Lagu Hijau

0

Posted by Aktivis Alam Sekitar Kampus; | Posted on 23 September 2008



Lagu : Mukhlis Nor
Lirik : Mukhlis Nor
Penyanyi : Zainal Abidin



Bumi yang tiada rimba

Seumpama hamba

Dia dicemar manusia

Yang jahil ketawa



Bumi yang tiada udara

Bagai tiada nyawa

Pasti hilang suatu hari

Tanpa disedari



Bumi tanpa lautan

Akan kehausan

Pasti lambat laun hilang

Dunia ku yang malang



Dewasa ini kita saling merayakan

Kejayaan yang akhirnya membinasakan

Apalah guna kematangan fikiran

Bila dijiwa kita masih lagi muda dan mentah

Ku lihat hijau



Bumiku yang kian pudar

Siapa yang melihat

Dikala kita tersedar

Mungkinkah terlewat



Korupsi, oppressi, obsessi diri

Illusi, depresi di bumi kini


Ooo….anok-anok tok leh meghaso

mandi lauk..


Bersaing, maing ghama - ghama

Ale lo ni tuo umo nyo bejuto

Kito usoho jauhkē daghi mala petako



Ozong lo ni, koho nipih nak kenak aghi

Keno make asak… hok biso, weh..!

Pasa maknusio.. seghmo bendo - bendo di dunio

Tok leh tehe… sapa bilo - bilo….


PROGRAM BAKAU DI KERPAN DAN MERBOK- 28 julai dan 2 ogos 2008

0

Posted by Aktivis Alam Sekitar Kampus; | Posted in | Posted on 22 September 2008

Bakau merupakan sebahagian daripada ekologi alam sekitar. Peranan dan fungsinya kepada alam sekitar tidak boleh dipertikaikan lagi. Selain menjadi tempat pembiakan hidupan akuatik, bakau juga bertindak sebagai agen penahan hakis seperti hakisan tanih dan tsunami. Umumnya, ramai yang tidak mengetahui peri pentingnya penanaman bakau. Memandang daripada perspektif ekonomi, bakau tidak menguntungkan dan tidak memberi faedah dan tidak profitable. Namun, bagi sesetengah penduduk kampung, bakau mempunyai keistimewaan yang tersendiri antaranya ialah, digunakan untuk perubatan, akarnya juga digunakan untuk perikanan iaitu di ambil untuk dijadikan kelong ikan. Hasil ikan, ketam udang dan sebagainya juga akan semakin bertambah kerana hidupan tersebut mempunyai kawasan habitat dan pembiakannya. Hal ini memberikan keuntungan kepada penduduk kampung terutamanya para nelayan.

Aktivis Alam Sekitar Kampus CARE-USM telah menyertai program rehabilitasi. Pelajar USM yang terlibat adalah seramai 20 orang. Fokusnya utama adalah pendidikan alam sekitar kepada kanak-kanak dan remaja serta memberi pendedahan tentang kepentingan rehabilitasi bakau. Program yang dilaksanakan adalah bertujuan memupuk minat pelajar dalam mencintai alam sekitar di samping menimba pengalaman baru. Pelajar USM juga dapat mempelajari soft skill baru kerana program tersebut menjadikan pelajar USM atau selaku aktivis ini memperluaskan lagi minda dan intelek terhadap masyarakat. Apabila turun ke masyarakat, pelbagai perkara baru telah dipelajari dan penduduk kampung begitu mesra dengan rombongan ini. Pada wakt pagi, program rehabilitasi dijalankan iaitu kutip benih bakau dan semai bakau. sepanjang pagi itu, semua aktivis/pelajar bermandikan lumpur, namun pengalaman tersebut sukar dilupakan. Pada waktu petang pula, program alam sekitar untuk remaja dan kanak-kanak dilakukan di mana peserta perlu menjadi fasilitator kepada remaja dan kanak-kanak ini. Secara langsung, program itu dapat membina kreadibiliti aktivis dan membentuk keyakinan berhadapan dengan komuniti luar bandar.