Buyat dalam Kenangan

0

Posted by Aktivis Alam Sekitar Kampus; | Posted in | Posted on 10 January 2010

Lokasi Buyat dan pembukaan lombong emas oleh syarikat Newmont



Kisah Buyat merupakan sebuah kisah yang menjadi teladan kepada semua masyarakat dunia yang sedar akan isu alam sekitar yang melanda dunia pada hari ini. Kisah ini seharusnya dijadikan contoh kepada masyarakat pada masa kini yang semakin alpa terhadap perkara yang berlaku di muka bumi ini.
Kesan kepada hidupan dan manusia

Sinopsis

Kisah Buyat bermula pada tahun 1986 iaitu apabila Buyat, iaitu salah sebuah pulau di Utara Sulawesi Indonesia dikatakan mempunyai potensi simpanan emas. Kemudian, perjanjian antara syarikat perlombongan emas iaitu sebuah syarikat TNC (Transnasional Coorporation) Newmont Mining Coorporation menandatangani persetujuan dengan pihak kerajaan untuk membuka lombong emas di sekitar kawasan berkenaan. Buyat mempunyai keluasan lebih kurang 400 hektar iaitu menyamai 20 buah padang bola sepak.
Penyakit kulit yang dihadapi oleh kanak-kanak yang tidak berdosa

Penduduk Buyat terdiri daripada golongan nelayan dan mempunyai taraf hidup yang rendah. Mereka bergantung kepada hasil laut sebagai sumber makanan utama. Jika suatu ketika dulu, anak-anak kecil gemar bermain dengan air di pantai namun ia bertukar menjadi satu tragedi malang apabila lombong berkenaan yang dibina berdekatan dengan penduduk telah mencemarkan laut dan menyebabkan bau yang busuk. Kanak-kanak yang tidak berdosa menjadi mangsa apabila mereka mula mengidap pelbagai jenis penyakit antaranya TB, kolera dan penyakit-penyakit kulit. Manakala ibu yang mengandung pula melahirkan anak yang sakit dan cacat. Apabila laut tercemar, rakyat sekitar menderita. Mereka tiada pilihan selain menerima sahaja nasib malang itu. Golongan Bargeois yang menindas mereka umpama meletakkan mereka di posisi kemiskinan yang tegar tanpa perikemanusian.

"Andini" merupakan seorang bayi perempuan yang malang dilahirkan dengan kesihatan yang teruk iaitu kulitnya menguping dan mengelupas sejak dia lahir. Akhirnya kesengsaraan bayi tersebut berakhir dengan kematian menjemputnya ketika berusian 5 bulan. Ibu mana yang tidak terkesan dengan pemergian anak kesayangannya yang dilahirkan terus merasai penderitaan. Kanak-kanak terkesan kerana imunisasi badan mereka lebih lemah berbanding dengan golongan dewasa. Pencemaran teruk tidak mendapat perhatian golongan atasan yang telah dikaburi dengan material hingga rasa perikemanusiaan mula lenyap dalam diri. Wanita pula ramai menghidap barah payudara, kanser dan sebagainya akibat pemakanan yang beracun akibat keracunan sumber lautan dan air lautan kaya dengan sumber logam berat yang membunuh. Bayi yang kecil merasai penderitaan apabila kemaluan mereka rosak, menangis mengeluarkan air mata darah, kulit berkudis, gatal, berkuping dan sebagainya.

Golongan yang bijaksana seperti pensyarah daripada universiti menyatakan mereka ini hanya berbohong kerana mana mungkin mereka boleh jatuh sakit serentak. Mata mereka sudah dikaburi dengan kapitalisme yang mencari keuntungan tanpa batasan. Manakala sesetengah golongan lagi benar-benar memahami erti kemanusiaan itu seperti pasukan Mercy Indonesia yang turun padang melihat kesengsaraan mereka. Pasukan Mercy menyuruh mereka mendapatkan rawatan susulan kerana bukti fizikal menunjukkan bahawa badan mereka seperti diracuni.

Akhirnya penduduk kampung tidak tahan atas kesengsaraan yang di alami. Peristiwa kematian Bayi Andini benar-benar mencabar kesabaran penduduk kampung. Mereka mula bangkit. Hari demi hari kematian mula bertambah, kemiskinan pula semakin meningkat. Mereka bangkit menentang penindasan di Buyat. Pelbagai badan-badan kemanusiaan mula turun padang mencari solusi untuk penduduk Buyat yang ditindas ini. Akhirnya kerajaan mengalah dan bersetuju untuk memindahkan penduduk Buyat ke tempat baru yang lebih selamat. Sehari sebelum berpindah ke tempat baru, mereka mengemas barang-barang yang penting dan memusnahkan rumah sendiri. Siapa yang sanggup untuk memusnahkan hasil titik peluh selama ini. Siapa juga yang sanggup meruntuhkan rumah sendiri walaupun miskin??Namun mereka sanggup kerana kesengsaraan mereka selama ini melebihi apa yang mereka ada. Oleh yang demikian mereka meruntuhkan kawasan tersebut dan membakarnya. Lalu mereka berpindah di kawasan baru menggunakan jalan darat dan laut untuk memulakan kehidupan baru. Di tempat baru itu tinjauan mendapati kesihatan mereka bertambah baik berbanding di Buyat. Sekian....

Buat Tatapan semua....

Anda semua boleh lihat siri "Bye Bye Buyat" di Internet atau layari laman web yang mempunyai maklumat tentang Buyat. Saksikan sendiri penderitaan mereka depan mata anda sendiri sekiranya anda masih punya kesedaran dan kemanusiaan.

Bukan membangkitkan isu lama sebagai satu isu lapuk tetapi ianya realiti yang mungkin akan terjadi pada diri kita pada diri kita suatu hari nanti sekiranya tiada kesedaran dalam diri. Rasa syukur dalam diri melihat keadaan kita yang sedia ada daripada hidup kedaifan dan kesengsaraan seperti di Buyat. Apakah dengan membangkitkan isu lama releven??Bukankah manusia itu belajar daripada sejarah. Manusia yang bijaksana adalah manusia yang belajar daripada pengalaman orang lain. Adakah mahu jatuh tertimpa tangga dulu baru mahu menyesal??

Isu alam tidak akan habis. Golongan yang tertindas ini sentiasa mengalirkan air mata, manakala golongan yang menindas ini sepertinya meneguk darah rakyat yang menderita. Apakah peranan kita sebagai seorang manusia yang sedar? Bangkit atau menyerah kalah atas takdir yang berlaku. Di Malaysia, isu sebegini banyak berlaku seperti rampasan tanah di Kerpan, isu penebangan hutan ulu muda, petrokimia di Yan Kedah. Sudah kita lihat di hadapan mata apa yang terjadi. Persoalannya mahukan perkara ini kita biarkan akan terjadi kembali seperti terjadinya tragedi di Buyat???