumpulan tanpa keuntungan antarabangsa GRAIN hanya mempunyai satu penyata bercetak yang dipanggil " membuat satu pengorbanan daripada kelaparan" yang di negeri-negeri. "Jumlah wang spekulatif dalam niaga hadapan komoditi-komoditi adalah kurang daripada 5 bilion dalam tahun 2000. Tahun lepas, ia menggelembung untuk secara kasar sebanyak 175 bilion dollar.
Seperti mana yang diketahui, kebanyakan di bawah neoliberalism adalah keuntungan. Peranan tanaman-tanaman makanan jagung dan soya ada juga dipindahkan daripada hanya peranan memberi makanan kepada orang ramai dan juga kini digunakan untuk membekalkan minyak-minyak kenderaan yang dinamakan biofuel.
Di bawah sepanduk neoliberalism juga, mitos " Genetik tanaman-tanaman Modified adalah satu penyelesaian untuk dunia kelaparan" wujud dan dipromosikan dengan rancaknya oleh perbadanan-perbadanan perniagaan tani daripada negara-negara maju.
Untuk menyangkal idea ini saya mahu memetik satu bantahan daripada Claire Hope Cummings yang merupakan seorang wartawan alam sekitar dan bekas peguam persekitaran yang berkhidmat selama 20 bertahun di Amerika Syarikat.Dalam buku terbarunya “Uncertain Peril:Genetic Engineering and Future Seeds”, dia mengemukakan lima sebab yang kukuh dengan mengatakan kejuruteraan genetik itu adalah tidak sesuai untuk pertanian.

Pertama: Kejuruteraan genetik merupakan sains yang lemah. Ia dibangunkan atas dasar kelemahan anggapan umum yang menyebabkan ianya disalahgunakan oleh komuniti saintifik.

Kedua: Kejuruteraan genetik merupakan biologi yang lemah. Ini adalah kerana ianya berpotensi menjadi penyebab berlakunya pencemaran genetik dan boleh memberikan risiko ke atas kesihatan manusia jika tidak terkawal.
Ketiga: Kejuruteraan genetik adalah dasar sosial yang buruk. Ini adalah kerana ia meletakkan kawalan yang ketat ke atas biji benih dan makanan asasi serta ladang-ladang kepada beberapa perbadanan yang mempunyai kepentingan tersendiri iaitu untuk mendapatkan keuntungan yang jelas sekali akan memberikan kesan terhadap kita.
Keempat : Kejuruteraan genetik merupakan ekonomi yang teruk. Selepas berbillion dolar dikeluarkan dan dalam tempoh tiga puluh tahun, hanya beberapa produk yang dikomersialkan dan tiada penawaran baru. Tiada sesiapa yang ditanya mengenai Geneticallay Modified Organisme (GMO’s) dan diberi pilihan untuk pengguna menolaknya.
Kelima: Kejuruteraan genetik merupakan sejenis pertanian yang buruk. GMO tidak mengendahkan isu-isu yang mengancam aktiviti pertanian. GMO direka untuk menggantikan penggunaan rumpai dan mengawal penggunaan bahan kimia. Hasil yang dipatenkan dan benih-benih yang berubah secara genetik menyebabkan timbulnya masalah yang serius ke atas sistem industri makanan dan ini akan memberikan kesan terhadap autonomi petani-petani yang menggunakannya.

Berdasarkan perspektif ini, saya berharap MARDI tidak terlalu cepat untuk mempraktikkan kaedah ini ke atas tanaman-tanaman dengan menjadikan GM sebagai satu langkah penyelesaian dalam bidang pertanian sebelum merujuk dan berbincang secara meluas dengan Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan para penyelidik yang bereputasi baik mengenai kesan tanaman GM terhadap masyarakat kita.

VERMIKOMPOS SEBAGAI SATU ALTERNATIF DALAM PERTANIAN.

0

Posted by Aktivis Alam Sekitar Kampus; | Posted in


CACING merupakan haiwan yang dilihat begitu menjijikkan. Namun tidak ramai yang mengetahui disebalik haiwan yang menjijikkan itu tersimpan banyak manfaatnya. Baja kompos cacing atau vermikompos begitu popular digunakan pada masa kini. Baja jenis ini memberi lebih kesuburan kepada tanih untuk tumbesaran tumbuhan. Baja terbahagi kepada dua iaitu baja kimia dan baja organik. Penggunaan baja kimia contohnya baja kalium (K) dan fosforus (P) memberi kesan kepada kapilari tanih iaitu baja yang terserap oleh tanih akan mengalir ke sungai melalui kapilari tanih seterusnya memberi kesan kepada kehidupan akuatik. Baja kompos begitu mesra alam dan tidak mendatangkan kesan berbahaya kepada alam sekitar. Cacing merupakan haiwan yang mempunyai dua jantina. Oleh itu, ia senang dibiakkan. Bukan itu saja, vermikompos ini 100% penghasilan semula jadi dan selamat digunakan berbanding dengan baja kimia yang mendatangkan banyak kesan buruk kepada alam sekitar terutamanya kepada tanaman yang menjadi sumber makanan kepada manusia dan haiwan.
Manurut seorang penternak cacing dan juga merangkap Pengarah Urusan AZR Agro Centre Puan Azlinda Ros Abdullah, cacing mengandungi 80% lebih protein berbanding kacang soya yang boleh menyuburkan tanaman. Ia juga boleh membiak 10 kali ganda dalam satu masa. Selain pertanian, ia juga digunakan dalam bidang kosmetik, perubatan dan sebagainya.
Hasil buangan cacing akan menghasilkan baja kompos. Tumbuhan dapat hidup dengan subur apabila terdapat banyaknya garam galian dalam tanih. Protein yang tinggi dalam tanih dapat menyuburkan lagi tanih. Terdapat beberapa jenis untuk penghasilan baja kompos cacing antaranya adalah “Tiger Worm dan Blue Worm” yang mudah dibiakkan.
Para petani kini mula menyedari akan kebaikan penternakan cacing bagi penghasilan baja kompos. Di samping itu juga, kosnya lebih murah berbanding dengan baja kimia. Hal ini dapat dilihat apabila beberapa bulan yang lepas harga baja kimia meningkat lagi iaitu naik lebih 20 % atau daripada RM 1400 tan metrik kepada RM 1800 tan metrik. Hal ini berlaku apabila berlakunya permintaan tinggi terhadap pasaran baja kimia terutamanya dalam kalangan petani. Kini terdapat alternatif lain bagi menggantikan baja kimia kepada baja yang lebih murah serta lebih mesra alam iaitu penggunaan dengan penggunaan baja kompos cacing.
Para petani juga boleh membiakkan sendiri cacing-cacing berkenaan untuk dijadikan baja. Ianya mudah dan lebih praktikal berbanding dengan baja kimia. Petani juga dapat melakukan penjimatan kerana cacing mudah membiak. Walaupun kesannya agak lambat berbanding dengan penggunaan baja kimia, ianya tetap dapat mengeluarkan hasil yang tinggi iaitu dalam lingkungan 30 % ke atas. Jelas di sini dapat dilihat betapa pentingnya penggunaan baja kompos cacing sebagai alternatif dalam pertanian. Bukan itu saja, antara kepentingan lain adalah ia juga berfungsi sebagai “Growth Stimulant” dan “Soil Conditioner” serta bebas daripada pathogen, parasit, & phytotoxin iaitu sejenis kumpulan perosak. Selain itu juga pengimportan baja kimia juga dapat dikurangkan kerana jumlah import baja oleh Malaysia adalah tinggi iaitu kira-kira 3.5 juta tan metrik setahun.
Menurut Pengarah Eksekutif Detik Aturan, Md. Arfizal Md Ariffin “kerajaan perlu menekankan pengeluaran dan penggunaan baja organik untuk mengurangkan penggantungan 100 golongan petani, kerajaan perlu menggalakkan petani menggunakan baja organik, seperti baja kompos yang boleh diproses daripada sisa pertanian termasuk daripada jerami padi, hampas kelapa sawit, batang jagung dan sisa buangan tanaman sayuran yang lebih rendah kosnya," katanya.
Justeru itu, pendekatan baru terhadap baja organik harus diperluaskan kerana kepentingan terhadap penggunaan baja kompos cacing ini tidak dapat disangkat lagi. Para petani juga akan dapat mengatasi masalah penggunaan baja kimia yang tinggi harganya serta dapat memaksimumkan lagi hasil pengeluaran dan mengoptimumkan lagi keuntungan. Di samping itu juga kesan alam sekitar dapat diatasi dengan mudah dan tanaman yang dihasilkan juga lebih selamat dimakan dan tidak menjejaskan kesihatan berbanding dengan baja kimia yang kadang-kala menjadikan tanaman itu beracun walaupun ia menyuburkan dan akhirnya turut memberi kesan kepada kesihatan manusia.

Apakah itu CARE campus??

2

Posted by Aktivis Alam Sekitar Kampus; | Posted in

We CARE....!!


Care adalah singkatan bagi perkataan Aktivis Alam Sekitar Kampus (CARE). Penubuhan organisasi ini bertitikmulakan oleh SAM atau Sahabat Alam Malaysia. CARE merupakan badan bergiat aktif dalam kampus seluruh Malaysia di bawah kelolaan SAM.


Salah sebuah aktivis kampus yang bergerak aktif adalah Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, Universiti Teknologi Mara,Institut Perguruan Tuanku Bainun (IPTB) dan sebagainya. Penubuhan CARE adalah bertujuan mendidik aktivis bergerak aktif dan lebih peka terhadap isu-isu berkaitan dengan alam sekitar dalam kampus dan luar kampus. Salah satu matlamat CARE adalah melahirkan generasi yang lebih peka terhadap isu berkaitan dengan alam sekitar. Alam ini mencakupi segala aspek termasuk aspek keagamaan, sosial, ekonomi, alam sekitar dan sebagainya. Antara fokus utama CARE adalah isu bakau dan nelayan, ulu muda, perubahan iklim dunia dan sebagainya. Pelbagai program yang telah dilaksanakan oleh CARE antaranya adalah penanaman semula bakau, kempen alam sekitar, pendidikan awal terhadap ilmu alam, roadshow dan sebagainya.
Oleh itu, pendedahan secara menyeluruh adalah perlu dan tidak semestinya tertumpu hanya kepada aktivis semata-mata. Alam sekitar adalah anugerah yang tiada nilainya jika dibandingkan dengan harta bertimbun gunungnya, kerana kita adalah pemegang amanah kepada generasi yang akan datang. Tanggung jawab perlulah digalas bersama-sama agar matlamat kemampanan atau kelestarian alam tercapai. Oleh yang demikian, blog ini menyediakan pelbagai intipati berkaitan dengan alam dan isunya serta menyediakan pelbagai maklumat yang berguna untuk membolehkan pembaca membaca dan membuat rujukan.
Sila memberi pandangan anda sekiranya berminat terhadap sesuatu topik dan kami akan cuba sedaya upaya memberi respon secepat yang mungkin,...SEKIAN,...


we need to care if we want to be a care..