Hikmah Tersembunyi

1

Posted by Aktivis Alam Sekitar Kampus; | Posted in , | Posted on 20 May 2009

Tragedi tsunami pasti masih lagi segar dalam ingatan semua pihak, terutama kepada mereka yang pernah menjadi mangsanya. Puluhan ribu nyawa melayang dalam sekelip mata dan kemusnahan dianggarkan mencecah ratusan juta dollar. Sesungguhnya semua yang terjadi ini pasti ada hikmah disebaliknya yang perlu sama-sama direnungi oleh semua pihak pihak sama ada yang berkuasa atau sebaliknya.

Namun yang pastinya, segala musibah yang menimba ini merupakan satu peringatan dari Allah s.w.t kepada kita umat manusia yang sering mendustai perintahnya. Sesungguhnya Allah s.w.t telah banyak memberi peringatan kepada kita semua tentang bahana yang bakal menimpa sekiranya alpa dan leka terhadap suruhannya. Justeru, peristiwa Tsunami yang terjadi beberapa tahun lalu merupakan sesuatu yang boleh kita anggap sebagai peringatan daripada Allah kepada umat manusia.

Disebalik semua itu, satu lagi kemurkaan yang mungkin manusia lakukan ialah, betapa rakusnya tangan-tangan manusia memusnahkan alam sekitar yang telah diamanahkan kepada kita ini. Dalam mengejar kemewahan dunia, manusia sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai hasrat tersebut. Alam sekitar dinodai dengan sesuka hati mereka tanpa sebarang belas kasihan dan perikemanusiaan. Sesungguhnya ini merupakan sesuatu yang amat menyedihkan.

Oleh itu ingatlah bahawa semua yang terjadi itu merupakan satu ujian tuhan kepada kita semua agar manusia tidak terus lalai dan terpesona dengan kecantikkan dunia semata-mata. Khazanah alam seperti pokok bakau dan seumpamanya tidak seharusnya dirobek sesuka hati terutama dengan alasan pembangunan. Tumbuhan semulajadi sebagai perlindung sememangnya merupakan sesuatu yang amat terbukti berkesan.

Manusia pada hari ini, dilihat seakan lupa dengan semua itu. Justeru peristiwa tsunami yang telah berlalu beberapa tahun yang lalu dilihat sebagai satu pengajaran kepada kita semua. Sesungguhnya semua itu mempunyai hikmahnya yang tersendiri. Selain itu, kemungkaran manusia pada perintah agar mentaati perintah dari yang esa juga merupakan sesuatu yang seharusnya dijadikan iktibar.


 


 

Suara keinsafan :

--kijang care--


 


 


 


 

Cetak Artikel Ini

Comments (1)

  1. 5/22/2009 08:32:00 PM

    Hikmah di sebalik apa jua tragedi adalah agar manusia kembali mencari perspektif pembangunan yang sebenar. Adakah tujuan pembangunan hanya untuk mengaut kekayaan di atas kenaifan masyarakat semata-mata? Jika materialisme yang menjadi matlamat pembangunan, maka tidak hairanlah pelbagai justifikasi yang dibuat hanyalah untuk menghalalkan cara walaupun jelas impaknya adalah malapetaka!

    Justeru dalam mengurus pembangunan secara mampan, pihak-pihak yang berkaitan tidak seharusnya bergantung hanya kepada kekuatan teknikal semata-mata. Aspek lain seperti dasar dan perancangan guna tanah, pandangan masyarakat serta keupayaan tindakan pemantauan seharusnya dikaji secara berkala agar maklumat yang diterima sentiasa terkini untuk membantu mewujudkan tadbir urus pembangunan yang proaktif. Walau apa pun ikhtiar yang dilakukan, usaha mengurus risiko bencana daripada berulang akan menjadi sia-sia jika modal insan yang diamanahkan untuk menjaga serta memajukan alam secara lestari mengalami sindrom defisit nilai yang menghakis asas integriti sesebuah organisasi.

Post a comment