Hiking Bukit Gelugor (Survey awal lokasi)

0

Posted by Aktivis Alam Sekitar Kampus; | Posted in | Posted on 04 October 2009

Tempat : Bukit Gambir Masa : 4.15- 5.45 pm Tarikh : 4hb oct 2009 Tujuan : Survey lokasi untuk program hari interaksi CARE Para Pendaki : Eja (Bendahari), Liza (Ketua Bakau), Murni (Mantan IPT), Ain (Timb. Pengerusi), Rudy (Ketua bhg Promosi), Cikmat (Mantan Pengerusi), Tamrim (Mantan Bakau), Za (Mantan Setiausaha)


Permulaan perjalanan kami berkumpul di bus stop depan Khalel. Kami berjalan kaki dari bus stop tu dari jam 3.30 pm. Eja, liza bakau, murni, ain, rudy dan saya memulakan langkah untuk mencari bukit yang dimaksudkan. Sementara itu, Tamrim dan Cikgu Mat (Cikmat) singgah dulu di Khalel (restoran nasi kandar) dan mereka akan menyusul kemudian kerana menaiki motor. Bagaikan eksperimen kami memulakan langkah mengira jarak perjalanan. Saya dan ain adalah orang yang terakhir dalam trak menuju ke bukit gelogor. Ain tak makan lagi tu pasallah tak ada tenaga. Saya pula tercungap-cungap dah. Itu belum sampai destinasi. Kami mengambil masa selama setengah jam berjalan dari bus stop ke kaki bukit gambir.

Sepanjang jalan banyak yang kami temui, asap2 memang busuk sampai saya merungut pada ain kentut bas yang busuk. Entah dia dengar atau tidak leteran saya sepanjang jalan. Kami berdua ditinggalkan kerana jalan terlalu lambat. Akhirnya saya berjaya memintas mereka.hahaha....Belum sempat meraikan kemenangan kami terserempak dengan 3 ekor anjing besar. Apa lagi,..berlarilah kami macam anak itik, Masing-masing tercungap2. Pecut-pecut sambil menjerit "makkkk..................anjing weh,..........lari................"

Dah terlepas kami masing-masing gelak. Besar betul anjing. Boleh ditunggang. huhu..

Rudy mengepalai dari bus stop ke kaki bukit

Muka comot Ain dan Za (saya) masih sempat berposing sementara menunggu


Tamrim dan Cikmat control macho

Mak ai tolonggg........anjing.......lari.....

Ain timb Pengerusi

Geng-geng sempoi.....

Liza Bakau dan Murni yang kepenatan

Sampai juga di kaki bukitnya

Kami mula masuk hutan. Rudy depan sekali. Macam biasa wanita-wanita lembik inilah yang tertinggal. Memang comot dan kasihan apabila masuk hutan. Sangat-sangat penat. Lutut bagai nak tercabut. Tamrim dan Cikgu Mat datang kemudian. Siap bawa air yang dibeli dari khalel. Memang hampeh. Kalau beli banyak boleh la syer dengan kami. Ini belinya teh O ais sebungkus 2. Perut ada 7. huhu..Setibanya mereka berdua, kami dah kekurangan kudrat. Mereka laju sebab datang naik moto. Kami ni pakai kaki. Itu belum kira sesat jalan, kena kejar anjing, terlanggar pokok, hidu kentut kenderaan. Agak sukarlah bagi kami-kami yang bersukan 3 4 tahun sekali. Bila hiking muka masing-masing macam cekodok basi. Siaplah..lambat kena tinggal.. Pinggang ni bagai nak patah, kaki sakitnya memang teramat. Belum dikira jalannya berbatu besar gedabak. Nasihatku, selalulah exercise. Jangan macam kami ok..


Proses mendaki yang memenatkan

Bilo kito nok sapa cikmat, kawe letih doh

Lecahnya....Kasut pinjam ni...

Tamrim Mantan Bakau

Ain timb :"Ya Allah kuatkanlah hambaMU ini"

Liza Bakau : "Tolong-tolong...waaaa.....penat den.."

Za mantan Setiausaha: "sapo tak penat oii"

Pakat-pakat buat pakatan tak nak hiking dah pasni...hehe


Murni dan Eja : Rileks jer mukanya..

Rudy kelaparan mencari daun yang boleh dimakan..hehe

Tamrim dan Cikmat cool jer

woiittttt....cepat jalan la liza.....nanti hang kena tinggal

Jejaka2 yang kental dan bagus,..yang tak bagus entah kat mana mereka buang plastik khalel..jangan taruk dalam hutan udah.......

Apa pula cerita selepas sampai ke puncak. Asalnya tidak rancang pun untuk ke puncak. Tamrim, Rudy dan Cikmat la punya pasal. Kak Fatin suruh turun dah. Mereka ni memang sengaja betul mendera kaki kami. huhu...takkan lah kami nak turun sekerat naik sekerat. Masa hampir ke puncak, saya berjalan seorang diri. Nampak dari jauh cikmat menunggu. Sebelahnya ada kandang kuda. Milik indian. Terdengar macam bunyi anjing tapi rasanya macan jauh. Wah kenapa yer buat kandang kuda atas bukit???
Tiba-tiba...jeng jeng jeng.... Saya terdengar macam suara orang bertapa. Mencari-cari dimanakah datangnya suara itu. Melihat cikmat buat biasa saja. Adakah hanya saya yang mendengar suara pelik itu?? ahh...jin ker?takkan langsuir?kalau betul, pandai juga makhluk halus menyanyi lagu hindustan. Akhirnya nampaklah seorang uncle hindustan tu..."cehh buat terkejut aku jer tadi........" Liza bakau dan ain masih tertinggal dibelakang. Sampai ke tempat laluan kandang kuda tadi mereka juga terdengar suara hindustan yang tak kelihatan. Wah............Kena lagi....Anjing 3 ekor weiiii besar2...tak sempat naik mereka berundur menyorok kat belakang. Kesian betul... Tepat pada puncak bukit sangat cantik. Siap ada warung kopi lagi. Memang memalukan ada uncle chinese tu 2 round dh tapi kami tak sampai2 lagi. Ada sorang Minah saleh tu cakap ada warung kopi atas bukit. Aku ni haaaaaaaa..................serbu,....alamak chinese..nasib baik ain ada bawa bekalan sandwich..makanlah kami beramai-ramai atas bukit.

Wajah-wajah ceria dan lega


huhuhu.....akhirnya sampai juga,


Pemandangan dari atas bukit

Bersembang sambil meraikan kejayaan yang tak seberapa pun


Malunya uncle ni ramah betul. katanya bukit ni rendah sangat cuma tracknya panjang. Sangat memalukan kami yang muda ini kalah dengan golongan veteran..alahai....uncle ni siap bagitahu jalan yang dekat lagi..mereka-mereka yang datang kat sini banyaknya golongan veteren dan kaya-kaya. Ada pensyarah, doktor, akauntan dll.
Bagaimana saya tahu???hehehe.....sebab saya ni sesat.......
Saya ada satu penyakit iaitu penyakit yang sukar ingat jalan dan tempat. Waktu balik saya terlupa pula yang saya ni memang tak boleh diharap. Turun saja dari bukit tadi, wah222.........laju betul...sampai uncle2 untie2 saya jumpa pelik..naik lembap turunnya laju..alasan saya, graviti membantu...hehe....kemudian bila sampai tempat2bercabang saya pakat redah saja. Tau2 dah jumpa tokong. sahabat-sahabat lain bimbang sebab memang saya sukar ingat jalan. Wah tokong besar atas bukit...pelik juga....akhirnya jumpa uncle tadi. Wah baguslah dia ni. Siap tunjukkan jalan. Baru saya tahu kawan2 dia yang dia tegur tadi tu ada doktor, pensyarah dan akauntan. Tadi dia menegur adik dia rupanya.Akhirnya sampai juga. Siap dia anta dengan kereta lagi. Mungkin jenis saya suka bercakap.hehehe...tak pun sebab muka nampak kesian. Uncle tu nak hantar sampai USM tapi seganlah tak pasal2 tinggal rakan untuk kepentingan diri. Kami tergesa-gesa balik untuk solat asar. kami tak tahu kiblat dalam hutan. Eja jadi tukang prebet kerana dia jer perempuan yang berani bawa motor. Nasib baik budak-budak laki bawa 2 motor. senang kerja..Kami solat manghrib terus kami makan2 ramai-ramai...Selepas kepenatan...

Pesanan : Selalulah bersukan..bagus untuk kesihatan. Jangan bagi tekanan sangat pada urat. Oh badan yang tak aktif tiba-tiba masuk hutan memang keras urat jadinya..Jadilah kami tukang utur kepada diri sendiri..sekian...........


Makan..makan..makan..qada makan tadi masa masuk hutan

Cetak Artikel Ini

Comments (0)

Post a comment