Program Masih Ada Yang Sayang bersama Anak-Anak Yatim & Miskin

0

Posted by Aktivis Alam Sekitar Kampus; | Posted in | Posted on 12 September 2009

Tarikh: 11-12 September 2009
Tempat : Surau Kampung Sungai Badak, Kulim Kedah
Anjuran : BAKUN, TERAS, AJK Surau Kampung Sungai Badak

Program selama 2 hari ini mengukir seribu kenangan bersama-sama anak kecil yang tidak sebertuah seperti anak-anak lain. Program ini mengumpulkan kami CARE (saya) dan yang lain semuanya sahabat PPM. CARE atau PPM??persoalan ini bukan penting mana kerana perkara yang baik tidak perlu jadikan persatuan sebagai ukuran. Saya juga CARE dan saya juga PPM. Dan saya sayang kedua-duanya. Gabungan kebajikan alam dan masyarakat. Sedikit perkongsian daripada saya, tugas sebagai aktivis bukan satu perkara yang mudah. ia memerlukan pengorbanan. Menjadi seorang aktivis alam sekitar tampak kelihatan mudah. Tetapi dalam konteks apakah aktivis itu dimaksudkan?adakah konsep itu kita boleh katakan bahawa hanya pada alam?? baiklah saya jelaskan mengikut konteks saya. Aktivis??bermakna aktif dan sukarelawan.suka+rela+lawan. 1. Suka akan kerja2 sebagai aktivis walaupun cabaran yang berat bakal ditempuh. 2. Rela diri berkorban demi menegakkan sesuatu perkara benar. 3. lawan segala kemungkaran dan pencerobohan. lawan diri yang malas untuk berbuat sesuatu terhadap kemungkaran.
Program anak yatim mampu merawat sedikit sebanyak kerinduan terhadap adik2 di kampung. Anak2 yatim ini memerlukan kasih-sayang dan perhatian daripada kita semua. Sungguhpun nasib mereka mula terbela. Namun adakah mereka mendapat kasih sayang yang sebaiknya? Apakah peranan kita? Kita terlalu sibuk dengan pelbagai jenis urusan duniawi. Hiburan, Assignment, akademik, kokuriulum dan sebagainya.
Mengapakah ketika mempunyai peluang untuk berbakti kita tidak mengendahkannya. Saya juga begitu. Akademik mengatasi segalanya. Saya juga insan biasa. Jika dulu fokus saya hanya pada alam. Tetapi kini Segalanya perlu diambil beratkan. Kerana Manusia itu sebahagian daripada alam.
Tidak perlu memilih dalam menjalani tugas sebagai insan. Bak kata pepatah, bukan mudah untuk bernafas dalam jiwa hamba. Kita mempunyai banyak tanggung jawab yang perlu dilaksanakan. Adakah kita hanya membiarkan saudara kita yang kita sayang dalam kesusahan?kesakitan?? Tidak dapat dibayangkan bagaimana perasaan anak2 kecil ini mampu mengukir senyuman sungguhpun ditinggalkan ibu bapa pada usia yang teramat muda dan masih kecil. Tika mereka memerlukan kasih sayang daripada ibu-bapa dimanakah kita ? Saya sendiri tidak tahu bagaimana keadaan saya sekiranya ditinggalkan oleh orang-orang yang saya kasihi. sungguh menyedihkan...
Apa-apapun diharap mereka tabah melalui liku kehidupan kerana kehidupan ini hanya sementara. Pilihan jalan punya hanya 2 iaitu Good or Bad...sekian disini...........:-)














Celoteh Adik Kakak di bulan Puasa

0

Posted by Aktivis Alam Sekitar Kampus; | Posted in


kak liza bersama adik2 kesayangan dari kiri Firdaus, Zul, Basri, Pak An dan Kimi.

Luar perkarangan surau kampung Sungai Badak, Kedah

Kak Liza : Adik-adik semua, akak nk tanya sikit ni,.sape kak sini pernah tinggal puasa??hehe
Adik Kimi : psst....Kak Liza, (panggilan berbisik)
Kak Liza : Yer Zul...Ada apa2 nk bgatau akak?
A Kimi : Meh dekat sket..
Kak Liza : Hah...ada apa,..ada gosip best ke?(ekspressi berminat)
A Kimi : Kak, saya tinggal pose 2 hari..
Kak Liza : Hah.kenapa dik??apa perkara yang zul buat sampai membatalkan puasa???
A Kimi : Saya Korek hidung............hehehe ( dia tgelak kecil)
Tiba-tiba sahabat2 lain terdengar bahawa adik kimi korek hidung di bulan puasa..Mereka mula memanaskan suasana malam itu...Anak-anak buah dibawah bimbingan saya ada 5 orang. Semuanya kacak-kacak dan baik. Sejuk hati rasanya mendidik mereka. Kimi (budak yg sgt2 sopan santun), Basri (murah senyuman), Pak An (Cilik Petah, bijak), Firdaus (Pendiam dan mndengar kata), Zul (budak kacak dan sangat menghormati orang lain)..

A Basri : Oit,..hang korek hidung,..ish...tak senonoh...Bulan posa....
A Pak An : alah...hang pon pnh jgk..mcm tk pnh....
k liza : kenapa pilih untuk korek hidung??
A kimi : tak tahan la kak,..gtai idung...
k liza tak tahan gelak..jadi mulalah mereka turut serta gelak. Riuh dengan suara mereka. Kumpulan lain nampaknya sangat berhemah bila berbual. Kumpulan saya pula otai2..tak larat nak layan.

k liza : Firdaus??kamu ada tinggal puasa tak??
A Firdaus : Ada...2 hari..hehe..tersenyum malu
K liza : Zul pula berapa hari???
A zul : 2 hari juga.
k liza : kenapa ada yang tinggal ni.cuba bagi alasan akak nk tahu juga apa yang adik2 buat ni...
Pak An : tak tahan la makan..
k liza : adik2 smua perlulah mndidik nafsu,.emm masa bulan puasa ni adalah peluang bagi untuk kita untuk mendidik nafsu kita. 1 lagi pesan akak,..jangan berendam lama2 dlm kolah tu..jgn mandi lama sangat.makhruh....

suasana bertambah riuh...apabila semua ketawa...pelik2..

pak An : Kak liza,...Basri tk posa hari tu...nampak dia curi minum air...
k liza : apa?oooo kantoi dh...(gelak lg)
Basri : Saya mandi je kak
Pak An : Aku nampak hang teguk ayaq paip.
Kimi : saya pnh jugak kak...curi air paip..
k liza : hmm....adik2 sebolehnya posa la pnuh..akak phm budak2 ni masa2 kecik memang nakal. Akak masa darjah 2 dulu akak pun sama juga. dah la puasa sampai petang dah. tapi dek kerana dahaga..akak p tandas..tau apa akak buat masa tu??akak buat2 la amik air sembahyang kemudian masa kumur akak terus telan..air masuk bukan nak keluar balik. tapi siap masuk perut lagi. jawab saya untuk menceritakan pengalaman lampau dan cuba membuatkan mereka selesa untuk berterus terang.
mereka tergelak ramai2. kelihatan zul dan firdaus turut mengambil bahagian dalam perbualan sungguhpun pada awalnya mereka sangat2 malu pada saya.

Basri : ooooo akak tak puasa...
k liza : darjah 2 masa tu.,,,budak2 lg,.......
Pak An : hish ko ni...kak liza kecik lagi masa tu,,..
Basri : hehehehahahaha a a la kak liza tak matang lg..sekarang dah matang...
Pak An : kak saya tak posa sebab teguk air..
Basri : saya tak mandi lama-lama kak tapi bila saya mandi saya dongakkan kepala (mendonggakkn kepala)
k liza : aik,..apasal dongak kepala.
kimi : curi minum
Pak An : ambik kesempatan.
k liza : macam mana basri tahu dh tbatal?
Basri : sebab bila dongak saya nganga mulut (dia menganga)
k liza : huishh.....
Basri : saya telan air sambil mandi....wahaha
Pak An : hang mandi ayaq tk masuk hdung ka?
Basri : aku telan kira macam tak batal la..yelah aku mandi..bukan aku minum dalam gelas....
whooooo....batallah.....mereka semua tak menyokong fakta oleh basri......
k liza : yang lain2??ada nk mnceritakan lagi kisah?
semua menggelengkan kepala....
k liza : kalau macam tu adik2 boleh masuk tidur nanti akak nak adik2 smua bagun utk Qiyamullail yer..akak nak tgk nanti siapa ponteng kenalah..akak igt muka adik2 nama adik2...Basri, pak an, firdaus, kimi dan zul.....igt yer pesan akak...
mereka : baik kak!!!
K liza : dan banyakkan berdoa..sungguhpun tiada siapa yang tahu apa yang kita rasa, apa yang kita alami..tapi biarlah allah sahaja yang tahu..kerna hanya allah yang mampu membantu kita..sama2 kita semua bergantung harap padaNYA. Manusia memang tak boleh tolong kita..kawan2 tapi allah..terutama bulan2 puasa macam ni..lagi doa dikabulkan allah..tuluskan niat adik2..dan jangan mudah berputus asa yer adik2..
mereka mendengar dengan khusyuk...
k liza : akak sayang kamu semua tau..jadi akak nak kamu semua ingat pesan akak..
Basri : hah akak sayang kami??
Pak an : hishhh hang ni...sayang tu byk maksud....kepala otak hang pkir awek hang ja noh??
Basri : mana aku ada awek..
kimi : kak abg saya pun ada umur 22 tahun sama mcam akak...(pelik aku budak ni)
k liza : ok2 adik2 esok ada lagi aktiviti..skg semua blh msuk tidur dan Qiyamullail nanti......
mereka : ok kakkkkkkkkk insyaallah.........
tiba2 sebelum berangkat mereka diberi biskut raya setiap 1 sorang. Alangkah gembiranya mereka. Saya hanya mampu tersenyum telatah anak2 kecil ini. Jika saya berpeluang memiliki anak2 di masa depan..saya berdoa agar anak2 saya sebaik dan semulia anak2 yatim ini..

FORUM Mendesak Jeff Ooi Meminta Maaf dan Meletak Jawatan

0

Posted by Aktivis Alam Sekitar Kampus; | Posted in

To: Jeff Ooi (Ketua Staf Kerajaan Negeri P.Pinang)

KENYATAAN RASMI FORUM

9 September 2009



FORUM Lancar Kempen Tandatangan Mendesak Jeff Ooi Memohon Maaf dan Meletak Jawatan



Susulan bantahan FORUM bersama 32 NGO kepada kenyataan Jeff Ooi pada 2 Ogos 2009 lalu yang mengaitkan Syariah Islam dengan ekstrimisma. [STAR: 2 Ogos 2009: N12].

FORUM merasa kecewa YB Jeff Ooi; Ahli Parlimen Jelutong dan Ketua Staff, Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang bersikap angkuh dan terus enggan memohon maaf sehingga ke hari ini dan sikap Kerajaan Negeri yang mendiamkan isu ini seolah-olah ia tidak berlaku (sweeping the issue under the carpet).

Keengganan Kerajaan Negeri dan Pemimpin Politik tempatan mengambil tindakan tegas ke atas hal ini menunjukkan sikap mereka yang tidak menjaga sensitiviti dan kepentingan Islam sebagai agama Persekutuan dan anutan majoriti masyarakat di Malaysia.

FORUM berpandangan bahawa kenyataan Jeff Ooi telah menimbul kemarahan umat Islam khususnya di Pulau Pinang, menghasut kepada perpecahan dan menimbulkan salah faham terhadap Islam.

Sehubungan itu, FORUM melancarkan kempen tandatangan rakyat mendesak permohonan maaf dan perletakan jawatan atau pemecatan Jeff Ooi. NGO-NGO dibawah FORUM akan menggerakkan kempen diperingkat akar umbi untuk memberi kesedaran masyarakat berkenaan isu ini dan memohon sokongan masyarakat supaya pemimpin yang tidak menghormati dan menghina Islam ini tidak lagi memegang sebarang jawatan kerajaan.

FORUM telah mendapat maklum balas dari masyarakat awam, pimpinan tempatan termasuk masyarakat peniaga di Pulau Pinang yang merasakan pemecatan YB Jeff Ooi adalah wajar dan FORUM berhajat mengumpulkan maklum balas atau protes bertulis dalam bentuk kempen tandatangan.

Sepertimana masyarakat muslim dan bukan Islam yang berpandangan bahawa insiden protes kepala lembu di Selangor oleh individu-individu tertentu adalah perbuatan yang tidak beradab dan tidak menjaga sensitiviti agama lain, maka penghinaan “Syariah sebagai Ekstrim” oleh seorang ahli Parlimen dan individu berjawatan penting dalam kerajaan negeri P.Pinang adalah tidak dapat diterima sama sekali.



FORUM selepas insiden dihalau dari tingkat 52, KOMTAR oleh pegawai Kerajaan Negeri dalam usaha menyampaikan bantahan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, berhasrat ingin sekali lagi berusaha mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri bagi mendapatkan penjelasan mengapa YB Jeff Ooi masih enggan memohon maaf dan belum mengosongkan jawatan hingga ke hari ini.



Mohd Hafiz Nordin dan Md Roslan Hashim

(Jurucakap FORUM)



NGO-NGO yang menyokong kenyataan mendesak permohonan maaf dan perletakan jawatan YB Jeff Ooi (14 Ogos 2009):



1. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) P.Pinang

2. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Kedah

3. Angkatan Pemuda Pemudi Islam (API)

4. Badan Anti IFC (BADAI)

5. Badan Kebajikan Nun (BAKUN)

6. Badan Kebajikan Pendidikan Islam P.Pinang(BAKIP)

7. Haluan Malaysia caw P.Pinang

8. Ikatan Muslimin Islam (ISMA) P.Pinang

9. Ikatan Pengkajian Syariah Malaysian (ISRA')

10. Institut Al-Qayyim (IQ)

11. Institut Pengemblengan dan Pembangunan Komuniti (IMPAK)

12. Islamic Propagation Society International (IPSI)

13. Jaringan Pemuda Da‘wah Islamiyyah (JUNDIYY)

14. Jawatankuasa Warisan Hadharah Islamiah (JAWHAR)

15. Jemaah Islah Malaysia P. Pinang (JIM)

16. Kelab Rakan Islah Malaysian (KARISMA)

17. Kelab Remaja JIM

18. Muhammadiyah International

19. Majlis Muafakat Warga Desa (RURAL CITIZEN)

20. Persatuan Ulama’ Malaysia Pulau Pinang (PUMPP)

21. Pergerakan Penyelidikan dan Pembangunan Komuniti (KOMUNITI)

22. Persatuan Anak Jati Melayu P.Pinang (PAJIM)

23. Rumah Upayadaya Dan Harapan Ar-Rahman (RAUDHAH)

24. Sekretariat Dakwah Non-Muslim P. Pinang (SDPP)

25. Sekretariat Himpunan Ulamak Rantau Asia (SHURA)

26. Sekretariat Ulama Dan Profesional Islam (SUFI)

27. Teras Pengupayaan Melayu(TERAS)

28. Ummah Aid

29. Wadah Pencerdasan Umat (WADAH)

30. Wanita JIM

31. Warga Kilang.Com

32. Young Muslim Sport Club (YMSC)

*untuk tujuan perhubungan sila hubungi Saudara Roslan Hashim: 019 444 1404 (JIM), Ustaz Mohamad Hafiz: 019 4127 440 (PUMPP) dan Saudara Yusuf: 019 5766 440 (PAJIM)

Sincerely,

The Undersigned

Pesanan : Umat Islam pada hari ini perlu sedar dan bangkit mempertahankan agama. Ayuh sahabat2 sekalian bersama kita berusaha untuk menandatangani pettisyen ini..click link ini.......

http://www.petitiononline.com/FORUM/petition.html

Ini merupakan salah satu usaha.. Di bulan Ramadhan yang mulia sama-samalah kita pertahankan islam nan suci.

"Di sini Aku Menemui Cinta"

0

Posted by Aktivis Alam Sekitar Kampus; | Posted in | Posted on 08 September 2009













Kem KEMARAU

3

Posted by Aktivis Alam Sekitar Kampus; | Posted in | Posted on 07 September 2009



KEM KEMARAU (kem aktivis alam sekitar kampus)

Tarikh : 10- 12 oct 2008
Tempat : Bukit Panchor.
Peserta : Aktivis Alam Sekitar Kampus (CARE) USM, IPIS, IPTB, IPPP, POli JiTra.

Selama 3 hari kem anjuran sahabat alam ini berlangsung bersama CARE. Di sini kami diberi pendedahan terhadap modul2 aktivis seperti bagaimana cara untuk menangani sesuatu isu, bagaimana mendidik diri menjadi aktivis dan sebagainya. Sebenarnya aktivis itu tidak semestinya hanya golongan terpilih sahaja. Tetapi sesiapa saja yang berkeinginan dan mempunyai semangat juang boleh menjadi seorang aktivis.
3 hari merupakan masa yang terlalu singkat untuk mengali segala maklumat. Yang paling "best" adalah ukhwah yang terjalin antara IPT. Sangat menyeronokkan. Bak kata pepatah, menyelam sambil minum air. Kenangan selama 3 hari itu cukup banyak. Setiap ahli mempunyai peranan tersendiri. Kami dijaga baik oleh staf SAM dan moderator CARE iaitu kak fatin selaku " orang yang sangat suka bekerja." Dah tengah2 malam pun sanggup stay up untuk aktiviti keesokannya. "Terima kasih cikgu Fatin."
Kak-kak n abg2 senior yang menjaga kami menyebabkan berat kami bertambah sebaik tamat kem. Kami mulakan dengan ice breaking yang sangat panjang dan lama kerana pesertanya ramai sampai ada peserta cramps kaki. Bermacam2 trademark yang mereka beri. Tapi walaupun bagi trademark, saya masih lupa. "manusia mudah lupa"....
Abg nije yg suka bgambr, Abg nizam yg tlalu tinggi bahsanya smpai saya pening2 lalat but anyway best dia ceramah, abg wan penasiht,..(muka garang), kak Fatin sempoi dan gila kerja tapi penyayang..hehe...kak liza dan kak teh sangat2 suka membancuh teh dan kopi. Wanita bergelar isteri dan bakal ibu lah katakan. kak muni yang ala2 rockers gitu...dll. Tempatnya juga cantik. seindah mata memandang. Terasa alam terlalu dekat dengan hati. Tapi malam2 tidur ada takut sikit sebab bunyi monyet rupanya. Ingatkan Langsuir atau pontianak ker.huh..nk pecah jantung 1st malam tidur.
Geng2 Care dipecahkan kepada 5 kumpulan (kalau tak silaplah). Semua bercampur gaul IPT dan merapatkan ukhwah antara kami..tapi sini bukan medan mencari jodoh. Keserasian pemikiran membuatkan kami makin bersemangat dalam perjuangan.
Malam2 kami tidur dalam jam 11 kerana program lambat habis. (sesi kak Fatin cuci otak2). Walaupun ada rungutan termasuk saya,..inilah pelajaran yang kami dapat. Bukan mudah menggilap diri menjadi seorang aktivis. Aktivis Amatur lagi. Aktiviti terakhir adalah Debat. Peserta-peserta mula menunjukkan belang dalam melakonkan watak pemaju, orang kampung dll. Debat ini bertujuan memudahkan peserta melihat situasi sebenar yang berlaku terhadap alam dan bagaimana cara untuk mengakhirinya.
Akhir sekali diharap perjuangan itu diteruskan kerana pelbagai bekalan yang telah disuapkan kepada kita. Oleh itu gunalah bekalan ilmu itu untuk menjadi apa yang sepatutnya kita jadi. Tetapi ilmu tanpa amalan umpama jasad tanpa bayang. Jadi, gunakanlah ia sebaiknya dan perkembangkanlah untuk perkara seterusnya...

CARE the best...
sesiapa nak gambar boleh hantarkan email pada saya. Di bawah cuma sebilangan kecil gambar2 comot....
Liza CARE, Kak Muni ex SAM, Kak Liza, Kak Teh
Muka teruna dalam kepeningan malam.


Kak Fatin berceramah lagi. Dengar2..


Reka lagu berangkai tentang alam. Suara tak sedap kot, itu yang tak mau buka mulut.hehe

Penatnya....


Kena buat keje sket.sesi perbincangan dan pembentangan.


Subhanallah..tempat ni sangat2 cantik..tapi ada monyet.huhu

Laknatullah dalam diri

1

Posted by Aktivis Alam Sekitar Kampus; | Posted in | Posted on 03 September 2009


Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh manusia yang nyata. Setiap saat musuh2 ini sentiasa mencari peluang untuk menganggu anak cucu Adam as. Kadang-kala adakah kalian semua terfikir kenapa kita tewas dengan syaitan yang ada dalam diri dan bagaimana ia telah mendidik diri kita agar menjadi manusia yang alpa? Cuba anda fikir,..betapa malunya kita sebagai khalifah tetapi terlalu lemah. sebagai contohnya sifat berputus asa. Sifat manusia ada turun naiknya.

Kadang-kala tika saya berputus asa terhadap pengharapan yang tidak kesampaian, ada seorang sahabat manasihat saya...
"malulah sikit dengan syaitan...sedajal syaitan tu,..mrk ni tak pernah mengenal erti putus asa dalam menghasut manusia. kenapa kamu tidak mengadaptasikan sikap kesungguhannya??bukan suruh ikut kamu jahat macam syaitan..tapi cukuplah masa hidup ini kamu berusahalah kerana Allah.."
Terpulang pada anda untuk menilainya. Dalam diri manusia terdidik dengan pelbagai anasir. Adakah kita mahu menyalahkan syaitan apabila kita tersilap langkah dalam kehidupan ini. Bukankah peringatan daripada ALLAH swt adalah jelas.

Firman Allah :
"Dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu" (Al-Baqarah : 208)

Sebagai manusia, kita tidak akan terlepas daripada melakukan kesilapan dan dosa kerana memang sifat makhluk akan ada kelemahannya. terdapat beberapa cara bagaimana untuk memagari diri kita daripada terus termakan pujuk rayu laknatullah ini.

Pertama, sentiasa berzikir kepada Allah swt.
Syaitan sentiasa bertapak dalam hati manusia. Bila sampai masa, mulalah mereka merancang strategi menghancurkan ummat2. Jika lemah, lalai, maka mereka akan mula membina tapak dan benteng hitam dalam hati ini. Sucikanlah hati dengan zikrullah. Insyaallah bertempiaran lari mereka apabila zikir kepada Allah tidak lekang dari jiwa kerana hanya mengingati allah serta berzikir kepadaNYA, hati-hati ini akan menjadi tenang. Pesanan: Lagu-lagu duniawi tu kira kategori melalaikan juga ye..(untuk diri sendiri yang sukakan lagu...)

Kedua, sentiasa berada dalam keadaan wudhuk.
Syaitan suka pada kekotoran, keadaan berhadas, bernajis dan sebagainya. Sucikanlah diri sentiasa. Bukankah kebersihan itu juga sebahagian daripada iman?? Pesanan : bila berwudhuk tu janganlah buka paip air tu macam air terjun,..membazir tu..karang kurang pahala pula..(^_^)

Ketiga, bersahabatlah dengan sahabat-sahabat yang taat pada perintah Allah swt.
Bersahabatlah dengan sahabat yang selalu ingat kepada Allah akan mengelakkan diri ini daripada alpa. Sahabat-sahabat ini akan sentiasa mengingati kita kala dalam kelekaan dan saling melengkapi dalam setiap tindak-tanduk. Pernahkah anda mendengar kata-kata ini?
"Siapa kita pada masa akan datang adalah bergantung kepada siapa sahabat kita pada masa kini"
Pesanan : Namun begitu, janganlah pula kita meninggalkan kawan-kawan "otai" kita. Sebab boleh jadi hatinya lebih mulia dari kita. so, itulah gunanya sahabat,..saling melengkapi dalam menjalani hidup pembawa jiwa hamba.

Keempat, tinggalkan kemaksiatan, perbuatan dikeji dan dilarang oleh Allah swt.
sentiasalah kita beristighfar kepada Allah agar diri ini tidak terus hanyut. Jika terbuat salah, termakan pujuk dan godaan syaitan cepat-cepatlah bertaubat. Pintu taubat sentiasa terbuka buat kita semua. Betapa sayangnya Allah pada kita. Dalam kehidupan seharian, ada saje perkara yang kita buang yang boleh mendatangkan dosa kering. Contohnya dengan melakukan perkara-perkara lagha seperti bergayut dalam telefon 3 4 5,..jam, chatting yang menyeronokkan..hehe...
Pesanan : Kalau buat dosa tu macam kudis ler umpamanya. Kalau kudis atau gatal2 kulit lagi digaru lagi sedap. Tapi sebenarnya akan menjahanamkan diri.

Wallahualam..saya juga adalah hamba dan sentiasa mencari sesuatu untuk menutup kelompongan yang terlalu banyak dalam diri. Nasihat ini adalah untuk diri sendiri juga. sekian....

PEMBANGUNAN EKONOMI THAILAND DAN MALAYSIA

0

Posted by Aktivis Alam Sekitar Kampus; | Posted in | Posted on 01 September 2009

Kesan daripada pembangunan bandar- desa secara langsung melibatkan banyak proses-proses luar yang terlibat. Kebanyakan ekonomi industri di semenanjung Malaysia bermula pada abad ke-19. Berbeza dengan ekonomi di negara Thailand yang berasaskan ekonomi pertanian.

Struktur ekonomi dan perbandaran di negara Malaysia dan Thailand adalah berbeza-beza.Proses utama pembangunan desa-bandar antaranya ialah yang pertama kemajuan prasarana pengangkutan yang diiringi oleh satu penurunan kos benar mobiliti. Kedua, pertumbuhan pesat dan migrasi bandar-luar bandar memberi impak kepada ekonomi tempatan. Ketiga, perubahan semulajadi hubungan sosial dan kaum-kaum dibandar. Keempat ialah suburbanisasi di kawasan luar bandar Desa-Desa, terutama di pinggiran bandar, bersama-sama dengan kejatuhan yang separa atau lengkap ekonomi luar bandar tempatan.

Urbanisasi merupakan komponen utama dalam perubahan struktur ekonomi dan masyarakat di Malaysia dan Thailand. Berlaku satu perubahan anjakan besar populasi keluar daripada sektor primer ke dalam sektor pembuatan dan sektor perkhidmatan. Di Thailand sektor pertanian lebih cepat berkembang pesat berbanding dengan Malaysia. Buktinya adalah, menurut FAO production Yearbooks di Malaysia pada tahun 1960 hingga 1990, jumlah tenaga kerja dalam sektor pertanian adalah dari 1724,000 orang kepada 2255,000 orang. Manakala Thailand jauh lebih tinggi bilangannya iaitu 11342,000 orang pada 1960 dan naik kepada 18782,000 orang pada tahun 1990.

Perubahan struktur ekonomi kedua buah negara tersebut merujuk kepada ekonomi di peringkat mikro. Pada masa dahulu, ekonomi di semenanjung Malaysia berasakan pertanian, dan juga sektor lain seperti getah dan kelapa sawit. Manakala di Sabah Sarawak, ekonominya kurang dibangunkan. Walaubagaimanapun, berlaku perubahan pesat pada corak ekonomi dengan satu kejatuhan dalam kos pengeluaran dan sektor utama dalam pekerjaan.
Ekonomi di Sabah dan Sarawak kurang dibangunkan berbanding di semenanjung Malaysia. Sektor pembuatan dan pengeluaran di semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak pada ketika itu masih berada di bawah 3 peratus.

Negara Thailand pula secara kasarnya mempunyai ekonomi yang berasaskan pertanian dan perladangan. Pertanian di Negara Thailand jauh lebih berkembang berbanding negara Malaysia iaitu sepuluh kali ganda petani berbanding dengan jumlah di Malaysia yang baru saja meningkat ke paras 5 peratus dalam tempoh 1960-1990. Namun begitu, pelbagai usaha telah dilakukan bagi meningkatkan taraf pertanian di Malaysia. Antara usahanya adalah menggalakkan penduduk di kawasan luar bandar menceburkan diri dalam sektor pertanian.

Urbanisasi atau perbandaran merupakan satu proses di mana pembangunan mula giat dijalankan. Urbanisasi adalah bertujuan meningkatkan tahap ekonomi negara dan memajukan sesuatu negara. Namun begitu, proses perbandaran di Thailand jauh lebih perlahan berbanding dengan Malaysia.

Revolusi Pengangkutan berlaku di kedua-dua buah negara ini. Penembusan kapitalisme telah memperluaskan lagi pasaran-pasaran yang sedia ada di sesuatu ruang dan kawasan. Peningkatan dalam struktur ekonomi secara langsung telah memperbaiki taraf hidup penduduk tempatan di Thailand dan Malaysia.
Pengangkutan adalah material yang penting dalam merapatkan jurang antara satu kawasan ke kawasan yang lain. Fenomena pengembangan bandar diakseskan lagi dengan peningkatan dalam infrastruktur pengangkutan.

Revolusi pengangkutan juga telah menjarakkan hubungan antara desa-bandar. Di sini teknologi dapat mencerminkan kemajuan dalam revolusi pengangkutan sesebuah negara. Contohnya di Bandaraya di Asia Tenggara lain seperti Bandaraya Ho Chi Minh dan Hanoi di Vietnam, terdapat banyak penggunaan basikal oleh rakyat-rakyatnya. Hal ini menunjukkan bahawa taraf hidup rakyat negara itu masih rendah.

Namun begitu, setelah mengalami revolusi pengangkutan, kenderaan seperti basikal telah diganti oleh pengangkutan yang lebih canggih dan berteknologi serta mnggunakan enjin antaranya ialah bas, lori, kereta dan sebagainya. Revolusi pengangkutan telah menyebabkan satu anjakan besar dalam penggunaan pengangkutan persendirian. Namun, sungguhpun taraf hidup mulai meningkat akibat mobiliti yang berkesan, ia telah mendatangkan impak besar seperti meningkatkan kos perjalanan kerana pengangkutan-pengangkutan tersebut menggunkan petrol untuk bergerak. Jika dahulu kenderaan tradisional hanya boleh bergerak sejauh beberapa kilometer, namun kini, revolusi kenderaan telah mngurangkan jurang antara bandar-desa iaitu ia boleh bergerak sejauh 20-30 kilometer.

Contoh yang jelas kelihatan adalah di Don Muang yang terletak berhampiran dengan Bandaraya Bangkok dan Klang Valley di mana letakannya berhampiran dengan Bandaraya Kuala Lumpur. Di lokasi seperti itu, banyak peluang pekerjaan dan ini akan menyebabkan berlakunya peningkatan terhadap penggunaan kenderaan kerana masyarakat mula bertumpu kepada kawasan yang mengalami pembangunan yang pesat.
Metropolitanization merupakan satu proses perubahan dalaman dalam pembangunan. Metropolitanization melibatkan perubahan dalam guna tanah, peningkatan jumlah penduduk dan perumahan, perubahan jenis rumah dengan gangguan oleh sub pembangunan dan perubahan struktur pekerjaan di kampung.

Menurut sumber Brookfield et al. 1991, ms 53 , penggunaan tanah di 4 buah kampung pada tahun 1966 dan 1986 menunjukkan peningkatan mendadak. Kampung yang disenaraikan adalah Kampung Beranang, Janda Baik, Sungai Serai dan Sungai Pencala iaitu perkampungan di Ulu Selangor. Contohnya guna tanah dalam kategori hutan dan paya, Sungai Pencala mencatat peratusan tertinggi dalam guna tanah iaitu pada 1966 adalah sebanyak 55.4 peratus dan meningkat kepada 80.8 peratus pada 1986. Dalam guna tanah kategori Getah, Sungai Serai mencatatkan nilai tertinggi iaitu 55.8 peratus pada tahun 1966 dan 51.5 peratus pada tahun 1986. Secara keseluruhannya, pendapatan keluarga pekebun-pekebun kecil boleh memperoleh pendapatan bulanan sebanyak RM 245 daripada getah, RM359 daripada pekerjaan luar ladang dan RM 126 daripada pendapatan yang tidak diperoleh. Di kawasan pinggir bandar, jelas suburbanisasi telah menyebabkan perubahan besar dalam pekerjaan dan menjadikan berkebun sebagai salah satu kecenderungan yang kecil.

Migrasi desa-bandar banyak terjadi di mana-mana negara membangun termasuk Malaysia dan Thailand. Migrasi bandar-desa mengakibatkan ketidakseimbangan dari segi ekonomi dan sosial. Kawasan bandar menjadi tumpuan kerana kawasan tersebut adalah pusat ekonomi, pendidikan, perindustrian dan mempunyai pelbagai kemudahan infrastruktur dan banyak sektor pekerjaan yang menjaminkan taraf hidup yang meningkat. Oleh itu kadar populasi bandar meningkat apabila berlaku migrasi ke bandar. Migrasi bandar ke desa jarang berlaku. Hal ini mungkin disebabkan oleh faktor gaya hidup yang inginkan kedamaian dan lebih sukakan suasana kampung. Contohnya orang yang sudah berpencen.

Sebagai kesimpulannya, Malaysia dan Thailand mempunyai kedinamikan ekonomi dan pembangunan yang tersendiri. Pembangunan ekonomi sesebuah negara amat diperlukan oleh sesebuah negara. Peningkatan taraf ekonomi sesebuah negara bergantung kepada pelaburan negara luar. Migrasi adalah salah satu faktor perkembangan perbandaran. Migrasi desa-bandar kerap dilakukan oleh sesebuah negara. Penghijrahan daripada desa ke bandar dilakukan atas sebab kawasan bandar merupakan pemusat kepada ekonomi negara. Di kawasan bandar, peluang pekerjaan terbuka luas dan kemudahan infrastuktur mudah didapati. Namun begitu, fenomena ini menyebabkn kawasan yang ditinggalkan itu kurang pembangunan dan kawasan yang dituju pula mengalami kepadatan. Hal ini berlaku di Malaysia dan Thailand. Oleh itu, pembangunan yang mapan dan berstrategi perlu dilakukan bagi memastikan pembangunan seimbang antara wilayah di sesebuah negara.