Insinerator Broga

0

Posted by Aktivis Alam Sekitar Kampus; | Posted in | Posted on 11 July 2008

Insinerator merupakan sebuah mesin yang berteknologi tinggi untuk melupuskan sejumlah bilangan besar sampah sarap dan memerlukan kepakaran hebat bagi menguruskannya. Sebuah insinerator terbesar di Asia Tenggara yang dicadang pembinaannya di persekitaran kawasan berbukit berdusun dan dikelilingi hutan simpan. Idea ini diceduk daripada pembinaan insinerator di Jepun iaitu Ebara Corporation yang telah diua-uarkan telah berjaya menjaga kebersihan alam sekitar. Namun, insinerator ini sebenarnya berpotensi mengancam 4744 penduduk di Broga Semenyih. Sebuah insinerator seberat 1,500 tan dianggarkan berkos RM1.5 billion telah dicadang untuk dibina diatas bukit berdepan Broga. Yang menjadi kebimbangan adalah penghasilan abu toksid dan abu bawahan hasil daripada proses insinerator.
Walaupun JAS telah menyatakan bahawa zon berisiko disekeliling insinerator adalah pada jarak 1.5 km, namun ia tidak membawa kelegaan kepada penduduk kerana rumah mereka adalah dalam jarak 2 km daripada kawasan insinerator tersebut malah terdapat dusun di kawasan berdekatan 1 km dengan insinerator berkenaan. EIA ( Penilaian Impak Alam Sekitar) memberi amaran mengenai kesan ekonomi besar bakal dialami dalam jarak 5 km sekiranya kerajaan membatalkan lesen pendudukan sementara (TOL) yang dimiliki oleh sejumlah besar petani setempat iaitu kira-kira 5000 penduduk yang tinggal dalam persekitaran tapak insinerator.
projek insinerator ini harus dibantah. Ia telah mendatangkan kesan kepada alam sekitar fizikal dan manusia. Oleh itu, sungguhpun syarikat seperti Ebara Corporation nampaknya begitu berjaya dalam usahanya melupuskan sampah dengan pembinaan mesin insinerator, namun pihak media jepun sendiri telah mengkritik pembinaan insinerator tersebut. Oleh yang demikian, pada pandangan saya, pembinaan insinerator haruslah bertepatan dengan terma dan syarat kelulusan dan tidak perlu bermotifkan profit semata-mata oleh pihak-pihak tertentu.

Cetak Artikel Ini

Comments (0)

Post a comment