Laporan Polis Terhadap JAG, SIS dan WAO

0

Posted by Unknown | Posted in , | Posted on 04 October 2009


Laporan Polis PUMPP

Mohammed Hafiz Nordin Bin Mohammed, Naib Yang Dipertua Persatuan Ulamak Malaysia Caw Pulau Pinang (PUMPP) ingin membuat laporan polis berhubung kenyataan Joint Action Group for Gender Equality (JAG) yang disertai oleh SIS dan WAO serta konco-konco mereka melalui memorandum kepada YAB Perdana Menteri bertajuk Justice For Kartika bertarikh 25 OGOS 2009 yang telah mendesak Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri untuk MEMANSUHKAN UNDANG-UNDANG JENAYAH SYARIAH yang sedang berkuatkuasa di negeri-negeri (Sila rujuk sinchew.com untuk memorandum penuh mereka bertajuk "Justice for Kartika")

Tuntutan biadap ini telah diulangi lagi semalam sebagaimana yang disiarkan dalam akhbar The Star bertarikh 1 Oktober 2009, Ivy Josiah, Pengarah Esksekutif WAO berkata –

"We urge the Federal and State governments to conduct comprehensive review of all laws pertaining to Syariah criminal offences with a view to repeal such laws."

Memorandum sebegini juga pernah dikemukakan kepada Kerajaan pada tahun 2005 dan ditandatangani oleh lebih 300 individu dan NGO termasuk Menteri-Menteri Kabinet dan ahli politik beragama Islam yang sedang berkhidmat menuntut supaya kawalan moral melalui penguatkuasaan undang-undang Syariah dihapuskan.

Tuntutan ini adalah bersifat hasutan dan menjejaskan kedaulatan Raja-raja Melayu sebagai Ketua Agama Islam. Mereka yang terlibat perlu disiasat dan didakwa.

Cetak Artikel Ini

Comments (0)

Post a comment