Facebook propaganda penghapusan Palestin

0

Posted by Aktivis Alam Sekitar Kampus; | Posted in | Posted on 04 October 2009




Dunia hari ini sememangnya didedahkan dengan pelbagai teknologi. Sistem komunikasi pula semakin canggih. Pelbagai cara boleh kita gunakan untuk menghubungi sahabat, mengetahui keadaannya dan sebagainya. Contohnya facebook, tagged, friendster, e buddy, dan sebagainya. Terlampau banyak rantaian sedemikian, jaringannya seluruh dunia. Kita dimomokkan dengan mentaliti palsu yang mengatakan bahawa sesiapa yang tidak tahu menggunakan aplikasi sedemikian sememangnya buta IT. Terpulanglah kepada individu itu untuk menilai sama ada ingin meneruskan atau tidak. Sungguh bijaksana kaum pemusnah ini merencanakan agendanya. Mencipta sesuatu yang digunakan oleh orang islam dan hasilnya digunakan untuk membunuh orang islam. Sama juga ertinya apabila menggunakan barangan daripada keluaran mereka.

Negara-negara islam bergantung hampir 90 peratus ekonomi daripada negara-negara Amerika, Yahudi dan sebagainya. Sungguh mengecewakan apabila suatu ketika pelbagai agensi dunia bersatu menentang pencerobohan zionis termasuklah negara sekutunya Amerika. Apabila timbulnya kesedaran atas pendedahan kesengsaraan mereka, ummat islam bersatu menentang. Salah satu caranya adalah boikot dan demonstrasi. Namun ia hanya sebentar cuma. Jika tidak mampu untuk boikot semua, cukuplah boikot produk gergasi utama mereka iaitu Colgate dan Coca Cola. Sukar untuk dijangkakan apa yang akan berlaku selepas ini. Umpamanya meminum darah saudara sendiri. Setiap usaha kita dinilai oleh Allah swt. Kita sudah berada di garisan akhir zaman. Tika ini Palestine yang dimusnahkan, bagaimana pula selepas ini. Ada yang mengatakan isu Palestine ini adalah isu lapuk. Namun bagi saya ia adalah isu yang tidak akan pernah luntur. Kita dibuai mimpi indah di kamar yang empuk, sedangkan mereka mengalami hari-hari yang ngeri di atas jalan yang lengang berlumuran darah. Jangan lupakan mereka. Kita akan dihitung. Renung-renungkanlah.. ..


click picture to read article


Cetak Artikel Ini

Comments (0)

Post a comment